Selasa, 1 Julai 2008

Bermula bulan baru

Hari ini, melangkah lagi ke bulan baru ,Julai. Terasa masa begitu cepat berlalu, walaupun ibu hanya duduk di rumah dan menguruskan hal rumahtangga. Lagi 14 hari lagi untuk menyambut hari lahir Along yang ke 9 tahun. Dah besar dah anak ibu, masih teringat lagi saat melahirkan Along....saat yang paling indah dalam hidup ibu dan ayah menyambut orang baru dalam hidup kami.

Lagi tiga hari Sri akan di hantar pulang ke Indonesia. Terasa juga risau di hati ini, bimbang kelam kabut untuk uruskan anak-anak di rumah dan menghantar ke sekolah. Bimbang tatkala ayah terpaksa outstation.....ibu tiada pembantu. Tapi..alah bisa tegal biasa..lama kelamaan pasti ibu dan kita semua akan terbiasa. So...anak-anak ibu kenalah sama-sama turun padang membantu ibu membuat kerja-kerja rumah....termasuk ayah...heheheh.....

Hari ini ayah ke Melaka menguruskan beberapa hal tertunggak..termasuk membeli furniture untuk rumah yang hendak disewakan di Merlimau. Ibu nak ikut, tapi siapa pulak nak uruskan anak-anak ibu ke sekolah....kasihan ayah drive sensorang.

Sebenarnya, hari ini ibu tidak bersemangat nak lalui sepanjang hari ini. Entah kenapa..mungkin sebab dapat hadiah pinggan 2.90 kot...wakakakakka......kasihan geng DRA ibu..penat-penat vote sudahnya hadiah hanya pinggan 2.90...macam hadiah budak-budak.....
Nantilah ibu sambung lagi....

Tiada ulasan: