Ahad, 24 Ogos 2008

Ibu.... Buah Cempedak Luar Pagar... cempedak tu bila nak buka

24 August 2008

Hari ni, tak ada yang menarik sangat; pagi-pagi kami sekeluarga breakfast di Puchong Prima, lepas tu, kami ke IOI Mall untuk ke kedai buku nak beli buku latihan anak-anak; Ayah bawa kami sekeluarga ke Kedai Popular di tingkat 3, sebelah panggung wayang.

Ibu pilihkan buku latihan untuk Along - semua subjek, yang tak jumpa ialah buku Bahasa Arab; untuk Angah pun sama dapat semua buku kecuali Agama; untuk Uda beli buku Bahasa English Kindergarten A & B.

Asalnya nak juga jalan-jalan tapi sebab hari ni dari pagi mendung dah hujan hingga ke malam, so kami balik ke rumah; Ayah tolong Ibu masak, hari ni masak ikan tenggiri sambal, kangkung goreng; dan untuk anak-anak masak ayam goreng dan ayam masak kicap.

Petangnya kami ke pasar malam di Putra Perdana, yang pergi Ibu, Ayah dan Idzham sahaja, yang lain semua tinggal rumah kejap; bila sampai hujan dah gerimis, jadi Ibu dan Idzham tunggu dalam kereta, Ayah beli barang keperluan dan benda makan-makan.





Sebelum ini kira-kira sebulan yang lepas, Ayah ada beli buah cempedak di shopping, tapi malangnya kami tersimpan buah dalam plastik sementera tunggu masak, so buah tu melecur dan jadi buruk. Ada satu insiden kelakar, ketika itu, Ayah baru perasan buah cempedak tu dah berair, so Ayah letak buah tu di tepi rumah sebelum nak check sama ada boleh makan ke tidak; datang Rafique kat Ibu buat pantun "Ibu.... Buah Cempedak Luar Pagar... cempedak tu bila nak buka" kelakar pun ada sedih pun ada sebab buah tu dah tak boleh makan.

Kebetulan di pasar malam orang jual cempedak sekilo RM2 jer, so Ayah beli 2 biji, bila balik Ayah terus kupas dan beri anak-anak makan, disebabkan banyak sangat isinya, so Ibu pun buat cempedak goreng, memang manis dan sedap, tapi Ibu tak boleh makan sangat sebab boleh kena sedu hati.