Ahad, 21 Disember 2008

Check up first time...

18 December 2008

Ayah call kata on the way balik ke rumah. Waktu tu dah pukul 6 petang....ayah suruh ibu siap-siap untuk ke klinik gigi dan juga klinik Medi-Nur. Rupanya ayah dah buat appoinment dengan klinik gigi pukul 7:30 malam..itu sahaja slot yang masih kosong..nak tak nak kena jugalah ambil, sebab dah beberapa hari Rafiq ajak ke klinik gigi untuk menampal giginya. Kali pertama pergi..doktor hanya buat tampalan sementara..dan kali ini untuk tampalan yang kekal.

So...ibu dah kelam kabut sebabnya tiga dari 4 anak ibu tak ada kat rumah..memasing dah keluar ke taman....ibu cuba call handphone...alamak....bunyinya ada kat dlm bilik memasing....dua-dua phone along dan angah tinggal.....heiiiiii....budak-budak ni..ada handphone tinggalkan....baik tak yah ada handphone.....tak lama bunyi lagi handphone dorang rupanya ayah pun sama call dorang.....hehehhe..nasib koranglah bebudak......

Lepas ibu bersiap dengan idzham...ibu nak tutup tingkap dan pintu....ayah pun sampai...tak lama tu angah, along dan uda (Rafique) pun sampai..rupanya ayah pergi cari tiga-tiganya kat taman permainan...nasib baik jumpa...so..oleh kerana nak cepat....ibu kata...salin baju jerlah..tak yah mandi...balik kang mandi....huhuhu..nasib lah...kalau ada bau yer.....

Discuss punya discuss dengan ayah....ayah kata kita pergi klinik gigi dulu..sebab dah buat appoinment..ok lah...kita sampai klinik pukul 7:15.....dan tunggu dalam 5 minit Rafique pun dipanggil masuk dan seperti biasa..ayahlah yang temankan.......

Rupanya doktor tak dapat buat tampalan sebab ada infection....so..buat tampalan sementara lagi....ayah pun set kan apppoinment jumaat minggu depan untuk proses yang seterusnya...

Ok.......next destination....Klinik Medi-Nur.......dah kali ketiga kot..ibu call..baru malam ni Doktor Nur bertugas...so...bila sampai tu..ada sorang patient kat dalam.....tunggu lebih kurang 10 minit....ibu pun dipanggil masuk beserta ayah sekali dan idzham...lenlain..3 hero ibu tunggu di luar.....ayah pun kebetulan malam ini ada tanda-tanda nak demam.....

So...ibu disahkan pregnant 13 minggu...kira-kira 3 bulan lebih skit lah..discuss dengan doktor serba sedikit..eh..serba sedikit ke...lama...hampir sejam juga lah dok dalam bilik tu.....ibu sebenarnya nak bersalin secara czer kali ini sebab dah phobia dengan masalah uri lekat ketika proses bersalin idzham awal tahun lepas.......so..dapat serba sedikit nasihat dari Doktor Nur...dan ibu dan ayah akan survey-survey dulu hospital mana untuk bersalin nanti......

Ini gambar baby baru kami.... alhamdulillah....


Lepas tu....ambil tekanan darah, ambil darah, timbang berat berat ibu ketika pregnant 3 bulan ni dah 54kg...hmmm..boleh tahan juga tu, check urine dan scan...hehehhe...scan ni lah yang paling ibu suka...tu diaaaaa.....dah nampak baby dalam perut ibu.....melonjak-lonjak baby tu..dah nampak degupan jantungnya...alhamdulillah semua ok dan sihat......ayah dukung idzham...tak habis-habis mulut idzham sebut..baby...baby.....

Setelah itu ayah pulak diperiksa..dan tekanan darah ayah rendah....ayah pun sakit kepala ...kesian ayah....memang kena makan ubat cepar-cepat..kalau tidak memang terlantar lah tak boleh bangun.....

Isnin, 15 Disember 2008

Layan jerlah.....

15 December 2008

Hari Isnin.....seperti biasalah ibu di rumah dengan buat kerja rumah..melayan hero-hero ibu yang memang lasak....sekarang ibu dah tak larat nak jadi tarzan dah...ibu dah surrender. Sejak kebelakangan ini...ibu macam tak berapa sihat....sakit situ..sakit sini...dan emosi ibu pun macam tak berapa stabil...kejap sedih..kejap happy...tapi yang banyaknya emosi sedih yang selalu bertandang.....tak tahu sedih kerana apa.....

Ibu pun dah jarang sangat melepak kat DRA....selain sibuk dengan kerja-kerja rumah yang tak pernah berkesudahan...mood nak menyembang pun tak ada....Mood ibu pun kekadang rasa nak marah...di tambah pulak dengan kerenah anak-anak ibu ni yang memang mencabar kesabaran ibu......kekadang menyesal pun ada bila marah kan anak-anak ibu..tapi itulah...anak-anak ibu ada masanya susah nak mendengar kata. Agaknya bila dah tengok ibu ni terlantar tak boleh bangun barulah anak-anak ibu nak tolong ibu dan dengar kata ibu.......kesian kat ibu....

Kalau masuk DRA pun setakat beberapa waktu sahaja...lepas tu..ibu dah sibuk dengan kerja rumah....kekadang melayan perasaan yang ibu sendiri pun tak tahu apa yang bersarang di kepala ibu ini.

Entah..mungkin ini salah satu pembawakan baby dalam perut ibu ni. Ibu masih belum pergi check up lagi.....ayah ajak juga ibu pergi..tapi bila nak pergi jer..doktor yang ibu nak jumpa tu tak bertugas pulak..insya allah malam esok ibu akan buat check up..risau juga selalu sakit-sakit kat bawah perut.

Persiapan sekolah anak-anak ibu belum disiapkan lagi...insya allah weekend nanti.

Mudah-mudahan mood ibu kembali seperti biasa.....

Rabu, 10 Disember 2008

Old Town Kopitiam

9 December 2008

Sebelah petang, kami sekeluarga keluar minum petang, kali ini kami singgah Old Town Kopitiam di Bandar Puteri Puchong, terletak bersebelahan dengan Giant Puchong.



Selasa, 9 Disember 2008

Menara Kuala Lumpur

07 December 2008

Uda memang banyak kali telah mengajak Ayah menaiki Menara KL, so di kesempatan yang ada, Ayah telah membawa kami sekeluarga menaiki Menara KL.


Uda dan Idzham asyik mendengar KIOSK Player yang menerangkan mengenai Malaysia amnya dan Menara KL khususnya.

















Gambar agak gelap sebab tiada lighting di Menara Tinjau KL, Ayah cuba minta pekerja untuk turn on lampu, tapi pekerja situ jawab, "memang macam ini".... pelik la diaorang ni



Jumaat, 5 Disember 2008

Tag dari Mas-ujin



And lovely are the blossoms
That are tended with great care,
By those who work unselfishly
To make the place more fairAnd,
--------------------------------------
like the garden blossoms,
Friendship's flower grows more sweet
When watched and tended carefully
By those we know and meetAnd,
---------------------------------------
if the seed of friendship
Is planted deep and true
And watched with understanding,
Friendship's flower will bloom for you


Thanks pada mas di atas perhubungan persahabatan ini yang tidak ternilai harganya. Semoga perahabatan ini akan teru berkekalan untuk selamanya.
-------------------------------------------------------------------------------------
*Here are the rules for this tag*
1. Copy the badge and put it on your blog. done!
2. Link back who pass you this special TAG. done!
3. Spread this tag to at least 7 or more bloggers who you think you are friend with.
Pada sesiapa yang membaca blog ini silalah ambil tag ini yer.....

Khamis, 4 Disember 2008

Ayah di CISCO - Asia Technology Forum 2008

04 December 2008

Hari ini, dah dua hari Ayah di Macau. Ayah tinggal di Sofitel Hotel. Semalam ayah jalan di Kasino Sand yang merupakan cawangan Sand di Las Vegas, design dan layout pun macam di Las Vegas.



Hari ini ayah dinner di Macau Revolving Tower.





Lepas itu ke Venetia yang merupakan hotel dan juga kasino, saiz dia lebih besar dari Venetia Las Vegas. Antara gambar yang Ayah sempat snap.



Binaan Venetian Macau seperti di Las Vegas (tiru Venice).





Actually langit tu macam real tapi sebenarnya lukisan dan lighting effect, walaupun malam, tapi still rasa siang. Gambar ni Ayah snap dari atas Gondola.









Ayah ditemuramah oleh media di Macau

Kurang asam punya tikus.....

4 December 2008

Pagi ni selepas subuh tidur semula bersama anak-anak....bangun pukul 8 pagi. Pagi ini breakfast nugget dengan kentang goreng jer....kemas-kemas rumah....buka jer laci kabinet tv..mak aiiiiii......banyaknya tahi tikus, siap di kencing lagi, habis kerta-kertas di gigitnya. Betullah malam sebelum ayah gi ost tu...masa ayah keluar ambik along tuisyen..ibu tenampak kelibat tikus masuk bawah kabinet tu. Apalagi terus ibu tarik tangan idzham melompat atas sofa...hahahha...sib baik tak ada orang nampak...idzham pun terpinga-pinga...

Bila ayah balik...ibu bagitau ayah...ayah tengokkan..ayah kata dah tak ada...ibu kata ada...sebab tak nampak pun dia keluar...ayah kata apalah ibu ni penakut sangat dengan tikus....patutlah ayah kata tak ada sebab tikus tu bukan duduk bawah kabinet tapi masuk dalam laci....kurang asam punya tikus......

Pagi ni, ibu keluarkan 2 laci tu, bawak gi belakang....kuarkan dan lap laci-laci tu...ishhhh..tikus ni ingatkan dah pupus kat rumah ni..rupanya masih bertandnag senyap-senyap......

Ok...ini hasil decoupage kedua ibu...sehari suntuk buat ini...semalam...mana tidaknya banyak sangat gangguan.....



Rabu, 3 Disember 2008

Apa-apalah...layan jer

3 December 2008

Pagi ini bangun awal sikit....awallah dari biasa...pukul 5:45 pagi untuk siapkan beg ayah yang nak outstation ke Macau sehingga sabtu ini. Tiga malam tu...lama lah juga....dah siap-siap kejutkan ayah bangun....ayah pulak dah beberapa hari tak sedap perut...

Pukul 7:30 ayah keluar belikan sarapan pagi....pukul 8:00 ayah bertolak ke KLIA dengan Teksi Limo KLIA. Ayah belikan nasi lemak, nasi impit kuah kacang, kuih karipap, dan lauk paru dan ayam sambal....hehehhe...pepagi dah berat breakfast..tak apalah bukan selalu....

Hari ni ibu nak mulakan projek decoupage ibu yang dah lama terbengkalai....baru hari semalam barang yang ibu order sampai...so...bolehlah start projek. Ibu pun baru mula nak berjinak dengan dunia decoupage....perlukan kesabaran nak membuatnya.

Inilah hasil pertama decoupage ibu...banyak lagi kelemahan yang perlu diperbaiki


Di samping itu, ibu juga sekarang sedang mengikuti kelas online dengan kak umi, slow-slow ibu belajar.

Anak-anak ibu, Along dan Angah juga baru memulakan tuisyen...empat subjek iaitu BM, BI, Maths, Science, semuanya ini RM90 seorang. Tuisyen malam setiap Isnin, Selasa dan Rabu. Tak apalah...dari asyik bermain kat rumah, paling tidak pun dengan ada tuisyen ni dorang belajar lah juga...

Apalagi ek berita.....
OOOOOOOOooooo......hehehe...anak-anak ibu bakal dapat adik...baru 9 minggu dalam perut ibu. Ibu tak pergi check up lagi...nantilah bila ayah pulang dari outstation.

Selasa, 2 Disember 2008

December

2 December 2008

Ya Allah..lamanya lah tak update blog ni...dah bersawang kot....hehehe....ntah lah tetiba rasa macam tak dermood nak update blog ni...tak ada perasaan langsung....bukan saja tak update malah nak jengah blog pun tak ada mood, blog kawan-kawan pun langsung tak jengah...penyaki apa entah....

Insyaallah...nak update juga...malam ni insya allah.......

Sabtu, 8 November 2008

Family Day Office Ayah - JARING

8 November 2008

Sabtu, hari ini office ayah mengadakan hari keluarga di Kolam Air Panas Pedas Negeri Sembilan. Jam 7 pagi, kita bertolak dan sampai ke sana sekitar jam 8:30. Sebab apa lambat sampai ialah kerana ayah terpaksa pergi ke office dulu kerana kad invitation tertinggal di office ayah.

Selepas proses pendaftaran, kita breakfast dulu...dan setelah itu mencari port yang sesuai untuk meletakkan beg. Ayah terpaksa duduk di pentas VIP..untuk memudahkan ibu, ayah membawa idzham bersama. Setelah perasmian, ibu menemani anak-anak bermain air. 3 hero ibu, tak apalah dah pandai jaga diri, so..ibu hanya menemani idzham sesambil melihat abang-abangnya. Idzham meragam sungguh, tak mahu main kat kawasan cetek, nak juga pergi kat abang-abangnya...last ibu dah tak larat..ibu biarkan saja sambil ikut ke mana dia pergi....tiba-tiba berdebushhhhhh....idzham tenggelam dalam air....tercungap-cungap idzham....nasib baik..ibu ada...terus idzham mintak dukung tak mahu turun lagi dah.

Satu lagi....idzham memang jenis yang tak suka kalau baju atau seluar dia basah....so..sepanjang main air tu...dia asyik merengek nak bukak baju dan seluar..."acahhhh...acahhhh....nak uakkkkkk....nak uaakkkkk" maksudnya "basah..basah..nak bukak"..hehehe..bila dipujuk..ok..lepas tu merengek lagi. Ayah pula sesekali datang juga menjenguk anak-anak sesambil snap gambar.
Bila idzham pun dah meragam asyik cakap "jommm...jomm"...ibu pun salinkan baju idzham dan tak lama kemudian ayah datang dan bawak 3 hero yang lain untuk menyalin baju.....

Kira-kira pukul 12:30.....kengkonon ibu nak jaga idzham dulu..dan ayah serta angah, along dan rafique pergi mengambil makanan untuk lunch. Sementara itu....mak aiiiii....ramainya orang beratur untuk lunch.....Dah siap ayah dan anak-anak makan....ibu kata...tak apalah..ibu tak mo makan...tak sanggup ibu nak beratur panjang....dengan idzham yang dah menangis ajak balik....

Sebenarnya..ayah boleh makan di tempat VIP tetapi ayah kata....tak sampai hati nak makan sensorang....masa brekafast tadi...kita semua dapat juga makan di tempat VIP, so tak ada lah nak beratur panjang.

Lebih kurang pukul 1:00...kita pun bertolak balik...dah dapat pun lucky draw...kecik-kecik jer..voucher kot. On the way balik....ayah berhenti di Perhentian Nilai...untuk ibu makan tengahari, angah pulak makan nasi lemak.

Sampai rumah jam 2:30 petang....dah mandi semua....apa lagi..dah penat...rehat-rehatkan diri....baring-baring dan tidurrrrr......











Jumaat, 7 November 2008

Hari Anugerah Cemerlang - Tadika D'Nur

7 November 2008

Hari ini adalah hari Anugerah Cerlang di Tadika Rafique. Pukul 8 pagi seperti biasa ibu hantar rafique ke sekolah dulu, dan ibu balik ke rumah untuk siapkan kerja-kerja rumah dulu. Hari ni ibu seronok bawak kereta sebab ibu bawak kereta ayah, dan kereta ibu pulak ayah yang bawak...ini semua gara-gara ibu malas nak isi minyak kereta la nih...hehehe...kesian ayah....tak apakan ayah sesekali....

Pukul 9 pagi, ibu, idzham dan Along sampai ke tadika, masa ni majlis dah pun bermula...Owner tadika sedang memberi ucapan.

Gambar ketika Rafique (hujung belah kanan sekali) sedang bernasyid




Rafique dan kawan-kawannya sedang berdikir barat



Rafique sedang menari tarian dari lagu Siti Nurhaliza









Rafique ketika menerima Anugerah Akhlak Mulia


Ini pula ketika menerima Hadiah Akademik Tempat Ketiga untuk pelajar 5 tahun