Isnin, 21 Julai 2008

Idzham...main cak-cak dengan ayah....

Ketika orang sibuk main ps2 dan makan-makan, ayah dengan idzham lak..sibuk main cak-cak...tengoklah idzham....aksi dia nyuruk balik sofa dan kemudian cak kat ayah.....






Ini pulak gambar...ketika idzham sedang makan apa tah....gula-gula kot..sambil termenung, dok tengok bibik kawan along....




Ini pulak...entah bila ayah snap gambar ni..tahu-tahu dah ada dalam camera...
ni mesti masa ibu masuk dalam rumah kejap..idzham pun dok nak main air....nak tolong ibu memberus baju sekolah along dan angah....

19 Julai....

Sabtu....
Pagi-pagi ibu dah bangun mengemas rumah..untuk persediaan majlis harijadi Along. Alhamdulillah...anak-anak rajin membantu ibu, angah keluarkan kain dari mesin dan menjemurnya...baik angah...ibu baru nak keluar jemur kain..tengok-tengok kain dah siap di jemuran. Along..membantu ibu mengemas rumah...ayah membantu ibu menjaga idzham.....walaupun ayah masih belum hilang penat setelah pulang dari karimun...

Pukul 9 pagi, ayah ajak keluar untuk breakfast. Pagi ini breakfast nasi lemak dan anak-anak tak pernah tinggal dengan Roti Telur ......ada beberapa keping gambar, ibu melayan idzham sementara menunggu makanan yang di pesan sampai.....anak ibu yang sorang ni memang tak mahu duduk dalam baby chair.....







Setelah selesai breakfast, terus menuju ke TESCO untuk membeli keperluan untuk majlis harijadi petang ini. Penat...dengan kerenah anak-anak, idzham pulak memang tak mahu duduk dalam troli, nak turun bawah..bila dah turun mulalah lari entah ke mana-mana...dah ibu terpaksa berkejar pulak dalam TESCO tu...

Sampai rumah, ibu siapkan bahan-bahan rencah untuk menggoreng mee hoon dan ayah pula memasak mee hoon. Anak-anak pulak siapkan goody bag....memang meriah anak-beranak...dengan keletah idzham yang asyik makan jer....

Ini sekitar majlis hari jadi Firdaus yang berlangsung pukul 3 petang dan dihadiri oleh 22 orang kawan-kawannya.....

Kek harijadi....

Menu yang very simple...


Mee Hoon goreng ..ayah masak..sedap...anak-anak bertambah-tambah makan..

Kawan-kawan Along ketika baru sampai


Ready untuk meniup lilin..


Along nak potong kek


Masing-masing leka dengan PS2 sambil makan kek...










Bergambar beramai-ramai




Satu-satunya kawan perempuan yang datang..Ketua kelas


Birthday Boy...makin tembam


Ibu yang kepenatan...

18 Julai...

Jumaat...hari ini, ibu tak berapa sihat, di serang gastrik..gara-gara lewat dinner kerana risaukan ayah.....sakit sepanjang hari.....menjelang petang pulak, ibu demam...nak tak nak ibu kena gagahkan diri drive menghantar along ke sekolah dan petang menjemput pulak.

Pukul 8 malam ayah call...suruh ambil ayah di bus stand di Puchong Utama. Ibu dan anak-anak pun pergi menjemput ayah. Ayah kepenatan...sehari suntuk perjalanan....

Ini handbag ayah belikan untuk ibu. Ayah belikan jeans 3 helai untuk ibu, sehelai untuk mak uda....dua helai blouse dan beberapa barangan lain. Baju untuk ayah, tak banyak ayah beli...begitu juga untuk anak-anak....thanks ayah....ayah cukup risau ibu tak berkenan dengan handbag itu, tapi..ibu tak kisah...tetap terima dengan senang hati dan...esoknya ibu dah pakai pun handbag tu...