Jumaat, 30 Mei 2008

Sukaneka Tadika Kemas Jaya

3 Mei 2008.


Walaupun rafiq sudah tidak bersekolah di situ, tetapi Cikgu Mazlina meminta agar kami dapat turut serta dalam sukaneka, memandangkan ibu dan ayah adalah AJK tadika tersebut dan Rafiq(Uda) telah pun berlatih untuk sukaneka tersebut. Untuk tidak menghampakan Uda, ayah dan ibu bersetuju.

Pukul 8 pagi, baru kami bertolak ke Pantai Pengkalan Balak di mana berlangsungnya Sukaneka tersebut. Walau ayah dan ibu tidak cukup tidur, tetapi untuk anak-anak, kami tetap gagahkan diri untuk turut serta.

Ini, beberapa keping gambar sekitar Sukaneka.


Acara memanaskan badan


Perbarisan sementara menantikan acara bermula.


Rafiq sedang menghabiskan air sirap.....laju jer maklum tgh panas...dahaga



Sedang berusaha alihkan gelung rotan....tk sangka kecik-kecik rafiq boleh juga buat
Sedang membawa telur dalam sudu dengan berhati-hati....alhamdulillah tak jatuh telur.



Sedang menanti acara penyampaian hadiah


Penyampaian hadiah...


Along dok melayan Idzham.....


Sementara menanti acara untuk ibu bapa....

Rumah Di Melaka - di pecah masuk

2 Mei 2008.

Kami sekeluarga bertolak ke Melaka pada jam 9 malam untuk hadir ke sukaneka Rafiq sebelum ini. Kami sampai di Melaka pada jam 11 malam. Anak-anak semua sudah tertidur dalam kereta. Bila masuk dalam rumah, ketika ibu mahu melangkah masuk dalam bilik, seperti mahu luruh jantung ibu melihat bilik yang berselerak, macam tongkang pecah. Habis segala kain baju, dokumen-dokumen berterabur di atas lantai dan katil.

Ayah panggil ibu, dan..cepat-cepat ayah check mana-mana pintu atau tingkap di mana pencuri masuk. Rupa-rupanya mereka masuk melalui tingkap bilik study. Mereka umpil dan ketuk grill...Ayah pun terus keluar untuk membuat laporan polis, sebelum itu ayah berpesan agar kani tidak menyentuh apa-apa.

Jam 1 pagi baru 3 orang Pegawai Penyiasat datang ke rumah dan mengambil gambar serta cop jari. Adalah beberapa kesan cop jari yang mereka jumpa dan beberapa b arang di ambil untuk mereka kesan dan siasat pemilik cap jari. Pegawai tersebut menyatakan, kes pecah masuk rumah memang sulit untuk di selesaikan.

Antara barang yang hilang ialah 2 bentuk cincin emas, seutas rantai peninggalan Datuk dan Nenek ibu. Kami berharap agar, pencuri dapat di tangkap, memandangkan kawasan itu kerap kali mengalami kes sedemikian.

Kembali ke Puchong

26 April 2008, kami kembali berpindah ke Puchong. Ayah telah meletakkan jawatan sebagai Pengarah Invest Melaka serta beberapa jawatan lain. Walau berat hati...tapi demi memikirkan hubungan kekelurgaan semakin jauh disebabkan kesibukan ayah, maka ayah terpaksa melepaskan jawatan tersebut dan menerima tawaran kerja lain.

Kerja baru ayah ini.....tidak menuntut masa yang kadang-kadang tidak masuk akal, di mana sebelum ini, waktu kerja ayah tidak megira masa...tengah malam, waktu cuti, hatta hari raya pun, kesian pada ayah daaannn kesian juga pada ibu dan anak-anak. Selain itu, kerja baru ayah ini juga pendapatan agak jauh berbeza dengan apa yang ayah perolehi di Melaka, sedangakan di Melaka 5 jawatan ayah pegang.

Ayah mula kerja di tempat baru 1 Mei 2008. Sesebelum itu...ayah ibu menyelesaikan urusan persekolahan anak-anak. Along dan angah...masuk ke Sekolah Kebangsaan Puchong Utama 2, dan Uda pula didaftarkan di Sekolah Tadika D'Nur. Puas ibu dan ayah survey tadika yang sesuai. Setelah mengambil kira beberapa faktor....akhirnya ibu dan ayah memilih tadika D'Nur, memandangkan tadika ini merupakan satu-satunya tadika yang berkonsepkan islam dalam Taman ini.