Selasa, 27 Januari 2009

Souvenier From Macau.....

Sebenarnya dah lama ibu nak masukkan gambar ni......tapi asyik manjang lupa jer.....
rupanya ibu simpan dalam handphone lama ibu.....bila ayah ym tadi kata ayah ada beli souvenier dari Barcelona baru ibu teringat barang yang ayah beli dari Macau.....

Memang ayah outstation ke Macau waktu tu...tapi souvenier ini ayah beli di Hong Kong...dari Hard Rock Cafe.....


Baju-baju ni dah dipakai pun waktu hari raya haji yang lalu dan baju panas tu ibu dah pakai pun waktu keluar malam-malam....

Ni bahagian belakang baju panas ibu...hahahha...ganas tak...?


Ini baju anak-anak ibu.....ada 4 helai sebenarnya.....satu lagi tu tak leh diambil dari idzham.....alahai gambar menegak pulak tu......


Ini pulak baju ayah...sampai sekarang ayah tak pakai lagi..

Anak-anak tak sihat

27 January 2009

Malam tadi ibu tak cukup tidur.....hampir tak tidur sebenarnya. Idzham dan Rafique tak sihat. Rafique seharian dah tak demam..tapi bising sebab tak selesa dengan punggungnya...siang tadi dia ada cirit birit sikit...so...itu yang rasa tak selesa. Gatal lah.....dah basuhkan dengan sabun pun masih gatal...lepas tu ibu sapukan krim..pun tak jalan...sapu pulak minyak kayu putih sikit....pedih la pulak...cuci...lepas tu merengek lagi gatal..ibu sampai dah naik fed up tak tahu nak buat apa.

Dalam pukul 1 pagi....idzham mintak milo...lepas minum milo terus membuak muntahnya...sebanyak mana dia minum sebanyak tu lah yang keluar. Habis cadar dan selimut. So...tengah-tengah malam tu...terpaksa lapkan idzham dan tukar cadar. Tak lama Rafique pulak batuk-batuk..ibu rasa badan dia...dah mula panas....kejutkan suruh makan ubat ...seperti biasa dia ni agak susah nak makan ubat..bermacam alasan yang diberi....apalagi kena lah bebel dengan ibu. Nak tak nak kena paksa makan ubat juga itupun hanya boleh masuk ubat demam dan antibiotik.

Dalam pukul 3-4 pagi....batuk rafiq dan selsemanya masih juga tak reda. Terus dia bangun kata nak tidur kat bawah bersama angah dan along. So ibu pun tutup la aircond sebab takut rafiq rasa tak selesa...nasib baik malam tadi agak sejuk. Dalam pukul 5 pagi tu....idzham pulak panas badannya...so...terpaksa ibu dukung idzham dan bagi makan ubat. Idzham mintak milo..tapi ibu tak mo kasi takut dia muntah lagi..nasib baik idzham tak merengek.

Rasa macam tak tidur......baby dalam perut ni sudah terasa tendangan dan pergerakan kecilnya. Tengah-tengah malam tu....tak boleh tidur....ibu saja suka letakkan tangan kat perut dan merasa pergerakan baby......tenang jer rasa hati ibu....

Banyak betul dugaan dua tiga hari ni sepanjang ketiadaan ayah. Entah bila nak reda demam anak-anak ibu ini. Penat tak usah nak cakaplah....semoga Allah memberi ibu kekuatan dan kesabaran dalam menempuh dugaan dan ujian ini.....amin....

Isnin, 26 Januari 2009

Ayah Outstation lagi.....

26 January 2009

Hari ini hari kedua ayah ke Barcelona. Ayah naik flight pukul 11 malam pada 24 January dari KLIA, sampai di Amsterdam pukul 5:00 am waktu sana...hmmm..kira-kira 12:00 tengahari waktu Malaysia 25 January, dan dua jam transit di situ ayah terbang lagi ke Barcelona...ayah sampai ke Barcelona kira-kira pukul 4:00 pm waktu Malaysia. Sehari suntuk perjalanan....mau tak penat.

Dua hari sebelum ayah bertolak, Rafique mula demam....ini yang ibu risau ni....dah hampir habis ubat demam dan antibiotik tak juga kebah demam dia...so...hari khamis ayah bawak rafique ke klinik untuk menjalani ujian darah. Jumaat...klinik call bagitau Rafique tiada penyakit yang serius...cuma virus biasa je....huhh...lega dengar. Malam tu ayah pergi ambil ubat demam dan antibiotik lain pulak untuk Rafique.

Jumaat malam, ayah, ibu dan idzham kengkonon nak gi TESCO...alih-alih tengok jam..maklum nak Tahun Baru Cina...penuh la shoping dengan orang yang nak membeli-belah. So cancellah......

Sabtu....ayah bawak ibu membeli novel-novel..sepanjang ketiadaan ayah selama seminggu diharapkan novel ini dapat menghilang boring. Memang dah lama ibu nak membeli novel...dah lama ibu stop mengumpul koleksi novel.....novel-novel lama dah berulang kali ibu khatam membacanya....bersusun dalam almari. Kali ini ibu membeli 5 buah novel.....belek punya belek....terjumpa novel...ayat-ayat cinta....hehhe...orang lain dah berzaman membacanya...so..ibu pun capai novel tu. Novel yang biasa ibu suka ialah novel dari Alaf 21 dan dari penulis yang ibu suka membacanya seperti Aisya Sofea, Sharifah Abu Salem, Norzailina Nordin dan ada beberapa lagi penulis yang ibu memang suka mebaca hasil penulisan mereka.




Selain itu...hadiah pemberian ayah untuk ibu...Mini Notebook. Sebelum ini memang dah nak beli..tapi ada testimoni yang mengatakan mini notebook ini ada masalah so...ayah kata cancel lah nak beli. Tup-tup satu petang ayah balik kerja dan hadiahkan ibu satu kotak....rupanya mini notebook. Menurut ayah mini notebook keluaran HP ini tidak seperti mini notebook lain....yang ayah beli ini special kerana ia adalah corporate produk dan bukan consumer product tapi harganya memang jauh lebih tinggi dari consumer product lah dan tiada problem .( Ekceli ibu tak pandai nak terangkannya...nanti ayah lah yang terangkan yer...)hehehe

Sebenarnya kat rumah ni dah ada dua laptop dan 2 pc....tapi sebab Rafique selalu merajuk tak dapat pc sendiri...so...laptop ibu tu ibu bagi lah kat Rafique dan mini notebook ni ibu yang guna. Memang kecik dan mudah untuk di bawa ke mana-mana sahaja.

Khamis, 22 Januari 2009

Macam-macam .........

Sebenarnya gambar-gambar ni dah lama terperuk kat dalam handphone.....baru hari ini terajin untuk upload masuk dalam ni.....so...bercampur-campurlah..gambar dan kejadian atau peristiwa...tarikh pun dah lupa....

Idzham ketika dalam keter on the way nak gi shopping...sensorang dia konker kat belakang siap pakai seat belt lagi....



Idzham ketika breakfast....sengeh jer bila tahu orang nak snap gambar dia...

Gambar Uda...bad mood....tak mo diambil gambarnya....2 hero tinggal kat rumah..sebab dah breakfast....tak mo ikut katanya


Gambar ayah ketika breakfast kaat Restoran Warong Opah kat Bukit Jalil.......


Gambar angah dan uda...ketika dalam keter tunggu ayah masuk ambil barang kat office kejap...

Idzham sibuk suruh ambik gambar dia tengah pegang rumput......

Uda baru pandai naik basikal tanpa roda kecik.....angah yang ajarkan nya...tapi ibu tak kasi lagi uda bawa basikal kat luar rumah.....


Idzham sewaktu bermain di taman ...penat ibu melayan.....

Majlis Perkahwinan - Mengimbau memori semalam......

Tarikh 13 September 1998, merupakan detik bersejarah buat ibu dan ayah. Tarikh itulah menyatukan ibu dan ayah sebagai suami isteri setelah bersama-sama menempuh pelbagai dugaan, pahit manis dan sebagainya. Segala persiapan majlis, langsir, gubahan hantaran, penyediaan pakaian pengantin semuanya ibu sediakan sendiri dengan dibantu oleh mak uda dan juga kawan-kawan ibu yang juga jiran-jiran sebelah rumah ibu. Baru tahu penat lelah semuanya apabila semuanya diuruskan sendiri.

Pukul 2 petang, ibu dan ayah selamat diijabkabulkan dengan berwalikan Atuk (ayah ibu), ini permintaan dari ayah untuk atuk sendiri mewalikan akad nikah ini. Walaupun pihak keluarga ayah sampai agak lewat, tapi semuanya berjalan dengan lancar walau tanpa sebarang paluan kompang, persandingan dan sebagainya...maklum atukkan tak suka majlis persandingan...harammmmmmm......heheheh......

Untuk tatapan anak-anak ibu dan sesiapa sahaja yang menziaarahi blog ini....inilah sebahagian dari gambar majlis perkahwinan kami..........

Ketika majlis makan pengantin...entah apalah yang ayah dok pikir tu smapai tergaru telinga...hehehhe


Sekitar upacara akad nikah....




Antara rombongan dari sebelah ayah bergambar di hadapan rumah jiran...tumpang untuk persalinan...


Bergamabar bersama, atuk sebelah ibu, mak (nenek) dan atuk sebelah ayah.....
Nenek sebelah ibu tak dapat bergambar sama disebabkan masalah kesihatan......
Atuk sebelah ayah......telah pergi menemui Illahi 2 bulan setelah majlis ini...ibu masih ingat tarikhnya 14 November 1998.....Al-Fatihah....

Rabu, 14 Januari 2009

Hari merisik, meminang dan pertunangan

Bulan April 1998.....pada awalnya..kedatangan pihak keluarga ayah hanyalah untuk merisik dan meminang.....tapi entah macam mana.....siap sekali dengan hantaran dari belah ayah...so...pihak kedua-dua keluarga ibu dan ayah bersepakat sekali dengan pertunangan. Apa nak di kata, majlis pun simple sangat-sangat....cuma jiran-jiran terdekat yang di jemput.....so...ini lah gambar majlis pertunangan ibu dan ayah...




Ibu dan ayah ketika di UKM...

Ketika jalan-jalan di Tasik Fakulti Kejuruteraan UKM.....jalan-jalan bersama ehem....hehehe...sapa lagi kalau bukan ayah.....hehehe

Ini pulak....haaaaa...inilah geng-geng robo....sewaktu buat makan-makan di Tasik yang sama.......mak robo ada dalam gambar tapi bapak robo dan menantu robo tak ada....heheh

Ibu bersama kawan baik, Azlina Ismail...dah jadi Cikgu dah Ina....


Gambar ibu bersama kawna-kawan ketika menunggu waktu bermulanya kuliah....


Gambar ibu ketika kuliah bersama kawna-kawan sekuliah dan Prof. Dr.Amri...(ingat-ingat lupa lah nama Prof ni...)

Ini pulak gambar ibu dan ayah..ketika Jamuan Kamsis Ungku Omar di DECTAR UKM.....heheheh....

Ibu dan ayah bersama kawan-kawan ketika di Bilik Jaksa untuk menyiapkan projek Hari Keluarga Kamsis......

Ayah di zaman persekolahan....

Ini gambar ayah ketika Sekolah Sains Muar...
Ibu tak dapat lah nak ulas gambar-gambar ni yer..tunggu ayah lah yang bagi ulasan...



Zaman bujang.......hehehhe

Ini gambar ibu bersama kawan sebilik ibu Rohani Mohd Noor.....di manalah agaknya ani sekarang yer....lama sungguh tak dengar berita...sejak kita keluar dari UKM..terus lost contact. Gambar ni di ambil di luar bilik...Bilik 402, Blok K7A Kamsis Ungku Omar UKM.....masa ni sedang bersiap nak balik kampung....


Gambar ini di ambil ketika Tingkatan 6 atas, tahun 1993, sewaktu perkemahan Pasukan beruniform....ibu mewakili Pasukan Renjer Puteri. Ini ibu bersama kawan ibu...Julinawati Musa..pun lost contact juga...walau kami duduk sekampung...bila balik ke Maran...masing-masing tak tahu apa kisah dengan rakan-rakan lama....rindu sangat....


Okay...ini gambar ibu bersama kawan sekelas 5 Sains tahun 1991, kawan ibu ni namanya Tui Pui Wei....pun dah lost contact. Kali terakhir ibu dapat tahu dia bekerja di Singapore. Gambar ini di ambil sewaktu balik dari beraya di rumah kawan-kawan...muka pun penat...jauh berjalan....


Ini pulak...kalau tak silap ketika Tingkatan 5....baju raya mak Uda yang jahitkan...ada kisah sebenarnya di sebalik baju raya tu...hahaha...hanya mak Uda, ibu dan nenek sahaja yang tahu....



Ini gambar ketika ibu di Tingkatan 6, waktu pagi-pagi sebelum ke sekolah....waktu tu jalan kaki jer ke sekolah...lebih kurang 25 minit berjalan kaki naik bukit, lalu di kawasan kuaters, lepas tu tempuh lak kawasan perkuburan, kawasan paya, dan lepas tu jalan sampai habis satu kampung tu...kalau tak silap nama kawasan tu Lorong Berkat 1......macam-macam kenangan pahit dan manis...

Memori semalam Part 2

Cuba teka gambar siapakah ini.......hehehe
Inilah gambar ayah ketika masih baby....ada iras sapa lah yer.......



Isnin, 12 Januari 2009

Memori semalam....

Terlintas nak scan gambar-gambar lama dan abadikannya dalam blog ini....


Ini gambar ketika ibu kecil....berapa ek..umur...setahun lebih kot..



Ini pulak gambar ibu dan mak uda...(kakak ibu bersama kawan-kawan)....
Ibu dan mak uda di depan sekali..


Ini ibu dan mak uda dan kawan-kawan....ibu dan mak uda memakai baju yang sama...


Lain-lain gambar akan menyusul.....line lembab lah nak upload gambar....








Jumaat, 9 Januari 2009

Happy Birthday Amerrul Idzham

6 January 2009

Semalam genap 2 tahun umur budak paling comel, mula-mula Ayah tanya Ibu nak beli kek atau apa untuk sambut birthday Idzham; lepas tu Ayah tanya Idzham, nak kek atau ice cream, dia sebut apa yang last Ayah sebut, kalau tanya "nak kek atau ice cream" dia akan jawab ice cream dan kalau tanya "nak ice cream atau kek" dia akan jawab kek.

At last hari Selasa lepas Ayah balik kerja, Ibu cakap Idzham minta kek, so Ayah pun ke Secret Recipe untuk beli. Tapi kali ini kami sambut sederhana sahaja.