Rabu, 11 Jun 2008

Keletah Idzham

Pagi ni sempat snap gambar idzham...


Ini dia tengah naik tangga sendiri, memang tak boleh leka sekejap
Menyengih jer dia..bila dah sampai tengah tangga

Geramnya gambar tak clear la pulak..dah ler candid.....
Ni idzham sedang buka tudung saji atas meja...sekejap jer dia dah naik atas kerusi..

ABC Frado....

Dengar kawan-kawan DRA gi makan ABC Frado.....teringin juga. Dah lama....nk pergi..tak kesampaian...Akhirnya Ahad lepas, 8 Jun, ayah bawak pergi situ. Bolehla tahan...tapi murah lagi dari Melaka punya. RM2.50 berbanding Melaka RM3.00...baru jer naik harga....walhal isinya pun tak meriah mana...



Hari Terbuka TUDM

3 Jun...

Ahad, bertolak dari Melaka agak lewat kerana sibuk meletak notis untuk sewakan rumah di Merlimau. Ayah terus drive ke Subang....sampai tepat-tepat pukul 3 petang, di mana pertunjukkan udara baru selesai. On the way tu sempat la nampak pertunjukkan tu. Tapi, tetap juga masuk untuk melihat pameran. Mula parking kereta agak jauh...rupanya boleh parking kat dalam..so ayah pun pergi semula ambik kereta dan parking kat dalam. Bakar kalori ayah kata....jalan jauh di tengah panas....hehehe...



Idzham memang tak mo bergambar...asyik lari jer..tu nak kemana la pulak tu