Isnin, 16 Jun 2008

Sakit Perut....

Hari ini ibu sakit perut teruk sangat sampai tak leh nak berdiri tegak. Angin naik sampai ke dada. Terpaksa lah sri pergi ambik Rafiq kat tadika berjalan kaki dengan mendukung idzham....sambil bawa payung.

Ibu kat rumah baring sambil tekan bantal kat perut. Selalu macam ni la...bila ayah OST lama sikit mesti ada salah sorang sama ada ibu atau anak-anak akan tak sihat, demam la, sakit la.....

Pagi yang pening lalat....

Malam tadi...ayah dan ibu tak boleh tidur..panas..? Tak rasa panas pun...tidur dalam air cond...tapi..mata ni macam tak mahu tidur, terlelap sekejap lepas tu terjaga terus tak boleh tidur. Pukul 4:30 pagi dah bangun, ayah mandi untuk bersiap ke KLIA untuk pergi Singapore hari ini sampai hari Khamis. Pukul 5 pagi teksi datang. Lepas tu ibu cuba lelapkan mata tapi masih tak boleh, pukul 6 bangun mandi dan sembahyang.

Kejutkan Angah dan hantar angah pergi sekolah. Balik siapkan Rafiq pulak. Pastu sarapan sekejap. Idzham menyusu, ibu pun terlelap sama.

Malam tadi ibu dan ayah keluar sekejap, cadangnya nak beli kasut ibu, tapi tak jumpa yang berkenan, jadi belilah dua pasang sandal dulu. Kasut nanti lah lepas ayah balik dari OST. Ni ada gambar ayah dan idzham, idzham dok kacau ayah nak buangkan tag pada beg ayah, dan lepas tu kacau ayah memotong kuku...




Ayah cuba untuk buangkan tag pada beg....hahahaha...tak dapat...

Idzham sibuk suruh ayah potongkan kuku dia...

Ni salah satu sandal yang baru ibu beli...murah jerkkkk.....