Rabu, 29 Oktober 2008

Ubah kedudukan perabot...

19 Oktober 2008

Sebenarnya dah lama...tapi lupa nak masukkan....kira dari sebelum beli bunga lagi....
Lepas balik dari open house kawan ibu (kak seha) kat klang, ayah tergerak hati nak ubah posisi perabut di ruang tamu dan juga dining room. Tapi sebelum tu, sempat lagi ke kedai perabot untuk membeli 2 almari buku. Meja jepun tu, ayah ngan ibu bawa naik ke family hall di ruang atas. Manakala akuarium yang dah kosong tu, selepas pemergian ikan kelisa yang mati sakit jantung...heheheh pula, ayah letak di kaki lima rumah di luar. So..luas la sikit dining hall tu dan ubah posisi meja makan. So..beginilah keadaan hall setelah diubah. Hall utama tu, kosong...masih memikirkan nak letak apa yang sesuai.




Beli bunga...

27 Oktober 2008

Sejak pagi tak keluar dari rumah, breakfast pun kat rumah. Sebenarnya penat, semalam baru sampai dari Pahang, pergi rumah Mak Uda yang buat kenduri doa selamat sempena masuk ke rumah yang baru siap di bina. Besar rumah baru mak uda, baru selesa kalau nak bermalam kat rumah mak uda. Malam tu, anak-anak semua tidur kat hall yang luas mata memandang. Ibu-ibu dan ayah-ayah semua tidur kat bilik. Atuk ngan nenek pun ada datang rumah mak uda.

Seronok duduk kat kawasan kampung dikelilingi oleh pokok-pokok menghijau. Pagi-pagi macam-macam bunyi burung dengar, dengan suara ayam berkokok dengan suara unggas lagi, sejuk pun sejuk.

Tengahari, ibu masak untuk lunch. Asalnya ibu dan ayah nak pergi open house rumah kawan ibu, tapi memandangkan jauh dan ayah pun tak berapa biasa dengan kawasan itu, so..tak jadi. Ibu ajak ayah pergi Sg Buluh, gi nursery cari pokok bunga. Ntah kenapa terlintas kat hati ibu untuk menanam bunga pulak...harap-harap menjadi lah.

So..banyak jugalah pokok bunga yang dibeli...antaranya pokok bunga ros 4 jenis kaler, dan beberapa pokok lain lagi beserta pasu.






Selasa, 21 Oktober 2008

Ayah belikan kek lagi....

20 Oktober 2008..
Jam 8 malam ayah call kata on the way balik ke rumah dan dah belikan kek untuk ibu dan rafique, selain itu ayah juga baru membeli rak kasut so..ayah on the way balik bersama lori perabot tu. Baru semalam ayah belikan 2 almari buku dari kedai yang sama. Ayah kata terpulang pada ibu nak hias semula rumah kita ikut selera ibu..yessssssss....tq..tq ayah...
Kek harijadi ibu dan rafique
Ayah sedang memasang lilin
Rafique sedang tiup lilin, idzham dah tak sabar nak potong kek
Rafique sedang memotong kek, idzham pun tumpang sibuk
Masing-masing sedang makan kek....

Selamat Hari Lahir Rafique

20 Oktober 2008

Hari ni hari jadi rafique, ibu dan ayah belikan kek dan siapkan goody bag untuk di bawa ke tadika. Rafique sambut dengan kawan-kawan kat tadika.

Kek Rafique
Goody Bag
Birthday boy

Ke klinik gigi

Ayah, ketika daftarkan rafique Anak-anak bermain sewaktu menunggu rafique dipanggil

Gigi geraham Rafique yang pecah...




Rafique mengadu kata gigi dia pecah, alamak...itulah ibu dah cakap jangan makan gula-gula banyak..tapi...haaa..kan sapa yang susah. Ayah dah setkan appoinment dengan doktor gigi pada hari khamis 16 oktober jam 7:30 malam. Doktor kata, sebab rafique kecil lagi so doktor cuma lakukan tampalan sementara sahaja dan next week baru akan tampal yang betulnya.

Ahad, 12 Oktober 2008

Ayah terima Bintang.....

12 Oktober 2008

Pukul 6:30 pagi, ibu kejutkan ayah bersiap untuk ke Dewan Sri Negeri, Ayer Keroh Melaka. Sebelum ayah pegi, ayah sempat membelikan sarapan untuk ibu dan anak-anak.

Ayah memakai baju melayu bewarna hitam, bersamping hitam, dan bersongkok hitam. Ayah menghadiri Majlis Ulangtahun ke 70 TYT, Melaka. Di majlis itu, ayah dikurniakan Bintang Cemerlang Melaka (BCM).




Sementara menunggu ayah, ibu membersihkan rumah. Anak-anak pulak pergi ke rumah kawan dorang yang kebetulan akan membuat majlis sambutan harijadi. Tinggallah ibu dan idzham saja kat rumah.

Dalam pukul 2 lebih, ayah sampai rumah, ayah mandi dan makan, selepas itu kami bersiap dan ke rumah kawan ambil anak-anak. Kami bertolak dari Melaka dalam jam 3 lebih.

Kami mengunjungi rumah Pak Long ayah di Taman Cuepac Kajang yang membuat open house. Kebetulan meraikan penerimaan Darjah dari Melaka yang membawa gelaran Datuk. Selepas itu, kami terus ke rumah Pak Cik ayah yang terletak berdekatan iaitu di Taman Saujana Impian Kajang. Dalam jam 6:45pm kami bertolak pulang ke rumah di Puchong

Happy Birhtday To Ibu.....

Sabtu..
Hari ni genap umur ibu 34 tahun,alhamdulillah meningkat setahun lagi umur ibu.
Tak ada apa-apa sambutan di buat sebab tak sempat sebenarnya, nak pegi open house lagi..itupun hanya sempat 2 buah rumah je di Shah Alam iaitu rumah Aen dan rumah kawan ayah. Lepas tu berkejar pulak ke Melaka.

Sampai di Melaka, ayah ajak makan masakan Thai di Restoran Naiman di MITC, Ayer Keroh. Ayah kta kedai ni famous di kawasan itu terutama tom yam nya. Memang di akui masakan dia memang sedap. Ibu order nasi goreng pattaya, ayah order nasi goreng padprik dan anak-anak pula nasi goreng cina. Ayah juga order tom yam dan air bandung. Memang sedap semuanya, tapi sikit dan agak mahal...tapi kata ayah...tak apalah..walau mahal tapi sedap.

Lepas tu, kami pegi kedai mak untuk jenguk mak sekejap. Kat kedai mak, ayah belikan nombor sim untuk along dan angah. Handphonenya...insya Allah dalam bulan ni akan dapat.

Seterusnya kami balik ke rumah di Lorong Pandan untuk mandi. Setelah itu anak-anak sibuk nak gi rumah makcik Hasnah dorang. Mula tu, ayah ajak jalan-jalan, lepas tu masa nak panggil anak-anak, kak hasnah pulak ajak masuk dan suruh makan rendang dan nasi impit. Lepak rumah kak hasnah, sampai agak lama juga, berborak dengan kak hasnah. Lepas tu, ingatkan nak gi kedai kakak angkat ayah di Bukit Beruang, tapi dah tersalah masuk jalan terus malas nak pusng balik dan terus balik rumah, lagi pun hari dah lewat malam dan ayah pulak perlu tidur awal.

Rabu, 8 Oktober 2008

TAG dari aen.....

8 Oktober 2008

Dapat TAG dari Aen dah berkurun tapi malas sungguh nak log in dan buat homework tu....dicampur pulak dengan ketiadaan masa.....hehehe...sorry yer aen....

baru ni berkesempatan nak buat...

The Rules:
* Link To Your Tagger And Post These Rules On Your Blog.
* Share 7 Facts About Yourself On Your Blog, Some Random, Some Weird.
*Tag 7 People At The End Of Your Post By Leaving Their Names As Well As Links To Their Blogs.
* Let Them Know They Are Tagged By Leaving A Comment On Their Blog.

Tentang Ibu

Facts About Me!

Ibu anak keempat dari 4 adik beradik - kira anak bongsu la...dan ada manja skit...ayah jer yg faham...

Sudah berkeluarga dan mempunyai 4 orang hero yg handsome...ada yang ikut mcm muka ayah...ala-ala Shah Rukh Khan....heheh

Mudah sangat menangis....dan kalau susah hati..tak selera nak makan sampai kurus kering la badan yang dah memang kurus ni...

Kalau menurut kawan-kawan ibu, ibu ni pendiam...tak banyak cakap..satu soklan tanya satu jawapan ibu....tapi sebenarnya kalau jumpa dengan orang dah lama kenal memang banyak cerita...dan memang nampak peramah kalau di alam maya tapi bila jumpa...hahaha faham-faham la yer

Seorang yang simple....tak der la nak bergaya sangat..mungkin sebab ibu ni tak kerja..

Masih mempunyai ibu bapa dan ibu mertua. Ayah mertua ibu...meninggal ketika baru dua bulan ibu berkahwin dengan ayah....sedih sebab tak dapat nak lebih mesra dengan arwah ayah mertua ibu.

Now, Fact about ibu, From My Point Of View...

Tak suka masak..tapi memang masak hari-hari....(ayah dah maklum tentang ni).

Seorang yang memang bergantung pada orang lain..dulu belum kawin bergantung pada atuk sekarang pada ayah la....tapi kalau dah terdesak tu kena jugala berdikari especially masa ayah outstation. ...tapi sekarang dah banyak sangat benda yang ibu boleh buat sendiri.

Seorang yang mudah kecil hati, cepat terasa dan mudah marah....yang selalu cool kan ibu...ayah lah....

Ahad, 5 Oktober 2008

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1429

1 Oktober 2008

Hari ini ialah hari lebaran setelah sebulan berpuasa, along dan angah pun berjaya berpuasa penuh pada tahun ini.

Persiapan raya kali ini adalah sederhana; petang sebelum raya, Ayah sampai rumah dari office dalam jam 4:45pm. Kami bersiap dan bertolak ke Melaka dalam jam 6:00pm. Jalan agak sibuk disebabkan banyak kereta menghala ke Selatan, tetapi tidaklah jam seperti tahun sebelum, mungkin sebab jalan PLUS telah upgrade ke 3 lane. Kereta agak sesak di exit Alor Gajah.

Kami berbuka di Restoran Nasi Kandar di Cheng, Melaka. Lepas tu ke rumah Mak di Ayer Molek, ingatkan nak tolong Mak masak untuk raya, tapi tahun ini Mak masak awal sebab Mak off awal. Sampai jer semua dah masak, Ayah dan anak-anak makan ketupat.

Dalam perjalanan ke rumah, kami lalu di Taman Cempaka iaitu tempat famous orang beli baju raya di musim raya. Masa tu dah pukul 12am tapi gerai masih operasi, jalan sesak dan orang ramai membeli saat akhir walaupun hujan.

Keesokan harinya, semua bangun bersiap. Ayah dan anak-anak ke Masjid Al-Azim untuk sembahyang raya; Idzham menangis sebab nak ikut, Ayah terlintas juga nak bawa tapi, Ibu takut tak terjaga... nanti sembahyang ntah ke mana sebab dok layan Idzham.

Lepas balik sembahyang, kami pun bergambar sesama sendiri, so tiada gambar kami semua sebab cameraman berganti-ganti antara Ayah dan Ibu.