Isnin, 15 Disember 2008

Layan jerlah.....

15 December 2008

Hari Isnin.....seperti biasalah ibu di rumah dengan buat kerja rumah..melayan hero-hero ibu yang memang lasak....sekarang ibu dah tak larat nak jadi tarzan dah...ibu dah surrender. Sejak kebelakangan ini...ibu macam tak berapa sihat....sakit situ..sakit sini...dan emosi ibu pun macam tak berapa stabil...kejap sedih..kejap happy...tapi yang banyaknya emosi sedih yang selalu bertandang.....tak tahu sedih kerana apa.....

Ibu pun dah jarang sangat melepak kat DRA....selain sibuk dengan kerja-kerja rumah yang tak pernah berkesudahan...mood nak menyembang pun tak ada....Mood ibu pun kekadang rasa nak marah...di tambah pulak dengan kerenah anak-anak ibu ni yang memang mencabar kesabaran ibu......kekadang menyesal pun ada bila marah kan anak-anak ibu..tapi itulah...anak-anak ibu ada masanya susah nak mendengar kata. Agaknya bila dah tengok ibu ni terlantar tak boleh bangun barulah anak-anak ibu nak tolong ibu dan dengar kata ibu.......kesian kat ibu....

Kalau masuk DRA pun setakat beberapa waktu sahaja...lepas tu..ibu dah sibuk dengan kerja rumah....kekadang melayan perasaan yang ibu sendiri pun tak tahu apa yang bersarang di kepala ibu ini.

Entah..mungkin ini salah satu pembawakan baby dalam perut ibu ni. Ibu masih belum pergi check up lagi.....ayah ajak juga ibu pergi..tapi bila nak pergi jer..doktor yang ibu nak jumpa tu tak bertugas pulak..insya allah malam esok ibu akan buat check up..risau juga selalu sakit-sakit kat bawah perut.

Persiapan sekolah anak-anak ibu belum disiapkan lagi...insya allah weekend nanti.

Mudah-mudahan mood ibu kembali seperti biasa.....