Jumaat, 30 Mei 2008

Kembali ke Puchong

26 April 2008, kami kembali berpindah ke Puchong. Ayah telah meletakkan jawatan sebagai Pengarah Invest Melaka serta beberapa jawatan lain. Walau berat hati...tapi demi memikirkan hubungan kekelurgaan semakin jauh disebabkan kesibukan ayah, maka ayah terpaksa melepaskan jawatan tersebut dan menerima tawaran kerja lain.

Kerja baru ayah ini.....tidak menuntut masa yang kadang-kadang tidak masuk akal, di mana sebelum ini, waktu kerja ayah tidak megira masa...tengah malam, waktu cuti, hatta hari raya pun, kesian pada ayah daaannn kesian juga pada ibu dan anak-anak. Selain itu, kerja baru ayah ini juga pendapatan agak jauh berbeza dengan apa yang ayah perolehi di Melaka, sedangakan di Melaka 5 jawatan ayah pegang.

Ayah mula kerja di tempat baru 1 Mei 2008. Sesebelum itu...ayah ibu menyelesaikan urusan persekolahan anak-anak. Along dan angah...masuk ke Sekolah Kebangsaan Puchong Utama 2, dan Uda pula didaftarkan di Sekolah Tadika D'Nur. Puas ibu dan ayah survey tadika yang sesuai. Setelah mengambil kira beberapa faktor....akhirnya ibu dan ayah memilih tadika D'Nur, memandangkan tadika ini merupakan satu-satunya tadika yang berkonsepkan islam dalam Taman ini.

Tiada ulasan: