Khamis, 12 Jun 2008

Pagi Khamis......

Pagi ni seperti biasa, bangun pukul 6 mandi, siap-siapkan diri. Kejutkan angah untuk bersiap pergi sekolah, dan kejutkan ayah pulak. Siapkan baju ayah untuk di pakai hari ini..puas dok menelek..tie kaler apa yang sesuai. Siapkan pulak baju ayah untuk outstation ke Seremban. Ayah ada seminar di Seremban hari ini dan esok. Siapkan pulak milo ayah. Suruh Sri goreng nugget dan kentang.

Lepas hantar ayah dan angah ke kereta, masuk, mandikan pulak rafiq untuk bersiap ke tadika. Idzham seperti biasa, sri mandikan....dan biasalah seperti hari lain..dengar dia menjerit menangis tak mahu gosok gigi...

Lepas hantar rafiq ke sekolah..sib baik mood dia ceria hari ni, tak meragam, balik terus breakfast dan on laptop....seperti biasa berforum, cek email, baca paper online.