Rabu, 12 Mac 2008

Hari yang dilalui

Hari ini dah masuk hari kelima, ibu pening kepala....tak boleh lasak, dan tak boleh tundukkan kepala. Masih belum berkesempatan lagi untuk pergi ke klinik. Melaka....sejak beberapa hari ini asyik hujan tak kira masa, pagi ,petang dan malam. Ayah pula tak berapa sihat, demam selsema dan batuk..selepas Idzham baru beransur baik.

Ayah masih lagi belum memberi kata putus sama ada mahu terus bekerja di Melaka atau berpindah semula ke Puchong.

Pagi tadi, Aen..Kawan DRA datang sekejap ke rumah untuk menghantar Dinner set yang ibu kirim. Tak sempat minum apatah lagi makan. Anak-anak seperti biasa dengan aktivit mereka...main ps2, game, bergaduh.....suruh belajar..dapat la sejam..malam nanti pulak baru sambung. Anak-anakku....................

Bersantai

9 March 2008 - Bawa anak-anak berjalan di Taman Majlis....Asalnya ayah nak berjogging..tapi..dari rumah hujan turun dengan lebatnya, jadi...ayah tak pakai la kasut jogging...tapi...elok bila sampai kat taman, tak der pulak hujan turun, kering jer..
Jadi..ayah pun layankan idzham...sesambil ambil gambar, dah lah idzham memang tak nak duduk diam....nak suruh dia diam sekejap untuk diambil gambar, punyalah susah.