Rabu, 3 Disember 2008

Apa-apalah...layan jer

3 December 2008

Pagi ini bangun awal sikit....awallah dari biasa...pukul 5:45 pagi untuk siapkan beg ayah yang nak outstation ke Macau sehingga sabtu ini. Tiga malam tu...lama lah juga....dah siap-siap kejutkan ayah bangun....ayah pulak dah beberapa hari tak sedap perut...

Pukul 7:30 ayah keluar belikan sarapan pagi....pukul 8:00 ayah bertolak ke KLIA dengan Teksi Limo KLIA. Ayah belikan nasi lemak, nasi impit kuah kacang, kuih karipap, dan lauk paru dan ayam sambal....hehehhe...pepagi dah berat breakfast..tak apalah bukan selalu....

Hari ni ibu nak mulakan projek decoupage ibu yang dah lama terbengkalai....baru hari semalam barang yang ibu order sampai...so...bolehlah start projek. Ibu pun baru mula nak berjinak dengan dunia decoupage....perlukan kesabaran nak membuatnya.

Inilah hasil pertama decoupage ibu...banyak lagi kelemahan yang perlu diperbaiki


Di samping itu, ibu juga sekarang sedang mengikuti kelas online dengan kak umi, slow-slow ibu belajar.

Anak-anak ibu, Along dan Angah juga baru memulakan tuisyen...empat subjek iaitu BM, BI, Maths, Science, semuanya ini RM90 seorang. Tuisyen malam setiap Isnin, Selasa dan Rabu. Tak apalah...dari asyik bermain kat rumah, paling tidak pun dengan ada tuisyen ni dorang belajar lah juga...

Apalagi ek berita.....
OOOOOOOOooooo......hehehe...anak-anak ibu bakal dapat adik...baru 9 minggu dalam perut ibu. Ibu tak pergi check up lagi...nantilah bila ayah pulang dari outstation.

Tiada ulasan: