Isnin, 30 Jun 2008

Gathering WMDC

29 Jun 2008.....ibu menghadiri majlis gathering Wanita Melayu Dot com di The Legend Hotel bermula pukul 1:00 pm hingga 6:00 petang. Sewaktu pergi, ayah menghantar ibu ke rumah kawan ibu dan ibu menumpang kawan dari Shah Alam. Sampai sahaja di hotel, kelam kabut ibu menyiapkan nombor-nombor untuk lucky draw, disebabkan ada masalah sikit, so...ibu terpaksa menyiapkan nombor untuk cabutan di situ, nombor untuk di lekatkan di hadiah telah pun ibu siapkan....nasib baik ramai yang membantu.....kalau diberitahu awal-awal tak derla tergocoh-gocoh macam tu...

Acara bermula dengan pelancaran web baru khas untuk bershopping iaitu www.dtoko.com
kemudian acara makan-makan dan seterusnya cabuta bertuah, dapat juga ibu hadiah lucky draw....

Ibu duduk di meja DRA (De Royal Anggerik)......memang gempar sungguh DRA...dan kamilah yang paling kecoh dan memeriahkan suasana. Semakin kecoh dan gembira apabila ahli kami di umumkan sebagai Ahli Paling Popular iaitu Minah Tulen (siapa lagi kalau bukan bakal besan ibu....kehkehkeh)...dan Peniaga Popular pula di menangi oleh Kak Leila (ini pula org kampung ibu)...daaaaannnn yang paling best apabila DRA diumumkan sebagai Kelab Paling Popular...Tahniah...tahniah.......memang best la ahli DRA semua..sporting....

Suasana semakin kecoh apabila game bermula....ikat mengikat apa sahaja barang yang ada di atas meja.....aduh..waktu inilah.....masing-masing yang dah jadi mak-mak orang dah tak sedar diri.....hahahaha ambik, tarik dan capai apa sahaja untuk diikat. Yang paling kelakar,ada yang sanggup mengeluarkan kain pasang sutera dan menyambungnya untuk dijadikan tali......kumpulan ibu kalah...maklumlah hanya berbekalkan reben hadiah dan napkin....tak apalah DRA pun dah banyak menang hadiah....

Pukul 6 petang ayah sampai untuk menjemput ibu. Ayah membawa semua anak-anak dalam kereta. Idzham pun ada...ala rindunya ibu pada ayah dan anak-anak ibu...baru kejap ibu tinggakan. Ayah jadi mama kejap kat rumah jaga anak-anak. Rupanya di rumah ayah suruh anak-anak buat homework dan siapkan buku untuk esok. Ibu balik rupanya semua homework dan kerja-kerja sekolah serta jadual persekolahan untuk esoknya dah settle....fuhhhhh.......kalau ayah yang handle anak-anak...memang segala kerja siap on time. Tak perlu nak jerit-jerit nak marah-marah, sekali cakap semua settle.
Kalau macam ni boleh la ibu tinggalkan lagi anak-anak ngan ayah......hahahaha.....sayang ayahhh.....

Ini ada gambar....antara lucky draw, door gift (ibu ambik gbr pinggan jer..yg lenlain tu..malas nak ambik), pastu trophy kemenangan DRA pinggan 2.90 sen..wakakakaka....


Pinggan besar tu hadiah doorgift...dan yang kecik tu trophy kemenangan DRA beharga 2.90......hehehhehe

Hadiah Lucky Draw, rantai dan gelang silver

Semua sekali.......

Khamis, 26 Jun 2008

Khamis ....

Hari ini seperti hari-hari sebelumnya,tiada apa yang menarik. Rutin harian ibu, menyiapkan anak-anak ke sekolah, menyediakan keperluan ayah untuk pergi kerja. Hari ini Rafique....masih lagi buat hal ketika dikejutkan untuk mandi pagi. Ada sahaja alasan dia tak mahu ke sekolah.......hari-hari macam ni...tak larat dah...

Rafique, kasihan la kat ibu ni....setiap hari nak kena layan kerenah rafiq. Ibu pujuk cara baik, ibu cakap baik-baik tak jalan, macam ibu bercakap dengan patung pulak. Naik angin ibu dengan perangai Rafique, terpaksa juga ibu tinggikan suara dan merotan..kalau tidak memang langsung tak hiraukan apa ibu cakap.

Kasihan anak ibu, ibu tahu rafiq tak sesuai dengan suasana persekitaran di sekolah baru ini..Rafiq masih teringatkan tadika di Melaka, pada waktu itu...rafiq memang suka pergi ke sekolah,walau Cikgu Ina garang, tapi murid-murid semua memang suka ke sekolah.

Sampai bila Rafiq akan berkelakuan seperti ini. Dah bermacam cara ibu dan ayah lakukan, dah bermacam janji ibu dan ayah buat.

Firdaus.....ibu tahu anak ibu ini baik, tapi agak susah nak mendengar kata. Sampai satu tahap ibu kadang-kadang ambik keputusan nak mendiamkan diri sahaja, tak mahu bercakap apa-apa..ibu penaatttt....

Shafiq.....anak ibu ini agak lain dari yang lain...senang untuk mendengar kata dan tidak banyak kerenah...tapiiii..suka sangat menyakat rafiq sampai menangis adik tu...

Idzham.....semakin lasak dan suka menangis, asal tidak turutkan kemahuan dia..mulalah menangis macam kena pukul...aduhhh....pening kepala ibu.

Tak apalah anak-anak ibu, semua ini ibu dan ayah hadapinya sebagai cabaran dalam mendidik anak-anak ibu.. Semoga kesabaran ibu dan ayah akan menjadikan anak-anak ibu orang yang berguna dan berjaya d dunia dan juga di akhirat...amin...

Selasa, 24 Jun 2008

Ayah di majlis Pelancaran Wireless Shah Alam

Ahad 22 Jun 2008, ayah telah turut dijemput memberi ucapan dalam majlis perasmian pelancaran Wireless Shah Alam di Laman Budaya dan memberikan ucapan.
Pada hari ini tersiar dalam Utusan Malaysia berita tersebut.



Warga Shah Alam nikmati WiFi percuma

SHAH ALAM 23 Jun - Penduduk di pusat bandar Shah Alam mula menikmati kemudahan Internet jalur lebar tanpa wayar (WiFi) secara percuma yang dibangunkan melalui Projek Wayarles Shah Alam bermula hari ini.

Kemudahan yang disediakan oleh kerajaan negeri dan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dengan kerjasama Jaring Communications Sdn. Bhd. (Jaring) itu boleh diakses menggunakan kata nama dan kata laluan: wirelessshahalam.

Bagaimanapun, kemudahan WiFi itu hanya diberikan secara percuma selama tiga bulan dengan tajaan Jaring dan selepas itu, pengguna mungkin akan dikenakan caj tetapi akan dipastikan pada kadar yang paling minimum.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Sains Teknologi dan Inovasi Selangor, Rodziah Ismail berkata, Projek Wayarles Shah Alam telah mula diaktifkan di kawasan pusat perniagaan Shah Alam dan mula digunakan selepas pukul 5 petang semalam.

Beliau berkata, kawasan pusat perniagaan Shah Alam dipilih kerana ia merupakan kawasan tumpuan awam, terdapat pelbagai kemudahan dan tarikan serta aktiviti perniagaan di situ.

Menurut beliau, antara kawasan yang mendapat liputan projek itu ialah persekitaran Wisma MBSA, bangunan Darul Ehsan, Dataran Shah Alam, Plaza Alam Sentral, Menara MRCB, Plaza Perangsang, SACC Mall, Kompleks PKNS dan taman tasik berhampiran.

"Selepas Shah Alam, projek ini akan diperluaskan ke Subang Jaya, Petaling Jaya dan bandar-bandar lain di Selangor secara berperingkat-peringkat kerana kemudahan ini akan memberi faedah kepada rakyat.

"Kami akan membuka peluang kepada badan-badan lain yang berminat untuk turut serta dalam projek ini di bandar-bandar lain di Selangor.

"Kami juga mensasarkan sebanyak 90 peratus penduduk bandar di seluruh Selangor akan menikmati kemudahan WiFi ini menjelang 2010," kata beliau selepas merasmikan Projek Wayarles Shah Alam di Laman Budaya di sini semalam.

Hadir sama, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pengurusan), Datuk Tarmedi Omar, Datuk Bandar Shah Alam, Mazalan Md. Noor dan Pengurus Besar Operasi Teknikal Jaring, Mohamed Sulaiman Sultan Suhaibuddeen.

Tambah beliau, kemudahan WiFi yang disediakan di Shah Alam ini boleh dilayari sehingga seramai 200 pengguna serentak.

Rodziah memberitahu, Projek Wayarles Shah Alam itu merupakan salah satu daripada projek yang dirancang semasa Selangor di bawah kerajaan yang lama dan kerajaan yang baru meneruskannya kerana ternyata ia memberi faedah dan menguntungkan rakyat serta negeri.

"Ada pihak yang berkata, kami kurang mencetuskan idea bernas dalam mentadbir negeri dan hanya mengikut perancangan kerajaan lama tetapi kami tidak kisah jika ia bermanfaat kepada rakyat.

"Walaupun kami meneruskan projek kerajaan lama, tetapi kami tetap akan membaiki kekurangan yang ada padanya supaya ia dapat dilaksanakan dengan cara lebih baik," katanya.

Sementara itu, Mohamed Sulaiman dalam ucapannya berkata, Jaring merupakan syarikat pertama mempelopori dan membangunkan komunikasi WiFi di Selangor dan sehingga kini mempunyai 14 stesen pemancar di sekitar negeri Selangor dan Lembah Klang.

Sehubungan itu, kata beliau, inisiatif kerajaan Selangor membangunkan WiFi untuk rakyat dan penduduk negeri ini amat tepat kerana ia dapat memanfaatkan kemudahan yang telah sedia ada.

"Usaha ini akan membuka ruang kepada penduduk Selangor untuk menggunakan Internet secara lebih mudah dan ini akan mempercepatkan pencapaian penembusan penggunaan WiFi di kalangan penduduk Selangor.

"Jaring amat menghargai peluang yang diberikan untuk membangunkan projek perintis WiFi di kawasan Shah Alam yang telah beroperasi sejak April lalu," katanya.

Tambah Mohamed Sulaiman lagi, projek WiFi ini akan diperluaskan ke seluruh Selangor sama ada di dalam bandar mahupun di luar bandar.


Ini pula sekitar perasmian tersebut...













Ahad, 22 Jun 2008

Balik Kampung Ibu.....

Pukul 9 malam, hari Jumaat, kami bertolak ke rumah atuk dan nenek yang terletak di Maran Pahang. Perjalanan selama 3 jam memang sunyi...anak-anak ibu dan ayah semua dah tertidur di belakang. Ibu cuba hilangkan perasaan mengantuk untuk menemani ayah memandu. Tepat jam 11 malam kami sampai di rumah atuk dan nenek. Rupa-rupanya mereka belum tidur lagi, televisyen masih terpasang, nenek dan atuk menonton tv sementara menunggu kami tiba.

Sebaik sahaja sampai ayah keluar membeli makanan, bukan lah lapar tapi terasa nak makan. Sampai di rumah atuk dan nenek, semua anak-anak ibu bangun...selepas makan mee goreng, 4 hero ibu dan ayah leka main dan bergurau serta menonton tv bersama atuk. Kesian atuk dan nenek, terpaksa tidur lambat melayan cucu-cucunya yang tak mahu tidur. Pukul 1 lebih, ayah terpaksa menyuruh semua tidur kerana kasihan kan nenek yang sudah tersengguk menahan mengantuk.

Setelah seharian di rumah atuk dan nenek, pukul 6 petang sabtu, kami pun bertolak balik, memandangkan ayah terpaksa menghadiri satu majlis pada hari Ahad.

rumah atuk di taman sri cedong maran, pahang




Nenek dan Atuk, kami sentiasa mengingati dan menyayangi atuk dan nenek...insya allah kami akan pulang ke kampung lagi....

Anak-anak ibu dan ayah di rumah atuk...




Kebetulan kami balik sewaktu Mak Ngah (adik angkat ibu) baru bersalin anak pertamanya, dan berpantang di rumah ayahnya...
Nama baby ni..Mohamad Naqiuddin berusia 22 hari..Tahniah Mak Ngah...

Rafiq nak kena babap...main ampaian atuk....

Masing-masing ambil angin di luar rumah..panas...

Masing-masing macam tak pernah tengok ayam....

Pepatung...


Wajah Atuk yang suka melayan cucunya...

Wajah Nenek Tersayang...


Pemandangan di sekitar rumah Atuk di Pahang.....


Rabu, 18 Jun 2008

Minum petang...

Hari ni ibu masak kek batik merry.....untuk minum petang...


Sebaik sahaja masak..panas lagi....belum boleh makan...


Ini pulak yang dah siap di potong, hahah..hampir terlupa kek dalam peti ais..sib baik Rafiq ingatkan...

Pagi Yang Dingin....

Pagi ini seperti biasa rutin harian ibu..menghantar Angah dan Rafiq ke sekolah. Cuaca mendung, macam hujan malam tadi, tapi ibu tak sedar pulak hujan malam tadi. Angah pulak kata malam tadi hujan, angah sedar....hahahah...ibu la tidur mati tak sedar apa........

Ayah masih belum balik dari Singapura...walau ayah berada jauh, tapi ibu dan ayah sering berhubung melalui telefon dan juga YM...malam tadi ayah bertanya khabar melalui YM, ayah online dari bilik hotel. Alhamdulillah...ayah sihat cuma penat kata ayah.


Cuaca pagi ini yang dingin..hujan malam tadi...


Angah dalam kereta, waktu nak ke sekolah


Along/Abang nak pergi mengaji, tapi nak kiss idzham dulu


Sarapan pagi ini, roti telur goreng dan milo panas


Inilah website Forum WMDC yang hari-hari ibu lepak....

Selasa, 17 Jun 2008

Apa-apa jer laaaa......

Alhamdulillah malam tadi dapat lena tidur....
Pagi ni dapat sms dari jauh....dari seorang anak yang dah lupakan ayah dan ibunya di kampung...meminta nombor telefon abah.....mesti ada sebab...

Dalam pukul 10, call mak tanya ada tak anak mak yang sorang tu call mak...tapi tak ada....

Pukul 12 lebih pergi ambik angah dan terus ke klinik, Doktor kasi ubat yang lain pulak. Kalau lepas 3 hari masih belum pulih, kena buat ujian lain pulak.....mudah-mudahan sembuh.

Nanti sambung...

Isnin, 16 Jun 2008

Sakit Perut....

Hari ini ibu sakit perut teruk sangat sampai tak leh nak berdiri tegak. Angin naik sampai ke dada. Terpaksa lah sri pergi ambik Rafiq kat tadika berjalan kaki dengan mendukung idzham....sambil bawa payung.

Ibu kat rumah baring sambil tekan bantal kat perut. Selalu macam ni la...bila ayah OST lama sikit mesti ada salah sorang sama ada ibu atau anak-anak akan tak sihat, demam la, sakit la.....

Pagi yang pening lalat....

Malam tadi...ayah dan ibu tak boleh tidur..panas..? Tak rasa panas pun...tidur dalam air cond...tapi..mata ni macam tak mahu tidur, terlelap sekejap lepas tu terjaga terus tak boleh tidur. Pukul 4:30 pagi dah bangun, ayah mandi untuk bersiap ke KLIA untuk pergi Singapore hari ini sampai hari Khamis. Pukul 5 pagi teksi datang. Lepas tu ibu cuba lelapkan mata tapi masih tak boleh, pukul 6 bangun mandi dan sembahyang.

Kejutkan Angah dan hantar angah pergi sekolah. Balik siapkan Rafiq pulak. Pastu sarapan sekejap. Idzham menyusu, ibu pun terlelap sama.

Malam tadi ibu dan ayah keluar sekejap, cadangnya nak beli kasut ibu, tapi tak jumpa yang berkenan, jadi belilah dua pasang sandal dulu. Kasut nanti lah lepas ayah balik dari OST. Ni ada gambar ayah dan idzham, idzham dok kacau ayah nak buangkan tag pada beg ayah, dan lepas tu kacau ayah memotong kuku...




Ayah cuba untuk buangkan tag pada beg....hahahaha...tak dapat...

Idzham sibuk suruh ayah potongkan kuku dia...

Ni salah satu sandal yang baru ibu beli...murah jerkkkk.....

Sabtu, 14 Jun 2008

Sabtu....cuti....

Bangun pagi.....malasnya nak bangun..tapi idzham dah bangun dah duduk atas perut lagi....nak tak nak kena la bangun juga.

Lepas dah siap-siap mandi...kuar gi sarapan kat luar. Biasalah anak-anak mintak makan roti telur jer...pergi jugala ke kedai mamak....

Lepas tu....pusing-pusing..then ayah lak nak service kereta, dah lama waja tu tak hantar service. So..balik, sampai rumah...ayah gunting rambut idzham yang dah panjang bergulung walaupun sikit jer. Abang-abangnya yang lain pun tumpang sama gunting rambut.



Idzham dan Angah yang juga baru gunting rambut...

Idzham setelah digunting rambutnya..

Jumaat, 13 Jun 2008

Rumah Puchong

Belek-belek photobucket jumpa lak gambar ni....ibu snap dulu..gambar dalam rumah kat puchong......

Gambar hall

Gambar dining room

Gambar di bahagian dapur