Jumaat, 30 Mei 2008

Rumah Di Melaka - di pecah masuk

2 Mei 2008.

Kami sekeluarga bertolak ke Melaka pada jam 9 malam untuk hadir ke sukaneka Rafiq sebelum ini. Kami sampai di Melaka pada jam 11 malam. Anak-anak semua sudah tertidur dalam kereta. Bila masuk dalam rumah, ketika ibu mahu melangkah masuk dalam bilik, seperti mahu luruh jantung ibu melihat bilik yang berselerak, macam tongkang pecah. Habis segala kain baju, dokumen-dokumen berterabur di atas lantai dan katil.

Ayah panggil ibu, dan..cepat-cepat ayah check mana-mana pintu atau tingkap di mana pencuri masuk. Rupa-rupanya mereka masuk melalui tingkap bilik study. Mereka umpil dan ketuk grill...Ayah pun terus keluar untuk membuat laporan polis, sebelum itu ayah berpesan agar kani tidak menyentuh apa-apa.

Jam 1 pagi baru 3 orang Pegawai Penyiasat datang ke rumah dan mengambil gambar serta cop jari. Adalah beberapa kesan cop jari yang mereka jumpa dan beberapa b arang di ambil untuk mereka kesan dan siasat pemilik cap jari. Pegawai tersebut menyatakan, kes pecah masuk rumah memang sulit untuk di selesaikan.

Antara barang yang hilang ialah 2 bentuk cincin emas, seutas rantai peninggalan Datuk dan Nenek ibu. Kami berharap agar, pencuri dapat di tangkap, memandangkan kawasan itu kerap kali mengalami kes sedemikian.

Tiada ulasan: