Rabu, 6 Ogos 2008

Ibu sakit....

Hari ini sudah dua hari ibu sakit perut dan hampir setengah jam sekali ibu akan ke tandas. Perut ibu tak sakit..cuma rasa macam penuh dengan angin. Malam tadi..ayah bawak ibu ke klinik Medi-Nur....dengan cucuk idzham sekali. Bila doktor check..katanya perut ibu memang penuh dengan angin....so..doktor tanya..nak makan ubat sahaja atau nak injection...tapi ayah suruh ambik injection..Doktor Nur kata..kalau masih tidak berhenti, dia nasihatkan ibu untuk pergi ke hospital....alamak....ibu kalau boleh memang tak mahu admit..kasihan anak-anak ibu...

Sampai sahaja kat rumah, ibu dah tak larat dah..pening, lemah dan segala-galanya. Sebelum tidur, ayah menyapu ubat angin kat perut ibu....risau ayah kata. Masa tu,ibu dah tak larat dah nak angkat tangan semua..pejam jer mata. Tengah malam entah berapa kali ibu bangun ke tandas.

Bila alarm bunyi pukul 6 pagi..ibu mandi dan masih lagi ulang ke tandas...ingat nak turun bawah...nak buat sarapan...tapi ya Allah..tak mampu ibu nak bangun berjalan...lemah segala anggota badan. Ibu cakap dengan ayah..ibu tak larat nak drive nak hantar anak-anak ke sekolah..so hari ini semua anak-anak ibu tak pergi sekolah.

Ayah membelikan sarapan punya lah banyak...yerlah..ayah tak kasi ibu masak jadi semua tu merangkap lunch la sekali. Nak menjemur kain pun tah berapa kali ibu duduk.
Anak-anak ada kat rumah....tak adalah ibu nak berehat....ada sahaja la kerenah memasing....

Wajah idzham....

Sekarang..tiap kali bila nak ambil gambar idzham akan buat muka macam ni..



Geder-geder DRA....

3 Ogos....DRA sekali lagi mengadakan geder-geder ..kali ini breakfast di rumah Doktor Norida...di banglo barunya di Shah Alam...Seronok...dengan makan-makan yang di bawa oleh ahli DRA. Ada pertandingan mewarna untuk kanak-kanak, ada exchange gift. Gedering bermula pukul 8:30 pagi dan berakhir pukul 12 tengahari.

Sekitar pertandingan mewarna




Besan..hehehhe..kebetulan pulak pakai baju sama fesyen dan sama color dari butik yang sama....


Exchange gift..dapat tupperware dari Jamd..TQ....suka sangat...

Ayah - Panel Internet Security di UPSI

31 Julai...hari tu...ayah telah dijemput sebagai salah seorang ahli panel dalam forum di Universiti Perguruan Sultan Idris....





Idzham jatuh katil.....

Malam tu...sedang ibu sembang dengan ayah dalam bilik..idzham pulak dok sibuk memanjat katil....entah macam mana..tersilap parking ...berdebuk bunyi...rupanya anak ibu jatuh katil.......aduhhhh..kasihannya anak ibu..menangis la idzham....

Aduhhhhh...sakitnya kepala saya....


Ayah...letak ubat ni.....(kalau idzham panggil ubat..."bakkk"..hehhe

Belajar sepak bola bersama ayah...

2 Ogos..petang tu..idzham mengamuk ajak keluar ke taman. Mula ibu dan along temankan idzham. Sampai taman, along ajak, ibu main bola...hahahah..apalagi ibu sepak suka hati ibu...main lak dengan idzham....suka dia tengok ibunya dok sepak bola. Tak lama tu ayah datang dan join ibu main bola.

Along sibuk suruh ayahnya ajar menyepak bola. Jangan tak tahu..ayah merupakan wakil sekolah dalam sukan bola sepak ketika di sekolah menengah.....

Perhatikan betul-betul kaki ayah ni...mcm mana nk sepak bola...




Goooooooooooollllll.......heheheh

Iyaaaaaaahhhhh.......

Mana pulak si kecik tu nak bawak bola tu...


Ibu sewaktu menolak basikal idzham..dah nak balik...



Ini pulak...dok sepak-sepak bola kat tepi rumah...haaaaa...bola dah melantun atas atap....apalagi..ambik tanggalah nak capai bola tu..ayah yang ambiknya...lepas tu ..biasalah si idzham ni pun nak mencuba....


2 Ogos ...

Pagi ini, anak-anak ibu, along, angah dan rafiq mengikuti rombongan Tadika Rafiq ke Taman Burung Kuala Lumpur. Bas bertolak pukul 8 pagi. Setelah itu, ibu, ayah dan idzham pergi ke Bukit Jalil untuk survey kelas berenang untuk anak-anak. Sampai rumah, ayah masak sup ayam, dan ibu pulak masak bubur serta sambal untuk lunch.

Pukul 2 lebih, baru anak-anak ibu sampai. Masing-masing seronok bercerita tentang bururng-burung terutama Rafiq. Angah membawa handphone dan ada beberapa keping gambar yang sempat di ambil.