Rabu, 9 Julai 2008

5 Julai 2008

Sabtu, seperti biasa ayah membawa ibu dan anak-anak bersarapan di luar, dan...seperti kelaziman..permintaan anak-anak...ROTI TELUR..
Setelah itu, kami terus pulang ke rumah kerana ayah terpaksa bergegas ke Alamanda untuk acara karnival sukan office ayah. Sebelum itu, ayah menghantar Sri ke airport LCCT. Sri telah bekerja selama 19 bulan dengan keluarga kami. Tahun ini dia nak menyambut puasa di kampungnya.

Idzham dah ready nak ke taman....


Bersama Angah....


Sebelah petang, ibu membawa anak-anak ke taman sebelah rumah. Sedang leka melayan anak-anak, ayah pulang dan terus singgah di taman dan melayan anak-anak bermain. Pukul 7 malam, pulang ke rumah untuk bersiap menghadiri majlis harijadi anak kawan ayah di Shah Alam.

Sekitar majlis harijadi....


Tiada ulasan: