Rabu, 17 September 2008

Menyambut Ramadhan di Singapore

16 September 2008

Hari ini merupakan hari ketiga Ayah di Singapore, menurut Ayah, di sini tiada langsung suasana puasa, antara sebabnya ialah majoriti orang di Singapore ini bukan beragama Islam, dan terdapat juga orang yang rupa macam Melayu tapi selamba makan disiang hari... wallah hu alam.

Semalam Ayah berbuka puasa di kedai Mamak diberi nama FARSHA, kedai ini terletak dalam 400 meter dari hotel. Malam tadi pula Ayah berbuka di Kedai Masakan Padang, kedai ini pun terletak berdekatan dalam 1 kilometer dari Hotel. Ayah cuba juga cari tempat makan lain tetapi kebanyakannya tidak menyelerakan dan meragukan, di sini susah hendak cari masakan Halal walaupun di Hotel sekalipun.





Sebelum ini Ayah biasa tinggal sama ada di Hotel Hyatt atau Park Royal yang dimilki oleh kerabat Brunei, hotel ini memang Halal; kali ini Ayah tidak tinggal di Hotel berkenaan kerana bukan salah satu pick-up point untuk ke event OGF ini.



Kedai masakan padang ini amat popular di Singapore tetapi, Ayah rasa masakan di Malaysia jauh lebih sedap, sebab itu Ayah sering katakan bahawa apa yang menarik di Malaysia antaranya ialah makanan. Bukan Ayah nak komen tapi, makan di sini mahal, sedikit dan 'tidak ada rasa'.

Ini gambar Ayah semasa menunggu waktu berbuka, memang nampak letih sebab program bermula sejak awal pagi dan pengisiannya adalah dalam bidang teknikal sains komputer yang baru iaitu GRID.



Dalam perjalanan pulang, Ayah still lapar lebih-lebih lagi semalam Ayah tidak sahur, so Ayah singgah McDonalds untuk beli BigMac set. Di Singapore ni KFC dan McDonalds diakui Halal