Ahad, 10 Ogos 2008

Sarawak Culture Village

Berdekatan dengan tempat tinggal ayah ada satu tempat tumpuan pelancong, terletak dalam 5 minit drive; Sarawak Culture Village, konsep dia macam Taman Mini Malaysia / Asean di Melaka; di Sarawak Culture Village ni terdapat semua model rumah betul kaum-kaum di Sarawak, meliputi Bidayuh, Iban, Penan, Orang Ulu, Melanau, Melayu dan China.

Bayaran masuk ialah RM60 untuk dewasa dan RM30 untuk kanak-kanak 6 hingga 12 tahun; ini charge untuk orang luar Sarawak, kalau orang Sarawak kena bayar RM25 untuk dewasa; dibuka jam 9pagi dan tutup jam 4:45petang. Ada 2 slot pertunjukan kebudayaan, iaitu jam 11:30 hingga 12:15tengahari dan jam 4:00 hingga 4:45petang.




Tiada ulasan: