Rabu, 9 Julai 2008

6 Julai 2008

Ahad, pagi ini ayah bercadang balik ke Melaka untuk selesaikan beberapa hal yang tertunggak antaranya beli peralatan letrik untuk rumah di Merlimau, rumah ini di sewa oleh penuntut Kolej komuniti Merlimau seramai 6 orang. Dalam perjalanan ke Melaka, ayah ajak singgah di Restoran Beriani Gam Putrajaya di Serdang.....hmmmm..best..makan, kedai tu dalam proses renovation. Ini kali kedua kami sekeluarga 'brunch' di sini. Seperti biasa ayah dengan beriani kambingnya, ibu dengan beriani daging, dan anak-anak beriani ayam.

Tujuan lain ke Melaka, ialah untuk tunjukkan dan kenalkan bidan kampung kepada kawan ayah yang lama ingin menambah cahayamata. Yang kelakarnya, masa nak pergi tu, entah berapa kali ayah tersesat disebabkan wujudnya beberapa jalan baru. Puaslah kawan ayah tu mengekori kereta kami.

Sampai di rumah bidan yang terletak dalam kampung. Menurut ayah di Melaka ini semua kampung yang ada perkataan Paya, majoritinya ialah orang Jawa, termasuk rumah bidan ini. Sebenarnya bidan ini, ayah kenal sejak ayah kecil lagi. Jika ayah dan adik-adik ayah demam atau apa-apa yang berkaitan, bidan inilah yang akan mengubatinya. Ibu pula, dari along hingga ke Idzham, semuanya berurut dengan bidan ini yang lebih di kenali dengan panggilan Mak Jah.

Kami sampai lebih kurang pukul 5 petang dan Mak Jah pula tiada di rumah. Ayah berjanji akan datang semula selepas maghrib. Sementara itu, ayah membawa kami dan family kawan ayah menikmati mee rebus jawa di Duyung. Setelah itu, kami singgah di Perigi Hang Tuah, kawan ayah membeli cencaluk.

Setelah selesai, kami pergi pula ke Masjid Selat di Pulau Melaka. Selepas maghrib, baru kami bertolak ke rumah bidan tersebut.

Gambar sekitar Masjid Selat di Pulau Melaka (jangan salah anggap, ini bukan Pulau Besar atau mana-mana pulau yang nampak kat Peta. Pulau ini ialah pulau buatan yang masih terbengkalai, hanya masjid ini sahaja satu-satunya bangunan yang siap dan beroperasi).








Pukul 9 malam, selesai proses mengurut, kami pun bertolak balik. Suami kepada Mak Jah, memberi nasi ambeng kepada kami. Tergelak ayah, sebab ayah cuma menegur pakcik tu yang ketika itu baru balik dari masjid, tapi, pakcik tu bagi sebungkus nasi ambeng, katanya ayah dah terlalu lama tak datang ke rumahnya untuk makan nasi ambeng ketika di zaman ayah masih kecil.....terima kasih lah pakcik...

On the way balik, kawan ayah ajak dinner. So...ayah singgah satu kedai di Bukit Katil, kedai ni kami tak pernah pergi, gamble jer.....hahahhaa...nasib baik sedap.

Budak-budak sedang seronok bermain....


Setelah selesai, kami pun bertolak ke rumah. Dalam perjalanan, along sakit perut..so..ayah terpaksa berhenti di R&R Seremban. Anak-anak pergi toilet, ayah membeli buah dokong.

Ayah sedang mendodoikan idzham..maklum dah pukul 11 malam....


Ayah snap gambar, ibu dan anak-anak sedang menuju ke kereta...


Sampai rumah pukul 12 malam, anak-anak terus masuk tidur. Ibu dan ayah makan nasi ambeng.....ooo..mcm ni rupanya dan rasa nasi ambeng...boleh tahan....

Nasi ambeng dibungkus dalam daun pisang...ada mee sikit, ada sambal ayam, ada sayur,dan paling best ada tempeeeee.....


5 Julai 2008

Sabtu, seperti biasa ayah membawa ibu dan anak-anak bersarapan di luar, dan...seperti kelaziman..permintaan anak-anak...ROTI TELUR..
Setelah itu, kami terus pulang ke rumah kerana ayah terpaksa bergegas ke Alamanda untuk acara karnival sukan office ayah. Sebelum itu, ayah menghantar Sri ke airport LCCT. Sri telah bekerja selama 19 bulan dengan keluarga kami. Tahun ini dia nak menyambut puasa di kampungnya.

Idzham dah ready nak ke taman....


Bersama Angah....


Sebelah petang, ibu membawa anak-anak ke taman sebelah rumah. Sedang leka melayan anak-anak, ayah pulang dan terus singgah di taman dan melayan anak-anak bermain. Pukul 7 malam, pulang ke rumah untuk bersiap menghadiri majlis harijadi anak kawan ayah di Shah Alam.

Sekitar majlis harijadi....