Rabu, 28 November 2007

Kawan DRA - Kak Seha datang ke rumah

Hari ini kawan ibu Kak Seha, datang bersama anak-anaknya seramai 4 orang ke rumah kami....


Ketika sedang makan tengahari


Ketika sedang berforum...hehehehe....

Ini pula....ketika geng DRA...Kak Liza, Nurul, Tasya, Aen...datang bercuti ke Melaka...ini gambar ketika lunch di rumah kami..

Rosyam Noor


Gambar ayah bersama Rosyam Noor..ketika Rosyam datang ke office ayah.....
ayah bergambar pun atas permintaan ibu....mmmuuuaaahhhh...sayang ayah....ingatkan ayah tak nak .....

Hari-hari.....

Dua hari lepas..Idzham baru melangkah dua tiga tapak...seronok dia...bila tengok ibu dan ayah bertepuk tangan.....Ini ada beberapa gambar terbaru idzham....






Isnin, 19 November 2007

Bermulanya cuti persekolahan

Hari ini bermulanya cuti persekolahan. Bermulalah edisi jerit menjerit, gaduh, bertengkar, menangis dan sebagainya. Ibu pun..bermulalah episod membesarkan volume suara, episod meleraikan pergaduhan, sakit kepala, dan semuanya...

Kadang-kadang,geram ada, kelakar pun ada dengan gelagat anak-anakku. Untuk seminggu pertama ini, aku biarkan mereka melakukan aktiviti yang mereka gemar...apalagi...menonton tv..kartun, game, PS2, berbasikal, main kejar-kejar dan sebagainya.

Untuk minggu kedua, baru aku kerahkan mereka untuk mengisi masa mereka dengan aktiviti berfaedah. Untuk kali ini..aku mahu fokus kepada Rafique..memandangkan tahun depan dia akan ke tadika...tapi masih lagi belum lancar ABC.

Ayah pula...seperti biasa sibuk dengan kerja. Hari ini, ayah ke KL. Sudah beberapa hari ayah telah disediakan driver untuk mengambil dan menghantar ayah pulang. Pagi-pagi driver tersebut telah menunggu depan rumah. Mula-mula terasa janggal dengan style baru ini.

Pagi tadi sewaktu nak memanaskan lauk semalam, gas habis . Nasib baik..lauk semuanya masak petang semalam. So..pukul 11, ibu keluar ke kedai membeli gas. Petang baru ibu masak untuk makan malam. Hari ini, Melaka hujan sehingga ke petang..cuaca mendung..sejuk.

Jumaat, 16 November 2007

Penyampaian Sijil Tadika Angah

Pada 11 November..Tadika Kemas telah mengadakan Penyampaian Hadiah dan Sijil. Angah..berjaya mendapat tempat keempat..tersenarai dalam pelajar cemerlang. Alhamdulillah...walau angah masih baru...tapi dapat menandingi pelajar-pelajar yang telah lama di situ. Ayah dengan ibu cukup bangga.

Gambar tidak jelas..sebab ibu ambil guna handphone. Buat masa ini letak gambar ini dahulu...


Angah sewaktu menerima hadiah antara pelajar cemerlang.


Ketika beramai-ramai menyampaikan lagu raya. Angah di barisan belakang.

Open House DRA

Pada 4 November..De Royal Anggerik telah menganjurkan Rumah Terbuka Aidilfitri di Wisma MAIS Shah Alam. Kami dari Melaka pun turut sama memeriahkan majlis tersebut. Terima Kasih pada Ayah kerana...mahu membawa kami sekeluarga pergi ke Shah Alam . Kami bertolak pukul 10 lebih dan sampai ke Shah Alam pukul 1 tengahari.

Seronok.....yang bestnya ada lucky draw. Terima Kasih pada penaja. Ini hadiah yang ibu dapat dari lucky draw.


Ini baju tidur seksi tajaan mrs.khairol....TQ


Ini pula wallet anna sui tajaan Kak Jamd. TQ.


Ini pula gambar ketika menerima lucky draw anna sui..dari Kak Seha.



Kelakar...sesiapa yang dapat kotak ni semua muka merah padam kena usik...

Balik dari Open House ini, kami singgah rumah Uncle Suabahan di Kajang...bapa saudara sebelah ayah....kebetulan sepupu ayah..baru menimang cahaya mata. Comel..baby tu..Daniel Ashraf..namanya baru berusia 3 minggu.

Ayah Ke Europe

Bermula dari 23 Oktober sehingga 2 November 2007...ayah terpaksa Outstation ke Eropah. Ayah pergi ke tiga buah negara...Paris, German dan Switzerland dan singgah sekejap di London. Sepeninggalan ayah...kami semua teramat rindu dengan ayah..lebih-lebih lagi Rafique..yang memang manja dengan ayah. Ada satu malam, ketika kami anak-beranak menonton Berita di Astro Prima...keluar gambar ayah...dengan tidak disangka Rafique menangis. Sedihnya...

Ayah pula...terpaksa mengahadpi cuaca sejuk di sana...
2 November...kami menunggu kepulangan ayah..Kebetulan...jatuh pada Hari Lahir Ayah....Petang itu..ibu bersama Rafique ke Seccret Recepie..untuk membeli kek. Malam itu..ayah tiba di rumah jam 8 lebih malam..dan ayah bersama Rafique meniup lilin dan memotong kek. Hari Lahir Rafique..kami sambut sekali harung dengan hari lahir ayah.

Ayah belikan dua kotak coklat dari switzerland...mmmmmm...nyummmy...sedap coklat tu...
Dan ayah belikan ibu minyak wangi Christian Dior dengan Estee Lauder.


Pemandangan Waktu Senja di Pantai Puteri




Gambar ni ayah ambil sewaktu kami bersiar-siar di waktu petang di Pantai Puteri, Tanjung Kling Melaka. Tak merancang pun untuk ambil gambar ni, cuma bila lalu , nampak pemandangan yang cantik..so..ayah pun berhentikan kereta dan ambil beberapa keping gambar.

Hasil Jahitan Ibu



Inilah hasil jahitan manik pertama dari ibu. Belajar pun melalui WMDC....dengan bantuan dari kawan-kawan online especially Mas-ujin..TQVM.....



Ini pula sebahagian langsir yang ibu jahit...untuk pertama kalinya jahit langsir box-pleat...alhamdulillah..menjadi juga langsir raya. Terima kasih pada ayah sebab bagi kepercayaan pada ibu untuk menjahit langsir...walaupun kadang-kadang ayah terpaksa juga mendengar keluhan dari ibu..penat...dan juga terima kasih pada kawan-kawan DRA..Kak Umi Adilah..dan Kak Rohaliza..memberi tunjuk ajar...




Ini pula hasil RE..dah hampir nak dijadikan beg. Percubaan yang entah keberapa kali.
Alhamdulillah kali ni..menjadi juga...Pun belajar dari WMDC....

Hadiah Hari Lahir Ibu




Tanggal 11 Oktober 2007....usia ibu menginjak lagi setahun...dah 33 tahun dah....
Tahun ini...ayah buat surprise dengan mengirimkan sejambak bunga. Ketika sibuk melayan Idzham...tiba-tiba ibu dikejutkan dengan kedatangan orang dari kedai bunga. Tak terkata..tapi masih boleh kontrol...sebab semua hero ku ada...masing-masing sibuk bertanya siapa yang hantar. Thanks ayah..mmmmmmmuuahhh...
Malamnya pulak...ayah belikan sebiji kek dari secret recipie yang memang menjadi kek kegemaran kami sekeluarga.

Menetap Di Melaka

Tanggal 31 Ogos 2007, kami sekeluarga berpindah ke Melaka. Duduk di rumah kami yang memang telah sedia ada di Lorong Pandan. Suamiku telah menjawat jawatan Pengarah Investment Melaka serta Pengarah K-Ekonomi Melaka. Berbulan-bulan kami memikirkan pro dan kontra nya menerima jawatan itu dan berpindah ke Melaka. Akhirnya.....kami bulatkan tekad, berdoa dan berserah kepada Allah...atas segala keputusan yang telah kami sama-sama buat.


Segala urusan persekolahan anak...diuruskan. Yang sulung Amerrul Firdaus kembali ke sekolah sebelum kami berpindah ke Puchong dahulu. Masih ingat lagi kawan-kawannya dengan dia. Cikgunya masukkannya ke Kelas 2 Putih..apabila melihatkan buku laporannya mempamerkan keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan sebelumnya. Alhamdulillah.


Anak yang kedua, Amerrul Shafiq.....terpaksa menghadapi situasi yang berlainan dan baru baginya. Di Puchong...kaedah pembelajaran yang berlainan...lebih kepada English. Namun di Tadika Kemas ini...berlainan. Namun..kami percaya dia mampu menghadapinya. Ditambah lagi..dengan kemampuan Cikgu Mazlina....yang dahulunya berjaya menjadikan Amerrul Firdaus cemerlang dalam semua subjek.


Ayah...bermula situasi kerjaya yang baru. Sebelum ini banyak kepada teknikal...namun kali ini lebih kepada pengurusan satu organisasi yang penting di Melaka. Kejutan juga pada mulanya...bertambah sibuk..lebih dari dahulu. Kasihan ayah...penat...kekadang tak cukup rehat.


Ibu.....terasa dunia ni luas rupanya......dulu ketika di puchong....terkurung dalam rumah. Di Melaka ini, lebih dapat mengenali jiran-jiran yang memang baik dan peramah. Banyak la aktiviti yang boleh dilakukan sendirian......pergi shopping , pergi pasar, join aktiviti penduduk di Taman ini....seronoookkkk...tapi hari-hari WMDC dan berforum tetap tak lupa.....masih lagi melepak bersama geng De Royal Anggerik......


Idzham......dah semakin bijak..semain pandai.....keletahnya cukup membuatkan kami sekeluarga ketawa. Umur 8 bulan baru tumbuh gigi..sekarang dah dua batang gigi bawah dan sebatang gigi atas baru keluar. Rafique....seperti biasa manjaaa.....dan mulutnya kalau dah bercakap....mesti nak tergelak mendengarnya....



Inilah gambar 4 hero kami....di rumah "mak" nya (nenek) di Melaka...

Rabu, 27 Jun 2007

Lamanya aku tak update blog ni. Mana tidaknya sibuk dengan idzham, sibuk dengan projek kat WMDC.....

Khamis, 22 Mac 2007

Bercuti Di Melaka.

Pada cuti sekolah baru ini, kami sekeluarga telah menghabiskan cuti di Melaka. Kenapa Melaka menjadi pilihan kami? Memandangkan Idzham masih kecil, jadi Melaka adalah destinasi yang paling sesuai, kerana tidak memerlukan perjalanan yang agak jauh dan juga kami tidak perlu untuk menyewa hotel memandangkan kami memiliki rumah sendiri. Gambar-gambar di Melaka.



Ahad, 25 Februari 2007

Tanggal 13 September 1998


Setelah berkawan selama hampir 4 tahun, iaitu sejak freshee di universiti; mula berkenalan pada October 1994. Kali pertama bertegur sapa di Kelab Komputer Kamsis Ungku Omar, Universiti Kebangsaan Malaysia, dituruti dengan kiriman salam; dating kali pertama di tepi pantai Bagan Lalang sewaktu Kursus Bina Negara oleh Biro Tatanegara.

Alhamudlillah, kasih sayang dan cinta dibuktikan dengan ikatan perkahwinan pada 13 September 1998, majlis di adakan di negeri Pahang, majlis ini amatlah sederhana waktu itu.





Pada 20 September 1998, iaitu selepas seminggu majlis diadakan di sebelah pengantin perempuan, majlis pihak lelaki di adakan di negeri Melaka, majlis ini juga bersifat sederhana.

Sungguhpun majlis-majlis ini diadakan dalam kesederhanaan Ayah amat puas hati kerana, setiap belanja dari majlis pertunangan hingga majlis pernikahan dibiayai oleh titik peluh Ayah yang bertungkus-lumus bekerja sejak tamat pengajian di Universiti.

"moga bahagia dan kekal ke anak cucu"

Jumaat, 16 Februari 2007

Balik Kampung Ibu....

InsyaAllah esok petang kami berhasrat ingin ke Maran, Pahang - balik kampung ibu, sebab Amerrul Idzham nak jumpa dengan Datuk dan Nenek dia heheheheh....... sejak lahir datuk dan nenek sebelah Ibu belum lagi berjumpa cucu mereka ni.

Rabu, 24 Januari 2007

Gambar Ayah Dalam Paper....!!!


Ini gambar ayah keluar dalam paper semasa Majlis Konvokesyen UiTM semasa penerimaan Ijazah Sarjana. Tahniah ayah kerana berjaya menjadi salah seorang pelajar cemerlang. Ini kenang-kenangan dan agar anak-anak semua menjadikan ayah idola dan contoh untuk mereka menuntut ilmu. Sekarang ini ayah sedang bertungkus lumus untuk meneruskan ke peringkat PhD pula.

Ahad, 21 Januari 2007

Ayah Outstation...

Hari ini ayah kena outstation ke Pontianak Indonesia. Sebenarnya berat hati ibu nak lepaskan ayah pergi, maklumlah ibu masih dalam pantang, baru 15 hari. Rafique pulak masih belum sembuh sepenuhnya dari demam dan buang air. Malam tadi pulak, malam pertama ketiadaan ayah, Firdaus pulak kena demam dan muntah-muntah. Ya Allah semoga semuanya selamat dan sihat. Nasib baik Idzham tak meragam malam tadi...harap-harapnya semuanya berjalan lancar untuk hari yg seterusnya...mudah-mudahan...

Isnin, 15 Januari 2007

Yahoo!!!..Idzham Keluar Wad

Setelah berhari-hari kami semua merindui baby yang baru lahir..akhirnya hari Rabu 09/01/07 Idzham dibenarkan pulang ke rumah. Pukul 6:30 petang ayah dan ibu pergi ke hospital untuk membawa pulang Idzham. Ayah dan ibu memang sengaja merahsiakan kepulangan Idzham pada abang-abangnya ....nak surprise......

Malam pertama Idzham bersama kami sekeluarga....
Ayah menelefon Datuk dengan Nenek Idzham di Pahang dan Mak di Melaka untuk memaklumkan yang Idzham telah dibenarkan balik ke rumah.

Malam itu..Idzham asyik menangis..menangis...tidur sekejap dalam 2-3 minit..lepas tu menangis. Kami ingatkan Idzham sakit perut sebab dia buang air...dah buat memacam cara...menangis juga....entah macamana...ayah kata...agaknya Idzham ni tak cukup susu...kot susu ibu dia tak kenyang....ok...ayah cuba bancuh susu formula...nasib baik ayah dah siap beli susu formula...

Bagi lah ikut sudu..sebab memang tak siapkan botol susu. Habis jer susu terus Idzham tidur . Tapi masa tu dah pukul 5:00 pagi. Kasihan ayah terpaksa berjaga, pagi dah bangun nak pergi kerja...ibu pulak pukul 6 pagi dah bangun untuk siapkan Firdaus (anak yang sulung) untuk ke sekolah.

10/1/2007-Ayah pergi ke Pejabat Pendaftaran Puchong untuk daftarkan kelahiran Idzham. Akhirnya nama baby baru kami Amerrul Idzham telah pun didaftarkan.

Ini pula gambar idzham ketika kawan DRA ibu datang menziarah. Idzham bersama hadiah yang diberi oleh rakan DRA..

Ahad, 7 Januari 2007

Ahli Keluarga Baru Kami - Amerrul Idzham

Beberapa hari yang lepas kami tidak berkesempatan untuk menulis blog ini, disebabkan ibu selalu sakit-sakit, baby yang sepatutnya due 07/01/2007 telah pun lahir pada tanggal 05/01/2007 pada Jam 19:10 di Hospital Putrajaya, Wad 2A, Katil 19. Berat badan baby kami ni 4.05kg dan tingginya 53cm.

Disebabkan baby telah tertelan air sewaktu dalam kandungan, nafas baby agak kurang normal, so Doktor Ong (pakar baby) telah menahan baby di wad NICU. Hari ini kami berjumpa dengan Doktor Nurul dan menurutnya baby yang sepatutnya keluar tengahari ini terpaksa ditahan kerana malam tadi nafasnya kurang elok dan dikhuatiri mendapat jangkitan kuman, darah baby dah diambil dan akan dihantar ke makmal esok, dapat tahu keputusan dalam 2 - 3 hari lagi. Namun baby dah diberi antibody 3 kali dah, petang semalam jam 6pm sekali, pagi tadi jam 6am sekali dan petang hari ini jam 6pm sekali.

Sepatutnya kami dilarang ambil gambar baby dalam NICU, tapi sayang sangat kat baby, ayah berjaya snap 3 photo, di bawah ni sekeping gambar ibu dengan baby.

Ibu nampak pucat sikit, maklum la.... dalam pantang, baru 2 hari bersalin

Comelnya...... tengok pipi saya.... nama belum register lagi, insyaAllah beri nama Amerrul Idzham. So, anak kami empat orang dan semua keempat-empat tu lelaki... bak kata ibu, kita orang puasla meminang anak orang...

Isnin, 1 Januari 2007

Cerita Ayah & Ibu

Ini gambar secara dekat, gambar ayahnya; asal dari Melaka dan kini tinggal di Selangor. Pada masa blog ini dipost, berumur 33 tahun. Kerja dalam bidang IT dan merupakan ketua jabatan di tempat kerja. Sering ke luar negeri mahupun luar negara atas urusan kerja. Kini sedang melanjutkan pengajian dalam bidang Sains Komputer pada peringkat Doktor Falsafah.




Ini angel dari Pahang, kini tinggal di Selangor, umur sebaya dengan cik abangnya; maklum la universiti-mate merangkap kamsis-mate; full-time menjadi penasihat kepada hubby tersayang dan mengurus rumahtangga serta mendidik anak-anak di rumah.

Sesi Suai Kenal

Mula-mula sekali kami ingin memperkenalkan kakitangan dalam keluarga kita orang; ayah bernama mohamed sulaiman, ibu bernama zahidah; yang berdiri sebelah ibu tu amerrul firdaus, yang berdiri sebelah ayah tu amerrul shafiq dan yang dipangku atas riba tu amerrul rafique. Gambar ni diambil masa hari raya aidilfitri 2004. Pada masa blog ini, kami sedang menanti kelahiran anak kami yang ke 4; expected 07 Januari 2007.

Ini gambar putera-putera kami, gambar ni ialah baju raya pertama aidilfitri 2004.

Bermula Blog Famili

Sempena tahun 2007 yang baru bermula hari ini, kami decided nak start blog keluarga kami, harapan kami agar blog ini dapat menyimpan kenangan keluarga kami yang dapat dikongsi sekeluarga hingga la ke anak cucu nanti...... Insya Allah