Jumaat, 7 November 2008

Hari Anugerah Cemerlang - Tadika D'Nur

7 November 2008

Hari ini adalah hari Anugerah Cerlang di Tadika Rafique. Pukul 8 pagi seperti biasa ibu hantar rafique ke sekolah dulu, dan ibu balik ke rumah untuk siapkan kerja-kerja rumah dulu. Hari ni ibu seronok bawak kereta sebab ibu bawak kereta ayah, dan kereta ibu pulak ayah yang bawak...ini semua gara-gara ibu malas nak isi minyak kereta la nih...hehehe...kesian ayah....tak apakan ayah sesekali....

Pukul 9 pagi, ibu, idzham dan Along sampai ke tadika, masa ni majlis dah pun bermula...Owner tadika sedang memberi ucapan.

Gambar ketika Rafique (hujung belah kanan sekali) sedang bernasyid




Rafique dan kawan-kawannya sedang berdikir barat



Rafique sedang menari tarian dari lagu Siti Nurhaliza









Rafique ketika menerima Anugerah Akhlak Mulia


Ini pula ketika menerima Hadiah Akademik Tempat Ketiga untuk pelajar 5 tahun

Tiada ulasan: