Isnin, 1 September 2008

Balik Melaka Tengok Rumah

30 August 2008

Seperti kebiasaan kami sekeluarga breakfast di luar, sebelum keluar tadi, Ibu telah siapkan semua baju-baju sebab planning nak bermalam dan sambut malam kemerdekaan 51 di Melaka; Once selesai makan, kami terus ke Melaka, perjalanan ambil masa dalam 1 jam setengah, seperti yang dijangka; banyak kenderaan yang exit di plaza tol di Melaka, walaupun kami exit melalui tol Alor Gajah, kereta dah banyak beratur, nasib baik Ayah gunakan Touch&Go (di sini tiada terminal Smart Tag).

Sampai Rumah dalam tengahari, kami terus bertamu ke rumah Kak Hasnah, kami dijemput makan, so untuk tidak hampakan pelawaan kami makan mee rebus; setelah habis berbual, kami balik ke rumah untuk kerja-kerja mengemas rumah, dah dekat dua bulan tak balik rumah, banyak surat dalam peti surat, pokok di garden pun dah tidak terurus; Ayah mengemas garden dan ibu sapu rumah setakat yang mampu sebab sibuk melayankan Idzham yang meragam nak didukung.

Dalam jam 3:30 petang kami berkunjung ke kedai Mak di Ayer Molek, anak-anak sibuk makan gula-gula, minum air kotak, ais krim dan ambil mainan, Mak memang suruh bebudak ambil, bila Ayah tegur anak-anak, Mak kata "tak apa la..." Sibuk berbual dengan Mak; Mak kata dah lama Ayah tak makan masakan Mak, so Mak suruh Ayah ke rumah makan, so Ayah ke rumah makan masakan Mak, kali ni Mak masak kari ikan siakap, sayur kangkung dan ikan goreng; sebelum kami habis makan, Mak call minta tolong ambilkan barang; so selepas kami dah habis makan semua, kami singgah ke kedai Mak untuk beri barang yang Mak pesan.

Sebelum balik rumah, kami berjalan-jalan di Melaka; kami singgah ke kedai pakaian di Jalan Hang Tuah di Melaka untuk belikan Nenek baju, Ibu belikan empat helai baju; kami sambung jalan-jalan ke tepi pantai dari Klebang ke Tanjung Kling dan terus ke Tangga Batu, memang tenang pemandangan di sekitar.

Kami balik rumah dan mandi, selepas tu kami pun dinner di luar; Ayah tanya Ibu sama ada nak tidur di Melaka atau nak balik ke Puchong, Ibu kata terpulang pada Ayah, cuma Ibu takut Ayah penat drive; Ayah mengambil keputusan untuk balik ke Puchong malam tu juga; so dalam jam 9:40 malam kami bertolak balik ke Puchong.

Tiada ulasan: