Isnin, 30 Jun 2008

Gathering WMDC

29 Jun 2008.....ibu menghadiri majlis gathering Wanita Melayu Dot com di The Legend Hotel bermula pukul 1:00 pm hingga 6:00 petang. Sewaktu pergi, ayah menghantar ibu ke rumah kawan ibu dan ibu menumpang kawan dari Shah Alam. Sampai sahaja di hotel, kelam kabut ibu menyiapkan nombor-nombor untuk lucky draw, disebabkan ada masalah sikit, so...ibu terpaksa menyiapkan nombor untuk cabutan di situ, nombor untuk di lekatkan di hadiah telah pun ibu siapkan....nasib baik ramai yang membantu.....kalau diberitahu awal-awal tak derla tergocoh-gocoh macam tu...

Acara bermula dengan pelancaran web baru khas untuk bershopping iaitu www.dtoko.com
kemudian acara makan-makan dan seterusnya cabuta bertuah, dapat juga ibu hadiah lucky draw....

Ibu duduk di meja DRA (De Royal Anggerik)......memang gempar sungguh DRA...dan kamilah yang paling kecoh dan memeriahkan suasana. Semakin kecoh dan gembira apabila ahli kami di umumkan sebagai Ahli Paling Popular iaitu Minah Tulen (siapa lagi kalau bukan bakal besan ibu....kehkehkeh)...dan Peniaga Popular pula di menangi oleh Kak Leila (ini pula org kampung ibu)...daaaaannnn yang paling best apabila DRA diumumkan sebagai Kelab Paling Popular...Tahniah...tahniah.......memang best la ahli DRA semua..sporting....

Suasana semakin kecoh apabila game bermula....ikat mengikat apa sahaja barang yang ada di atas meja.....aduh..waktu inilah.....masing-masing yang dah jadi mak-mak orang dah tak sedar diri.....hahahaha ambik, tarik dan capai apa sahaja untuk diikat. Yang paling kelakar,ada yang sanggup mengeluarkan kain pasang sutera dan menyambungnya untuk dijadikan tali......kumpulan ibu kalah...maklumlah hanya berbekalkan reben hadiah dan napkin....tak apalah DRA pun dah banyak menang hadiah....

Pukul 6 petang ayah sampai untuk menjemput ibu. Ayah membawa semua anak-anak dalam kereta. Idzham pun ada...ala rindunya ibu pada ayah dan anak-anak ibu...baru kejap ibu tinggakan. Ayah jadi mama kejap kat rumah jaga anak-anak. Rupanya di rumah ayah suruh anak-anak buat homework dan siapkan buku untuk esok. Ibu balik rupanya semua homework dan kerja-kerja sekolah serta jadual persekolahan untuk esoknya dah settle....fuhhhhh.......kalau ayah yang handle anak-anak...memang segala kerja siap on time. Tak perlu nak jerit-jerit nak marah-marah, sekali cakap semua settle.
Kalau macam ni boleh la ibu tinggalkan lagi anak-anak ngan ayah......hahahaha.....sayang ayahhh.....

Ini ada gambar....antara lucky draw, door gift (ibu ambik gbr pinggan jer..yg lenlain tu..malas nak ambik), pastu trophy kemenangan DRA pinggan 2.90 sen..wakakakaka....


Pinggan besar tu hadiah doorgift...dan yang kecik tu trophy kemenangan DRA beharga 2.90......hehehhehe

Hadiah Lucky Draw, rantai dan gelang silver

Semua sekali.......