Rabu, 6 Ogos 2008

Ibu sakit....

Hari ini sudah dua hari ibu sakit perut dan hampir setengah jam sekali ibu akan ke tandas. Perut ibu tak sakit..cuma rasa macam penuh dengan angin. Malam tadi..ayah bawak ibu ke klinik Medi-Nur....dengan cucuk idzham sekali. Bila doktor check..katanya perut ibu memang penuh dengan angin....so..doktor tanya..nak makan ubat sahaja atau nak injection...tapi ayah suruh ambik injection..Doktor Nur kata..kalau masih tidak berhenti, dia nasihatkan ibu untuk pergi ke hospital....alamak....ibu kalau boleh memang tak mahu admit..kasihan anak-anak ibu...

Sampai sahaja kat rumah, ibu dah tak larat dah..pening, lemah dan segala-galanya. Sebelum tidur, ayah menyapu ubat angin kat perut ibu....risau ayah kata. Masa tu,ibu dah tak larat dah nak angkat tangan semua..pejam jer mata. Tengah malam entah berapa kali ibu bangun ke tandas.

Bila alarm bunyi pukul 6 pagi..ibu mandi dan masih lagi ulang ke tandas...ingat nak turun bawah...nak buat sarapan...tapi ya Allah..tak mampu ibu nak bangun berjalan...lemah segala anggota badan. Ibu cakap dengan ayah..ibu tak larat nak drive nak hantar anak-anak ke sekolah..so hari ini semua anak-anak ibu tak pergi sekolah.

Ayah membelikan sarapan punya lah banyak...yerlah..ayah tak kasi ibu masak jadi semua tu merangkap lunch la sekali. Nak menjemur kain pun tah berapa kali ibu duduk.
Anak-anak ada kat rumah....tak adalah ibu nak berehat....ada sahaja la kerenah memasing....

Tiada ulasan: