Ahad, 22 Jun 2008

Balik Kampung Ibu.....

Pukul 9 malam, hari Jumaat, kami bertolak ke rumah atuk dan nenek yang terletak di Maran Pahang. Perjalanan selama 3 jam memang sunyi...anak-anak ibu dan ayah semua dah tertidur di belakang. Ibu cuba hilangkan perasaan mengantuk untuk menemani ayah memandu. Tepat jam 11 malam kami sampai di rumah atuk dan nenek. Rupa-rupanya mereka belum tidur lagi, televisyen masih terpasang, nenek dan atuk menonton tv sementara menunggu kami tiba.

Sebaik sahaja sampai ayah keluar membeli makanan, bukan lah lapar tapi terasa nak makan. Sampai di rumah atuk dan nenek, semua anak-anak ibu bangun...selepas makan mee goreng, 4 hero ibu dan ayah leka main dan bergurau serta menonton tv bersama atuk. Kesian atuk dan nenek, terpaksa tidur lambat melayan cucu-cucunya yang tak mahu tidur. Pukul 1 lebih, ayah terpaksa menyuruh semua tidur kerana kasihan kan nenek yang sudah tersengguk menahan mengantuk.

Setelah seharian di rumah atuk dan nenek, pukul 6 petang sabtu, kami pun bertolak balik, memandangkan ayah terpaksa menghadiri satu majlis pada hari Ahad.

rumah atuk di taman sri cedong maran, pahang




Nenek dan Atuk, kami sentiasa mengingati dan menyayangi atuk dan nenek...insya allah kami akan pulang ke kampung lagi....

Anak-anak ibu dan ayah di rumah atuk...




Kebetulan kami balik sewaktu Mak Ngah (adik angkat ibu) baru bersalin anak pertamanya, dan berpantang di rumah ayahnya...
Nama baby ni..Mohamad Naqiuddin berusia 22 hari..Tahniah Mak Ngah...

Rafiq nak kena babap...main ampaian atuk....

Masing-masing ambil angin di luar rumah..panas...

Masing-masing macam tak pernah tengok ayam....

Pepatung...


Wajah Atuk yang suka melayan cucunya...

Wajah Nenek Tersayang...


Pemandangan di sekitar rumah Atuk di Pahang.....


Tiada ulasan: