Khamis, 26 Jun 2008

Khamis ....

Hari ini seperti hari-hari sebelumnya,tiada apa yang menarik. Rutin harian ibu, menyiapkan anak-anak ke sekolah, menyediakan keperluan ayah untuk pergi kerja. Hari ini Rafique....masih lagi buat hal ketika dikejutkan untuk mandi pagi. Ada sahaja alasan dia tak mahu ke sekolah.......hari-hari macam ni...tak larat dah...

Rafique, kasihan la kat ibu ni....setiap hari nak kena layan kerenah rafiq. Ibu pujuk cara baik, ibu cakap baik-baik tak jalan, macam ibu bercakap dengan patung pulak. Naik angin ibu dengan perangai Rafique, terpaksa juga ibu tinggikan suara dan merotan..kalau tidak memang langsung tak hiraukan apa ibu cakap.

Kasihan anak ibu, ibu tahu rafiq tak sesuai dengan suasana persekitaran di sekolah baru ini..Rafiq masih teringatkan tadika di Melaka, pada waktu itu...rafiq memang suka pergi ke sekolah,walau Cikgu Ina garang, tapi murid-murid semua memang suka ke sekolah.

Sampai bila Rafiq akan berkelakuan seperti ini. Dah bermacam cara ibu dan ayah lakukan, dah bermacam janji ibu dan ayah buat.

Firdaus.....ibu tahu anak ibu ini baik, tapi agak susah nak mendengar kata. Sampai satu tahap ibu kadang-kadang ambik keputusan nak mendiamkan diri sahaja, tak mahu bercakap apa-apa..ibu penaatttt....

Shafiq.....anak ibu ini agak lain dari yang lain...senang untuk mendengar kata dan tidak banyak kerenah...tapiiii..suka sangat menyakat rafiq sampai menangis adik tu...

Idzham.....semakin lasak dan suka menangis, asal tidak turutkan kemahuan dia..mulalah menangis macam kena pukul...aduhhh....pening kepala ibu.

Tak apalah anak-anak ibu, semua ini ibu dan ayah hadapinya sebagai cabaran dalam mendidik anak-anak ibu.. Semoga kesabaran ibu dan ayah akan menjadikan anak-anak ibu orang yang berguna dan berjaya d dunia dan juga di akhirat...amin...

Tiada ulasan: