Ahad, 10 Ogos 2008

Singgah Sarikei di Sarawak

Salah satu program di Damai Beach ialah Golf, tetapi ayah dah lama tak main dan memang tidak bawa golf set; so ayah nak beli sikit barang untuk bawa balik. Majoriti orang sana cadangkan untuk ke Sarikei, tempat ni macam pasar minggu, yang dibuka dari petang Jumaat hingga malam hari Ahad; semua penjual terdiri dari orang Indonesia yang rata-rata dari Pontianak.

Gerai-gerai ini terletak di sepanjang jalan sejauh 1 kilometer dan berlapis-lapis, memang penat nak berjalan untuk memilih, ada kain baju, t-shirt, barang perhiasan, barang tani, barang basah dan kering dan banyak lagi, dan harga dia memang murah; ramai pelanggan beli udang kering sekilo RM23, ada ikan bilis kering, sotong kering.... kulit kayu manis secekak penuh - panjang hampir 2 kaki berharga RM2.50... payah nak kata betapa banyak barang kat situ




Tiada ulasan: