Ahad, 10 Ogos 2008

Family Day BP10

10 August 2008

Hari ini, persatuan penduduk Bandar Bukit Puchong BP 10 mengadakan family day; Acara ini sebenarnya telah dimulakan sejak hari Jumaat lagi, dan malam tadi ada pertandingan karum; pagi-pagi jam 7:15pagi dah dengar riuh di taman permainan sebelah rumah ini.

Budak-budak dah beria nak pergi; selepas mandi; along, angah dan uda terus ke taman permainan. Jam 9pagi baru ayah dan ibu bersama idzham ke taman permainan untuk tengok anak-anak;

Ayah dan Ibu tidak sertai apa-apa acara sebab sibuk jaga budak-budak.

Uda sedang menanti giliran untuk dapat belon dari clown....sabar dia menanti...


Along sedang menanti giliran nak dapat belon....punya la ramai beratur..clownnya ada sorang


Ayah dan Idzham...

Time nak balik...nak gi breakfast dulu.....lapar....breakfast yang disediakan dah habis....awal pagi...idzham pun dah mengamuk..

Perlawanan pedang belon.....Uda dah pun tertewas...lihatlah pedang yang tercucuk kat belakang dia...hahahhaha





Ibu dan idzham bersama goody bag dan payung free...



Lucky Draw.....along yang ambik..waktu tu ibu dan ayah dah balik....

Buah Tangan untuk Ibu

Setiap kali ayah ke luar negara, ayah akan belikan ibu buah tangan, dan kali ini ayah belikan tiga pasang kain sutera. Ada tiga warna; merah, merah hati dan hijau gelap.... memang lawa... tak sabar ibu nak hantar jahit.... tapi ada ker orang sanggup terima tempahan untuk raya ni.....






Kek Lapis Sarawak

Ayah sempat membawa pulang kek lapis sarawak untuk family di rumah, ayah kurang gemar makan tapi memandangkan anak-anak dan mak anak heheheh, ayah sempat sumbat dalam beg.


Singgah Sarikei di Sarawak

Salah satu program di Damai Beach ialah Golf, tetapi ayah dah lama tak main dan memang tidak bawa golf set; so ayah nak beli sikit barang untuk bawa balik. Majoriti orang sana cadangkan untuk ke Sarikei, tempat ni macam pasar minggu, yang dibuka dari petang Jumaat hingga malam hari Ahad; semua penjual terdiri dari orang Indonesia yang rata-rata dari Pontianak.

Gerai-gerai ini terletak di sepanjang jalan sejauh 1 kilometer dan berlapis-lapis, memang penat nak berjalan untuk memilih, ada kain baju, t-shirt, barang perhiasan, barang tani, barang basah dan kering dan banyak lagi, dan harga dia memang murah; ramai pelanggan beli udang kering sekilo RM23, ada ikan bilis kering, sotong kering.... kulit kayu manis secekak penuh - panjang hampir 2 kaki berharga RM2.50... payah nak kata betapa banyak barang kat situ




Sarawak Culture Village

Berdekatan dengan tempat tinggal ayah ada satu tempat tumpuan pelancong, terletak dalam 5 minit drive; Sarawak Culture Village, konsep dia macam Taman Mini Malaysia / Asean di Melaka; di Sarawak Culture Village ni terdapat semua model rumah betul kaum-kaum di Sarawak, meliputi Bidayuh, Iban, Penan, Orang Ulu, Melanau, Melayu dan China.

Bayaran masuk ialah RM60 untuk dewasa dan RM30 untuk kanak-kanak 6 hingga 12 tahun; ini charge untuk orang luar Sarawak, kalau orang Sarawak kena bayar RM25 untuk dewasa; dibuka jam 9pagi dan tutup jam 4:45petang. Ada 2 slot pertunjukan kebudayaan, iaitu jam 11:30 hingga 12:15tengahari dan jam 4:00 hingga 4:45petang.




Damai Beach Resort

Ayah tinggal di Chalet No 516, Damai Beach Resort; resort ini terletak di kaki Gunung Santubong dan di sebelah pantai; dalam 45minit drive dari Bandar Kuching tempatnya memang tenang dan elok untuk sesiapa yang ingin ketenangan atau yang datang untuk honeymoon.

Antara snap yang ayah ambil di sekitar Damai Beach Resort....





Gambar yang diambil di dalam bilik.... ada 2 queen size bed, meja tulis, bilik pakaian, tv, bathtub, wifi (prepaid) dan lain-lain





actually ada beberapa pakej penginapan, satu di tepi pantai yang dekat dengan main lobby, dan ada yang dipanggil hilltop, ini gambar kolam renang sebelah main lobby, ada dua kolam, satu untuk orang dewasa dan satu untuk kanak-kanak



pemandangan di sebelah chalet.... memang best...