Rabu, 30 Julai 2008

Lama tak update

Dah lama rasanya tak update blog ni..tersadai macam tu jer...
Bukan apa...penat, letih, tak ada masa ibu nak update blog ni, sejak ketiadaan maid ni..masa agak terbatas, bila malam pulak dah mengantuk..letih.

Buat masa ni, hari-hari yang berlalu seperti biasa. Rutin harian ibu, sejak subuh-subuh dah bangun..mengemas rumah, membasuh kain, menyediakan sarapan, menghantar dan ambil anak-anak ke sekolah, memasak, mengemas tak habis-habis..., menggosok baju, melayan kerenah anak-anak.....fuhhhh.....macam tak habis jer kerja...

Oh..ya,ibu sekarang pun dah makin kurang bertenet....maklum kena curi-curi masa...
sekarang kawan-kawan ibu dah buka satu forum baru..
http://belionline.niceboard.biz
jom la jengah...walau tak berapa banyak lagi..tapi slow-slow la....
tapi wmdc..tetap juga ibu jengah sesekali......tapi dah tak best macam dulu....

Hari tu ibu call atuk kat kampung, atuk cerita banyak durian yang atuk terpaksa jual,sebab atuk dan nenek tak makan durian...lepas tu pulak..anak-anak atuk yang dua orang ni tak balik-balik....kesian atuk ngan nenek....macam mana kami nak balik atuk....setiap sabtu ada sahaja program...cucu-cucu atuk sekolah lah, ayah pulak ada presentation paper kat UITM la, lepas tu..sabtu ni pulak, cucu atuk ada program lawatan ke Taman Burung.....

Mak kat melaka pun dah lama kita tak jengah. Dengar khabar, makcik Ummul baru bersalinkan anak ke tiganya...lelaki..alhamdulillah, tak berkesempatan kita nak menjenguk. Tapi apa pun..walau kita tak balik ke kampung, tapi..tetap ibu telefon bertanya khabar....