Jumaat, 13 Jun 2008

Jumaat

Malam tadi...tak berapa nak lena tidur. Idzham asyik menyusu jer. Yang kelakarnya tu, bila dia pusing sebelah kiri, dia nampak udanya..terus dia bangun sambil tolak dan marah-marah udanya. Ayah tak ada jadi, ibu suruh anak-anak tidur sebilik dengan ibu. Along dan Angah tidur di bawah, ibu, uda dan idzham tidur atas katil.

Ibu menunggu panggilan dari ayah....tetiba hampir pukul 12 malam terima sms ayah, ayah bagitau tak sampai hati nak call sebab dah lewat, program seminar ayah baru sahaja selesai. Tak apalah, yang penting ayah sms dan bagitau ayah sihat.

Pagi jumaat ini, letih sikit sebab hantar angah ke sekolah, siapkan uda mandi dan bekalan dia dan hantar ke sekolah. Semua ni buat sambil dukung idzham, entah kenapa dia tak mahu dengan sri...

Baru sekejap ini ayah call, bagitau tak jadi ke Melaka..kerana appoinment dengan CM Melaka dibatalkan atas sebab ada hal politik yang tiba-tiba berlaku. So..ayah akan berada di Seremban sehingga petang dan lepas tu baru ayah balik ke rumah.

Tiada ulasan: