Ahad, 17 Ogos 2008

Bercuti di Penang

16-17 August 2008

Kami sekeluarga baru sahaja sampai ke rumah di Puchong dalam jam 5petang; semalam kami telah ke Pulau Mutiara, walaupun dengan perancangan yang singkat, Ayah berjaya dapatkan penginapan dan bawa kami sekeluarga dengan kereta.


Perjalanan kami telah bermula jam 5pagi dari rumah, disebabkan Ayah mengantuk sepanjang perjalanan, kami singgah di Perhentian Tanjung Malim dalam jam 6:30pagi hingga 7:15pagi. Kami telah teruskan perjalanan, sehingga ke R&R Sungai Perak.




Sewaktu kami sampai untuk mengalas perut, kelihatan tempat letak kereta penuh dan terdapat juga berapa buah bas persiaran. Tahun 2005 merupakan kali terakhir kami singgah sini, perubahan ketara ialah adanya escalator, rasanya belum pernah kami jumpa R&R yang ada kemudahan ini.

Kami dapatkan tempat duduk dan Ayah pun meninjau-ninjau di gerai-gerai, tapi kebanyakan makanan telahpun habis dan ada pekedai yang baru sampai; so ayah pun beli air tin Milo dan roti coklat, kami cadang untuk cari tempat makan lain, lebih-lebih lagi Ayah rasa tidak sedap hati nak makan di situ.



Dalam jam 11pagi kami sampai ke Pulau Pinang; walaupun kami belum lagi breakfast, kami cari dulu Hotel, setelah jumpa Berjaya Georgetown Hotel, kami pun mengunjungi Restoren Hameediyah di bandar; Ayah makan nasi briyani kambing, Ibu makan nasi briyani daging, anak-anak semua makan murtabak daging dan ditambah lagi dengan ayam masak kari. Restoren ini memang penuh dan ada 2 tingkat, kami semua makan di atas.

Selepas makan, kami terus ke Hotel untuk rehatkan diri.









Kami menginap di Junior Suite iaitu di bilik 1512, sebenarnya kami tiada banyak pilihan sebab sewaktu Ayah book pilihan memang terhad; bilik ini luas juga, tetapi disebabkan hanya ada dua katil single, kami minta extra bed.

Setelah kami rehat, kami mengelilingi sekitar pulau, semua rasa pening disebabkan keadaan jalan yang berpusing-pusing; kelihatan juga ada pembinaan jalan baru seolah-olah lebuhraya di Balik Pulau; mulanya Ayah tidak perasan jalan kecil ada traffic light, yang dipasang disebabkan hanya satu lorong jalan sahaja dibuka.

Untuk meredakan kepala yang pening dan untuk meninjau pandangan ditepi pantai, kami singgah di warung tepi pantai di Teluk Bahang; kami semua makan ABC, Ayah makan mee goreng dan Ibu makan laksa.







Kami teruskan ronda-ronda sekitar pulau dan memasuki bandar, sebelum kami balik ke hotel, kami singgah restoren berdekatan dengan hotel; anak-anak makan mee goreng, Ibu makan nasi ayam goreng dan Ayah makan nasi campur.

Keesokan harinya, setelah kami breakfast di hotel, kami ke tingkat 8 untuk bawa anak-anak ke kolam renang. Kami tidak boleh lama di kolam disebabkan Idzham tak mahu dipegang, Ibu risau takut Idzham jatuh; setelah itu, kami semua balik ke bilik untuk bersiap untuk check-out.




Kami ke Bukit Bendera untuk naik ke puncak bukit, tetapi kami hampa disebabkan notis yang mengatakan perkhidmatan tergendala sehingga tarikh yang akan diberitahu, kami hairan kenapa tidak sediakan perkhidmatan ini sewaktu cuti sekolah, kelihatan juga banyak kenderaan yang pusing balik setelah membaca notis berkenaan.

Dalam perjalanan pulang, kami singgah R&R Tapah, tetapi gerai-gerai di sini teramat sesak begitu juga dengan jalan di R&R ini, ini disebabkan tiada R&R yang buka dari pulau hinggalah ke Tapah; begitu juga dengan R&R di Sungai Perak yang ditutup untuk ubah suai, kami agak pelik dengan perancangan yang tidak elok oleh pihak terlibat yang mengetahui adanya cuti sekolah, tetapi tidak ada inisiatif untuk memudahkan pelancong.

Percutian kami kali ini agak sederhana sebabkan tidak dapat singgah tempat-tempat menarik di Pulau Pinang, sebagai contoh, Ibu hendak bawa anak-anak ke Toy Museum tapi, kami tidak dapat cari, puas kami belek peta. Satu perkara yang menarik di Penang ini ialah makan, banyak benda nak dimakan, kami pun tidak ketinggalan untuk banyak makan ;)