Isnin, 22 September 2008

Jom tengok idzham...conteng tangan

22 September 2008

Ni lah gelagat idzham.......
Mandi..siap baring dalam besen mandi dia...
Dah tu....diam-diam rupanya dia menconteng tangan dia, kaki dan seluar dia..memang la anak ibu ni...
Ada gambar penuh....tapi....kena cut.....hahahhaa.....untuk simpanan sendiri jer...




Berbuka Puasa di Perkampungan Ikan Bakar Terapung, Umbai Melaka

20 September 2008

Hari ini Ayah mengajak kami sekeluarga untuk mengemas rumah di Melaka, maklum sahaja la, kalau hendak berhari raya di rumah Puchong mesti sunyi sepi sebab semua orang akan balik kampung.

Paginya Ayah berjumpa kawan sebab sistem komputer di syarikatnya ada masalah, dalam tengahari Ayah balik, dan kami pun bersiap dan menuju ke Melaka. Cuaca sepanjang perjalanan agak redup.

Macam biasa disebabkan perjalanan agak jauh, anak-anak yang keletihan akan tidur dalam kereta



Lebih kurang dalam jam 4:30pm kami sampai di Melaka, ini gambar plaza tol Ayer Keroh



Ini pula ialah pintu gerbang sejurus selepas Tol Ayer Keroh. Pintu gerbang ini menggambarkan seni bina rumah Melaka.



Kami terus menuju ke Kedai Mak sebab sudah lama tak jumpa dengan Mak. Di Kedai, Ayah membantu Mak membersihkan sawang labah-labah, kasihan Mak tak dapat bersihkan sawang sebab kayu penyambung tak boleh dipasang dengan duster , nasib baik Ayah datang. Selepas itu, Ayah dan Ibu sama-sama bantu Mak bungkus ais. Menurut Mak bulan puasa ni ais memang laku. Ibu tak boleh nak tolong sangat sebab Idzham asyik nak didukung jer. Along tolong Mak di cashier, Angah pulak tolong Mak Long (kakak Ayah) menyusun barang, dan Rafique dok sibuk nak minta mainan dengan Mak.









Ini Idzham selepas kena marah dengan Ayah, geram betul dengan Idzham sebab semua tak kena....



Ayah mengajak kami sekeluarga berbuka di Umbai, sebenarnya Ayah ajak Mak sekali, tapi Mak kata tak orang nak jaga kedai. So kami sekeluarga menuju ke Perkampungan Ikan Bakar Terapung Umbai. Dalam perjalanan, Ayah call kawan Ayah untuk book tempat tu, sebab tempat berkenaan memang jadi tumpuan. Kami order makanan melalui kawan Ayah.

Sekitar kawasan ikan bakar....





Dalam jam 7pm, kami telah siap ditempat duduk, nasib baik kami sudah book makanan, so bila sampai semua dah terhidang, menunggu untuk dimakan....



Sebahagian dari lauk yang tersedia....






Setelah kami kekenyangan, Ayah ajak kami untuk membeli baju raya Ibu, sebab semasa di Shah Alam sempat membeli baju melayu untuk ayah dan anak-anak. Kami singgah di Taman Cempaka yang terletak setentang dengan Melaka Sentral. Ramai sangat orang datang membeli belah di sini disebabkan harga yang berpatutan.




Samapi sesak kt TESCO...bersebelahan Taman Cempaka...




Kami pun balik ke rumah kami di Lorong Pandan yang memang berdekatan dengan Melaka Sentral; kami singgah rumah Kak Hasnah sebab dipelawa makan, apa tu orang kata, tak elok tolak rezeki, so kami pun makan lagi, Kak Hasnah bungkuskan nasi dan lauk untuk kami bersahur.

Di rumah, Ibu mengemas rumah untuk tidur semasa anak-anak mandi..... keesokan harinya Ibu sambung mengemas dan mop rumah sampai mop pun patah, maklum sahaja la mop dah lama.... selepas kami bersiap kami menuju ke Jaya Jusco di Ayer Keroh untuk membeli anak-anak baju.

Selepas habis shopping sakan di Melaka, kami menuju pulang ke rumah di Puchong.....

Jumaat, 19 September 2008

Grid Asia 2008

19 September 2008

InsyaAllah Ayah akan pulang ke rumah malam ini, flight pukul 9:15pm tapi macam biasa, Ayah akan cuba dapatkan flight awal kalau sempat ke airport sesegera mungkin.

Semalam dan hari ini Ayah menghadiri event lanjutan kepada Open Grid Forum yang baru sahaja berakhir pada 17/09/2008. Even ini agak lebih general yang lebih kepada pendedahan kepada sistem GRID di Asia. Berbanding dengan Open Grid Forum yang menjurus kepada teknikal.

Hari Rabu lepas Ayah berbuka di kedai Mamak yang sama dengan pada hari Isnin dan Ayah bersahur di hotel, dengan masakan yang sama sebelum ini iaitu vegetarian curry dengan nasi. Semalam Ayah berbuka di McDonalds iaitu kedai yang Ayah singgah sebelum ini. So tiada menu yang menarik sebab tiada banyak pilihan.

Selepas berbuka, Ayah berjalan sekitar hotel dan berborak dengan kawan di atas jambatan di belakang hotel Ayah tinggal.




Menurut Ayah, pada hari semalam kawan kepada officemate Ayah yang tinggal di Singapore datang dan bawa Ayah berjalan sekitar Singapore yang kecil itu hihihi, sepanjang perjalanan nampakla persiapan Formula One di Singapore yang akan berlangsung minggu hadapan, di Singapore F1 bukan diadakan di Trak litar tetapi akan diadakan di jalanraya biasa.

Ayah dibawa singgah untuk makan sup tulang di Beach Road, menurut orang yang bawa Ayah ke situ, tempat itu memang famous di Singapore. Ayah pula pelik nak makan sup itu sebab berwarna merah. Ayah cuba rasa, tapi macam tak boleh nak terima, mungkin sebab tak pernah cuba.

Nampak tak straw tu... Ayah makan sumsum tulang tu....



Setelah makan sup tulang dan minum air tebu, tempat persinggahan sebelum balik ke hotel ialah di tepi pantai East Coast, dari tempat ini nampak Pulau Batam dan boleh dapat signal phone Indonesia.



Ayah minum air jus apple hijau sambil berborak dengan kawan-kawan sebelum bertolak ke hotel jam 11:45pm

Rabu, 17 September 2008

Menyambut Ramadhan di Singapore

16 September 2008

Hari ini merupakan hari ketiga Ayah di Singapore, menurut Ayah, di sini tiada langsung suasana puasa, antara sebabnya ialah majoriti orang di Singapore ini bukan beragama Islam, dan terdapat juga orang yang rupa macam Melayu tapi selamba makan disiang hari... wallah hu alam.

Semalam Ayah berbuka puasa di kedai Mamak diberi nama FARSHA, kedai ini terletak dalam 400 meter dari hotel. Malam tadi pula Ayah berbuka di Kedai Masakan Padang, kedai ini pun terletak berdekatan dalam 1 kilometer dari Hotel. Ayah cuba juga cari tempat makan lain tetapi kebanyakannya tidak menyelerakan dan meragukan, di sini susah hendak cari masakan Halal walaupun di Hotel sekalipun.





Sebelum ini Ayah biasa tinggal sama ada di Hotel Hyatt atau Park Royal yang dimilki oleh kerabat Brunei, hotel ini memang Halal; kali ini Ayah tidak tinggal di Hotel berkenaan kerana bukan salah satu pick-up point untuk ke event OGF ini.



Kedai masakan padang ini amat popular di Singapore tetapi, Ayah rasa masakan di Malaysia jauh lebih sedap, sebab itu Ayah sering katakan bahawa apa yang menarik di Malaysia antaranya ialah makanan. Bukan Ayah nak komen tapi, makan di sini mahal, sedikit dan 'tidak ada rasa'.

Ini gambar Ayah semasa menunggu waktu berbuka, memang nampak letih sebab program bermula sejak awal pagi dan pengisiannya adalah dalam bidang teknikal sains komputer yang baru iaitu GRID.



Dalam perjalanan pulang, Ayah still lapar lebih-lebih lagi semalam Ayah tidak sahur, so Ayah singgah McDonalds untuk beli BigMac set. Di Singapore ni KFC dan McDonalds diakui Halal

Isnin, 15 September 2008

Open Grid Forum 24 - Singapore

15 September 2008

Hari ini telah dua hari Ayah ke Matrix Building di Biopolis Singapore, menurut Ayah, konsep Biopolis ini ialah seperti Technology Park Malaysia di Bukit Jalil, tetapi pengisian tempat ini agak jauh lebih baik dari apa yang ada di Malaysia.

Kali ini Ayah menginap di Hotel River View di Jalan Havelock. Masalah utama di Hotel ini ialah tiada makan Halal yang proper, pagi tadi Ayah sahur dengan makan masakan vagitarian.



Jam 7:30am bas telah menunggu di depan hotel untuk bawa Ayah dan deligasi lain di Hotel ini ke Biopolis, sampai di sana Ayah mendaftar dan terus mulakan acara. Terdapat beberapa kali break dalam sidang yang diadakan, tetapi Ayah tak boleh join peserta lain sebab berpuasa. Menurut Ayah, hanya dua orang Melayu sahaja dalam forum ini selain Ayah dalam bidang teknikal, majoriti ialah berbangsa Cina, diikuti Mat Saleh dan India, seorang Melayu lagi adalah rakan sepejabat Ayah yang meninjau isu komersial.



Ayah telah sama-sama menyumbang dalam perbincangan merangka sistem grid, dalam minggu ini forum grid kali ke 24 ini diadakan di Singapore dan berikutnya akan diadakan di Italy, Ayah tak sure hendak sertai sesi akan datang atau tidak. Begitu juga dengan persidangan satu lagi di Istanbul pada 22 hingga 26 September 2008 yang dianjurkan oleh European Grid, Ayah tak join sebab sudah hendak raya.

Ulang Tahun Perkahwinan...

13 September 2008..

Genap umur perkahwinan ibu dan ayah 10 tahun. Diam tak diam dah 10 tahun melayari bahtera rumahtangga, alhamdulillah walau berbagai onak dan duri melanda, ibu dan ayah tetap utuh mempertahankan mahligai ini....

Kebetulan 13 september jatuh pada hari Sabtu, rupanya ayah buat surprise bawa ibu dan anak-anak berbuka puasa di Hotel Renaissance di Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur. Ingatkan sekadar bawa berbuka di kedai biasa, tepat pukul 6:45 petang, terus ayah drive masuk Hotel...thanks ayah....ibu tak der bagi apa-apa pun untuk ayah....

Sementara menunggu waktu berbuka puasa, kami ronda-ronda KL, puas memusing KL, jalan-jalan, pergi ke Taman KLCC....


Ibu dan ayah setelah 10 tahun berkahwin

Ayah yang kami sayangi.....




Anak-anak....

Gambar sewaktu berbuka puasa di Hotel Renaissance,
alhamdulillah idzham tak banyak ragam, elok duduk diam tengah makan dan lepas tu, main dengan abang-abangnya...





antara makanan yang di makan...sempat snap 2 keping jer, walhal banyak lagi benda yang di makan......sampai kekenyangan sungguh....


Nasi ayah....

Jumaat, 12 September 2008

Along naik Quran....

Alhamdulillah......bangga ibu dengan anak ibu....along telah naik ke Al-Quran setelah khatam membaca Iqra'. Pada mulanya ibu ingatkan along akan membaca muqaddam dulu...tapi...along kata dia dah baca quran. Ibu pun pergi bertemu dengan Ustazah yang mengajar anak-anak mengaji dan bertanyakan hal ini...dan Ustazah tu kata...disebabkan along dah lancar membaca jadi dia terus naikkan along untuk mengaji Quran...dan membaca Juzuk 1 pun along dah lancar, ustazah hanya perlu mendengar dan perbetulkan sikit-sikit bacaan dan tajwidnya.....

Sekiranya seseorang anak muridnya tak lancar membaca Iqra' , barulah akan membaca muqaddam.....ooooo.....macam itu..bukan apa ibu asalnya risau juga,bimbang along tak dapat bawa bacaan dalam Quran.....dan bila ibu dengar along baca ...alhamdulillah..betul kata Ustazah tu.....

Angah pulak...agak merangkak pembacaan iqra' nya....baru masuk Iqra' 6..tak apalah angah yer..slow-slow dan banyakkan pembacaan lagi....

Puasa Hari ke 12....

12 September 2008

Hari ini, hari ke 12 puasa...alhamdulillah along dan angah masih belum tinggal puasa lagi, walau pun pernah tidak bersahur.

Selasa lepas, ayah belikan anak-anak scooter sorang satu kecuali idzham lah.... maklumlah, dorang asyik mintak dengan ayah nak scooter tu. Ayah pun kasihan juga kat anak-anak, bila kawan datang bawa scooter dorang masing-masing berebut nak pinjam. Bila dah dapat scooter ni, satu hal pulak...berebut dengan idzham. Idzham bukan pandai nak naik pun hanya tolak jer.....biasa angah lah yang kasi idzham pinjam scooternya pada idzham.

Yang ada kaler merah dan biru jer, so.. merah untuk along dan rafiq, biru untuk angah



Rabu, pukul 3 petang lebih kurang, ayah bawak ibu dan anak-anak ke PKNS Shah Alam untuk membeli baju melayu.... dapatlah membeli baju melayu anak-anak dan ayah... tapi.. ayah tak mahu pakai sama kaler dengan anak-anak.. hahahahhaha... sebab ayah kata.. ibu yang tak mahu juga sama kaler dengan anak-anak....

Ibu segan sebenarnya....nanti semua sama kaler jer..sepaten jer...

Semalam.. berbuka puasa ibu masak nasi lemak, sambal udang, ayam goreng berempah, dan panaskan sambal sotong. Lepastu ayah bagitau ibu, isnin hingga jumaat depan ayah kena OST ke Singapore........... haaahhhh.... alamak lamanya... ni yang tak best nihhhh...

Lepas tu, ibu minta kebenaran dari ayah untuk mintak atuk dan nenek temankan kita, nanti ibu sewakan teksi untuk atuk... lepas berbuka jer, ibu call atuk kat kampung... suarakan hasrat hati ibu... dan seperti yang telah dijangka atuk macam keberatan untuk datang, ibu pun nak cakap apa lagi.... tak apalah atuk.. tak kan ibu nak paksa pulak.... so... atuk kata nanti nak discuss dengan nenek dulu..... tapi rasanya memang tak akan datang.. huhuhuhuhuh...... tunguuuuuu jer lah atuk call nanti....

Sabtu, 6 September 2008

Siapa nak skarf.......

06 September 2008

Hari ni puasa yg ke enam.... alhamdulillah along dengan angah belum tinggal puasa lagi, so far semua ok puasa.

Pukul 11 pagi tadi gi Klinik Kak Ida kat Seksyen 7 Shah Alam ajak ayah tengokkan pc kak ida..ada problem skit, di samping nak hantar pixy kak seha. So, pc kak ida pun alhamdulillah dah ok, dan ibu pulak sempat check up dengan kak ida dan ambik ubat gastrik...dan paling best kak ida kasi hadiah beg RE....(nanti la upload gambar)...

Ni tengah bersiap nak balik Pahang..nak berbuka puasa dengan nenek dan atuk.

Dulu ayah pergi ke Bangkok dan membeli beberapa barang untuk ibu termasuklah skarf sutera thai. Tapi, malangnya skarf ni tak sesuai untuk dijadikan tudung kerana kecik skit dan jarang. Saiznya lebih kurang 38 inch x 40 inch, so memang sesuai dijadikan skarf atau ada yang pandai pakai kain tudung gabung dengan skarf ni. So, ni nak offer kepada sesiapa yang berminat, bukan nak jual.... just sapa yang sudi nak... cakap la sebab ada 2 helai sahaja, satu kaler biru dan satu lagi kaler coklat.

Okay ni dah nak bertolak dah ke Pahang, nanti balik esok boleh la update blog ni...




Isnin, 1 September 2008

Selamat Berpuasa...

1 September...

Hari ini hari pertama berpuasa. Pukul 5 pagi ibu dan anak-anak bangun untuk bersahur. Ayah, hanya minum air....dan...hahahha...perangkap sudah mengenaaaaaaaa....
waaa.....ada Cik T...masuk perangkap yang ayah pasang....padan muka...dah berhari-hari Cik T bebas keluar masuk rumah....

Pagi-pagi semua dah bangun, empat-empat hero ibu dan ayah duduk mengadap perangkap Cik T dan dok menyergah Cik T....kesian cik T...asyik melompat terkejut...al-maklum anak-anak ibu ni dah berhari-hari menunggu nak tengok live Cik T...Dalam pukul 10 pagi ayah keluar dengan anak-anak pergi buang Cik T jauh-jauh...kat tempat pembuangan sampah..berdezup Cik T lari....

Hari ini, tak keluar ke mana-mana....ayah sibuk mentelaah untuk study ayah, anak-anak pulak tengok tv, main dan buat latihan. Ibu seperti biasa melayan Idzham dan mengemas kain baju, masak untuk juadah berbuka puasa. Alhamdulillah anak-anak ibu...Along dan Angah steady......langsung tak mengeluh kepenatan atau lapar...tapi..lagi aktif main..

Pukul 6 petang, ayah keluar untuk ke Pasar Ramadhan. Ibu dan anak-anak tinggal di rumah, memandangkan hari hujan. Ayah tak membeli banyak sangat juadah..takut membazir pulak nanti....seperti laksam, mee hoon goreng, dan roti john.

Pukul 7:20, sampailah waktu berbuka puasa...anak-anak dan ayah dah siap mandi dan bersedia untuk berbuka puasa termasuklah...si kecik tu..Idzham..

Pukul 8:00 malam, anak-anak ayah dan ibu sibuk bersiap untuk pergi Solat Terawih mengikut ayah, idzham pulak bila dah tengok abang-abangnya bersiap pakai baju melayu, dia pun merengek nak pakai juga..so..ibu pakaikanlah idzham dengan baju Uda yang lama...pukul 8:30..bila ayah dan anak-anak keluar untuk ke masjid, idzham menangis nak ikut juga....hahahahhah...merajuk idzham...terus tarik-tarik baju melayu yang dia pakai suruh ibu buka..lepas tu terus tidur...kasihan anak ibu...bukan ayah tak mahu bawa tapi idzham kan kecil lagi...nanti la ya sayang bila idzham dah besar boleh ikut juga....

Sempat ayah snap gambar..sewaktu menunaikan solat terawih di Masjid Bukit Puchong 2 yang sebenarnya belum 100% siap....


Beli Kuih Raya di Bukit Jalil

31 August 2008

Hari ni kami breakfast di luar dan lepas tu Ibu ajak Ayah untuk melihat jualan di Bukit Jalil, Ibu kata dalam surat khabar tulis ada karnival borong barangan makan di situ murah, so Ayah bawa kami sekeluarga ke Bukit Jalil. Kami sampai dalam jam 1:45 tengahari; masuk parking kena RM2, di dalam tu tiada apa sangat, banyak gerai masih tutup, orang pun tak ramai sangat; kami jalan-jalan di situ dan singgah beli kuih raya untuk makan-makan, beli biskut raya dekat RM100 juga.

Sampai rumah anak-anak tak sabar nak makan, so Ayah kata kat Ibu, biarla anak-anak makan, so Ibu buka bungkusan.

Ini gambar Idzham makan biskut



Ini lepas mandi, habis satu badan penuh coklat...