Sabtu, 8 November 2008

Family Day Office Ayah - JARING

8 November 2008

Sabtu, hari ini office ayah mengadakan hari keluarga di Kolam Air Panas Pedas Negeri Sembilan. Jam 7 pagi, kita bertolak dan sampai ke sana sekitar jam 8:30. Sebab apa lambat sampai ialah kerana ayah terpaksa pergi ke office dulu kerana kad invitation tertinggal di office ayah.

Selepas proses pendaftaran, kita breakfast dulu...dan setelah itu mencari port yang sesuai untuk meletakkan beg. Ayah terpaksa duduk di pentas VIP..untuk memudahkan ibu, ayah membawa idzham bersama. Setelah perasmian, ibu menemani anak-anak bermain air. 3 hero ibu, tak apalah dah pandai jaga diri, so..ibu hanya menemani idzham sesambil melihat abang-abangnya. Idzham meragam sungguh, tak mahu main kat kawasan cetek, nak juga pergi kat abang-abangnya...last ibu dah tak larat..ibu biarkan saja sambil ikut ke mana dia pergi....tiba-tiba berdebushhhhhh....idzham tenggelam dalam air....tercungap-cungap idzham....nasib baik..ibu ada...terus idzham mintak dukung tak mahu turun lagi dah.

Satu lagi....idzham memang jenis yang tak suka kalau baju atau seluar dia basah....so..sepanjang main air tu...dia asyik merengek nak bukak baju dan seluar..."acahhhh...acahhhh....nak uakkkkkk....nak uaakkkkk" maksudnya "basah..basah..nak bukak"..hehehe..bila dipujuk..ok..lepas tu merengek lagi. Ayah pula sesekali datang juga menjenguk anak-anak sesambil snap gambar.
Bila idzham pun dah meragam asyik cakap "jommm...jomm"...ibu pun salinkan baju idzham dan tak lama kemudian ayah datang dan bawak 3 hero yang lain untuk menyalin baju.....

Kira-kira pukul 12:30.....kengkonon ibu nak jaga idzham dulu..dan ayah serta angah, along dan rafique pergi mengambil makanan untuk lunch. Sementara itu....mak aiiiii....ramainya orang beratur untuk lunch.....Dah siap ayah dan anak-anak makan....ibu kata...tak apalah..ibu tak mo makan...tak sanggup ibu nak beratur panjang....dengan idzham yang dah menangis ajak balik....

Sebenarnya..ayah boleh makan di tempat VIP tetapi ayah kata....tak sampai hati nak makan sensorang....masa brekafast tadi...kita semua dapat juga makan di tempat VIP, so tak ada lah nak beratur panjang.

Lebih kurang pukul 1:00...kita pun bertolak balik...dah dapat pun lucky draw...kecik-kecik jer..voucher kot. On the way balik....ayah berhenti di Perhentian Nilai...untuk ibu makan tengahari, angah pulak makan nasi lemak.

Sampai rumah jam 2:30 petang....dah mandi semua....apa lagi..dah penat...rehat-rehatkan diri....baring-baring dan tidurrrrr......











Jumaat, 7 November 2008

Hari Anugerah Cemerlang - Tadika D'Nur

7 November 2008

Hari ini adalah hari Anugerah Cerlang di Tadika Rafique. Pukul 8 pagi seperti biasa ibu hantar rafique ke sekolah dulu, dan ibu balik ke rumah untuk siapkan kerja-kerja rumah dulu. Hari ni ibu seronok bawak kereta sebab ibu bawak kereta ayah, dan kereta ibu pulak ayah yang bawak...ini semua gara-gara ibu malas nak isi minyak kereta la nih...hehehe...kesian ayah....tak apakan ayah sesekali....

Pukul 9 pagi, ibu, idzham dan Along sampai ke tadika, masa ni majlis dah pun bermula...Owner tadika sedang memberi ucapan.

Gambar ketika Rafique (hujung belah kanan sekali) sedang bernasyid




Rafique dan kawan-kawannya sedang berdikir barat



Rafique sedang menari tarian dari lagu Siti Nurhaliza









Rafique ketika menerima Anugerah Akhlak Mulia


Ini pula ketika menerima Hadiah Akademik Tempat Ketiga untuk pelajar 5 tahun

Rabu, 5 November 2008

Bunga berkembang.....anak-anak habis exam...

5 November 2008

Hari ini, Rabu...anak-anak ibu exam last day hari ini. Lega banyak rasanya ibu...kalau tak..hari-hari ibu kena belajar sama, duduk sama, ingatkan anak-anak ibu suruh baca buku.....penat.

Along balik sekolah jer..."ibu...boleh main PS2?"...amboiiii...bukan main lagi dia yer....ibu kata "tak boleh lagi ,tunggu ayah balik,nanti ayah pasangkan"..
maklum waktu persekolahan PS2 ayah simpan PS2 tu...yerlah kalau tidak anak-anak ibu asyik nak menghadap benda tu jer....

Hari ni ayah pula akan balik dari Out station di singapura. Malam kot baru ayah sampai. Petang masa ibu belek-belek bunga...dah byk bunga-bunga ibu berkembang...cantik...
Ros merah...masa berkembang tk sempat ibu snap gambar dah kena cabut dek idzham...huhuhhu.....sempat snap gambar ros pink, dan oren kot.



Ahad, 2 November 2008

Happy Birthday Ayah

02 November 2008



Hari ini genap umur ayah ke 34. SELAMAT HARI JADI AYAH.
Pagi-pagi lagi ibu dah masak untuk ayah....seperti biasa..ayah kata tak mahu hadiah apa-apa dan juga kek tapi ayah lebih suka kalau ibu masak special untuk ayah. Pada mulanya ibu nak masak nasi beriani, tapi baru semalam ayah dah bawa kita makan nasi beriani gam kat Bangi...so...ayah kata masak ketupat jer lah....

Along buat kad sendiri untuk ayah....walaupun simple tapi kreatif....
Dalam pukul 10 pagi setelah ayah siap..kami pun makan sama-sama...



Simple...



Rendang daging



Kurma Ayam



Nasi himpit aka ketupat segera



Sambal ikan bilis



Ini pulak...bekas sudu ibu beli dengan kawan ibu...cantik...