Isnin, 10 Oktober 2011

Putu Piring





Putu piring......pada selera ibu lah..inilah putu piring yang paling sedap pernah ibu rasa. Bagaimana yang di katakan putu piring yang sedap agaknya ek..? Putu piring yang sedap ialah of coz lah rasanya..dan yang paling penting..teksturnya yang halus. Putu piring ni bila sejuk pun masih lagi lembut dan sedap tidak seperti putu piring lain...bila dah sejuk ianya agak keras rasanya dan kebanyakkan putu piring yang ibu pernah rasa, teksturnya agak kasar.....

Di mana lokasi penjual putu piring ni...? Haaaa......lokasinya kat Lorong Pandan berhadapan dengan deretan kedai-kedai....boleh di katakan berdekatan dengan 7-Eleven.  Sekian lama duduk kat sini...baru beberapa bulan ni tau ada putu piring yang sedap...itu pun bila kawan-kawan ayah bagitau ayah....ada putu piring yang sedap kat Lorong Pandan...hahahaha......dekat dengan rumah pun tak tau...

Harga putu piring ni RM2.00 untuk 5 keping. Berbaloi lah dengan rasanya yang sedap untuk ibu sebagai peminat putu piring ni..

Sabtu, 8 Oktober 2011

Limau Bali

Hari ini kita menerima kunjungan kawan ibu dan ayah yang datang dari Puchong, Dr.Nurbila sekeluarga ke rumah. Dr.Nur datang dengan membawa pelbagai buah-buahan antaranya Limau Bali. Terima kasih yer Doc.

Lawak pun ada dengan anak-anak ibu yang tak pernah melihat limau bali, Masing-masing sibuk bertanya apa nama buah ni.....besarnya. Si Rafique pulak tak habis-habis suruh ibu kopek buah tu..tak sabar-sabar nak rasa. Lepas maghrib tu, ibu pun menjalankan kerja-kerja mengopek limau bali ni. Sesambil mengopek tu.....minda ibu seperti alat perakam video....memainkan semula rakaman-rakaman berpuluh tahun dahulu. Di kampung ibu, bukan di rumah ibu..tapi kampung....rumah arwah wan ibu..kira pangkat moyang lah dengan anak-anak ibu di Kampung Paya Luas, Temerloh. Kat sana kan ada salah sebuah rumah saudara ibu...banyak sangat pokok Limau bali ni kat rumah dia....selalu lah dapat makan free limau bali...sedap dan manis.

Tiba-tiba.....perakam video ibu ni terhenti bila dengar rafique kata......eeeehhhh...lembutnya kulit belah dalam limau ni cam span gitu.......hahahah..kulit tu kan tebal...kelakar dia ambil kepingan kulit yang ibu dah potong tu...di letak atas lantai pastu dijadikan cam bantal...lembut katanya...ishhh...macam-macam anak ibu ni.

Ibu pun potong lah.........timbul pula soalan....nk makan yg mana ibu......heheheh......udahhhh......korang ni...melampau betul....sampai nak makan yang mana pun tak tahu.......


Inilah contoh pokok limau bali yer anak-anak ibu......:)

Gambar-gambar dalam entry ni semua adalah ihsan dari Pakcik Google .

Selasa, 4 Oktober 2011

Rumah Terbuka Aidilfitri 2011


Ahamdulillah bersua lagi di Idaman Family ini setelah agak lama menyepikan diri. Nak kata sibuk sangat tu tidaklah, cuma masa yang ada tidak cukup untuk menaip panjang lebar, yerla nak etak gambar ajer pun..kat FB pun dah letak...so..nak bezakan..kat sini kenalah ada cerita yang mengiringi gambar kan..baru best nak teruskan....

Tahun ini merupakan tahun pertama kita buat Rumah Terbuka Aidilfitri. Tak tahu macam mana ayah boleh terfikir nak buat...pada awalnya ayah kata...ibu masaklah.....baru la best.....terkezuttt juga bila kena masak. Lepas tu..ibu kata...takat nak masak lontong denga rebus ketupat tak ada masalah, tapi kalau banyak menunya...terbongkang lah ibu kat dapur.....hihihihih.....

Kebetulan ayah kata nak tempah nasi lemak, so ayah contact lah kawan ayah ...rasanya orang Melaka pasti ariff dengan nama ni "Nasi Lemak kukus Ujung Pasir", haaaa......nasi lemak ini lah....kemudian dengan secara tak sengaja ayah tanya pasal menu-menu lain....ooohhhh......semuanya dia boleh buat......hmmmm....ok lah ayah kata...semuanya kita tempah dengan dia..kecuali air lah...ibu masak dan buat.

So....tarikh 24 September 2011 bersamaan hari Sabtu merupakan tarikh yang dipilih. ALhamdulillah segala-gaanya berjalan dengan lancar dengan kehadiran tetamu yang begitu ramai......maklumlah first time buat kan...risau juga kalau tak ada ramai yang datang...tapi alhamdulillah......tetamu memang di luar jangkaan.....kawan anak-anak pun datang bersama ibubapa....best...seronok sebab apa....di sebabkan anak-anak ..kami berkenal-kenalan......alhamdulillah....teamu datang seawal jam 11:15 pagi sehinggalah ke waktu maghrib...dan makanan pun alhamdulillah...cukup.

Antara menu yang kami sediakan ialah..nasi lemak dengan sambalnya, ayam goreng, sayur kangkung, nasi impit beserta rendnag daging, lontong, kuah kacang dan serunding kelapa....haaaa....serunding kelapa ini yang paling sedap...memang di makan bersama lontong...tak ramai yang tahu...., kemudian ada roti jala beserta kari ayam, karipap dan air pulak...air lemon, cola dan air teh O panas.

Layan lah antara bebebrapa gambar.





Ini gambar ayah bersama kawan lama ayah

Antara menu yang sempai disnap


Antara kawan-kawan anak-anak

Balqis bersama kawan abangnya


Antara tetamu di kalangan jiran berdekatan

Balqis asyik ulang alik ambil air...

Mak...terima kasih mak datang....sebelum buka kedai sempat mak datang

Makcik Haseena

Rakan lama ibu ketika di SMKM, sudah hampir 20 tahun tidak bertemu


Di akhir-akhir jamuan.....

Terima kasih kepada semua tetamu yang sudi hadir pada Rumah Terbuka kami. Maaf andai ada kekurangan dan kesilapan kami dalam melayan kalian...insya Allah tahun hadapan kita akan bertemu lagi......jangan serik nak datang ya....:))

Selasa, 13 September 2011

Ulangtahun Perkahwinan - 13 tahun


13 September 1998 – 13 tahun dahulu……ibu dan ayah telah diijabkabulkan, termetrai  sudah hubungan yang dibina selama hampir 4 tahun. Janji yang dipatri telah dilaksanakan. Bermulalah episod baru dalam hidup ibu dan ayah sebagai suami dan isteri.  Diiringi doa semoga ikatan ini akan kukuh sehingga ke akhir nyawa.

13 September 2011 – Kini genap 13 tahun ikatan suami isteri terjalin. 13 tahun bersama dengan dikurniakan 5 orang cahaya mata.  Terbayang di mata ini, ketika di awal perkahwinan…..kehidupan ibu dan ayah tidaklah sesenang sekarang.  Ketika kehidupan terumbang ambing dengan kerja yang tidak tetap..sungguh perit ketika itu, pelbagai dugaan datang menduga. Kesusahan yang di alami sungguh mencengkam hati  ibu dan ayah…ketika ibu sarat mengandung anak sulung….ibu  tetap menemani ayah dari satu lokasi ke satu lokasi untuk mencari pekerjaan….sedih..hiba…sayu dan pelbagai  perasaan yang tidak dapat digambarkan. Sehinggalah ibu melahirkan anak ibu yang sulung….kehidupan masih terumbang ambing dengan pendapatan yang tidak tetap….sehingga pernah ayah menangis kerana tidak mampu untuk membeli puting susu.  Alhamdulillah…….tempat untuk kita berteduh diwaktu itu tidak menjadi masalah kerana kita menumpang dirumah mak ketika itu.

Berkat doa dan usaha gigih ayah untuk mengubah kehidupan kita……dari satu tahap ke satu tahap ayah mendaki….berkat kegigihan ayah yang bekerja keras setiap hari tanpa mengenal erti penat dan jemu….kehidupan kita semakin berubah dan ketika itu  awan kelabu semakin berarak menjauhi  dan menampakkan sinar mentari  yang kian menyinari kehidupan rumahtangga ibu dan ayah. 

Walaupun demikian…..dugaan tetap datang menjengah..mungkin Allah mahu menguji sejauh mata kukuhnya ikatan suami isteri yang terbina ini…..alhamdulillah berkat doa dan kesabaran …ibu dan ayah tetap kuat dan tabah menghadapi dugaan dan ujian dariNya.  Terima kasih kepada ayah kerana banyak berkorban  jiwa dan raga dalam menjadi  nakhoda keluarga ini. Tanpa itu semua…tak mampu ibu membayangkan apa yang akan terjadi pada hubungan ini.

Walaupun usia perkahwinan baru masuk ke angka 13….mungkin bagi mereka yang sudah lama melayari ikatan perkahwinan…angka itu masih baru..tapi bagi ibu…sepanjang 13 tahun ini terlalu banyak perkara yang berlaku yang mematangkan  ikatan perkahwinan ini. Tetapi……alhamdulillah..perasaan ibu dan ayah tetap sama ketika dialam percintaan dahulu….kami tetap bergurau senda…dan satu sikap ayah yang menjadikan ibu terlalu menghargai ayah……sikap bertangugngjawab ayah terhadap ibu dan anak-anak, sikap bertolak ansur ayah, sikap ayah yang suka berjenaka dan banyak lagi sebenarnya…..

Ya Allah…..aku bermohon kepada Mu Ya Allah…..kukuhkan lah ikatan ini, berilah kami kebahagiaan dalam menjalani kehidupan ini. Berkatilah segala apa yang kami lakukan. Peliharalah kami agar sentiasa berada di jalanMu ya Allah. Jadikanlah anak-anak kami anak yang soleh dan solehah…sentiasa taat kepadaMu Ya Allah dan juga taat kepada kami ibubapanya. Jauhkanlah kami dari segala perkara-perkara buruk.  Panjangkanlah usia kami dan kurniakanlah kesihatan yang baik untuk kami. Kurniakanlah kami keimanan dan ketakwaan kepadaMu sentiasa. Semoga kami sentiasaa dalam keredhaanMu. Amin…amin yarabbal alamin.
Disini ibu abadikan ucapan dari ayah sempena ulangtahun perkahwinan ini :

Happy 13th Anniversary - well what you know, time really flies so fast, indeed it wasn't really a smooth cruise, there were ups and downs accompanied with laughters and tears, we were never ready to have a family on the day we took the oath, but we know deep in our heart that we love each other and want to give the best that we could. You are the queen in my castle, a mother of our four handsome princes and our cute little princess. There are nothing more that could reward you for things that you had done for us, except my pledge - being there for you, like I always do

Sabtu, 3 September 2011

Anak, Menantu dan Cucu - Ustaz Abdul Aziz

02 September 2011

Gambar kenang-kenangan ibu dan kakak ibu watie, ini sahajalah adik beradik ibu yang masih sering ibu berhubung, kakak sulung ibu telah meninggal dunia sejak umurnya 14 tahun, semoga Allah mencucuri rahmat atas rohnya; Abang Ngah ibu - sekejap ada sekejap tiada, moga dia pun sihat dan diberikan petunjuk oleh Allah supaya menghargai ikatan kekeluargaan.

sama anggun sama jelita ;)

(berdiri dari kiri) ayah, ibu, mak uda, pak uda
(duduk) nenek dan atuk

gambar antara cucu-cucu atuk dan nenek