Rabu, 25 Februari 2009

Patchi Chocolate...a gift ;)

Malam tadi ayah call, kata lambat balik sebab ada meeting, ibu just tanya ayah kenapa ada emergency meeting malam-malam; tapi mungkin ayah ingat ibu merajuk kot. Tau tau jer bila ayah balik, ayah belikan ibu coklat patchi.......

Bagi pengemar coklat mesti kenal


Selasa, 24 Februari 2009

3D scans for expecting mothers

Kepada ibu-ibu yang tengah pregnant, bakal-bakal ibu atau bapa pun boleh juga....
Kalau nak buat 3D scan untuk kenang-kenangan nanti...boleh lah try pergi ke Vision College. Kalau kat tempat lain ada juga yang 4D...tapi tak tahu lah berapa harganya. Tapi dekat Vision ni kalau tak silap murah lah berbanding dengan tempat lain...yang biasa RM100 ke atas.

Buat masa ini belum sampai masanya lagi untuk pergi buat 3D scan ni, insya Allah bila umur kandungan dah sampai 7 bulan nak juga buat scan ni.

Ok...sebagai panduan untuk sesiapa yang berminat....di sini di paparkan email dari pihak Vision College...di mana saya telah bertanya berkenaan perkhidmatan 3D scan ini melalui email....

Hi,

I am an expecting mother delivering 01/07/2009, I ran across your service http://www.vision.edu.my/vc/dc/about.htm therefore I would need further information on this:

1. What are the charges for 3D scans
2. What is the duration for 3D scans
3. What is your operating hours in offering 3D scans
4. Do I need to make booking or appointment to undergo 3D scans
IF YES,
5. Who should I contact for 3D scans
6. What is the lead time (waiting time) for 3D scans schedule booking

Thank you


Dan ini reply dari pihak vision College




Dear Zahidah,

Thank you for writing in.

The 3D scans are charged at RM60 with a CD given at the end of the session. The scan will take roughly about half an hour to an hour. We offer the scans from Mondays to Fridays only at 3 time slots (2.30pm, 3.30pm and 4.00pm). You will need to make an appointment about one week prior to the scan. The best time to scan is around 28 – 32 weeks of pregnancy.

Just call 03-78038300 to make an appointment. You can make the appointment with anyone who answers the call.

Thank you and have a nice day.

Regards,
Ju Yit
Vision College
Tel: 03-78038300
Fax: 03-7803 8302
www.vision.edu.my

Kek dan menonton movie sebelum tidur ...

23 February 2009

Ayah balik awal hari ni...belum pukul 7 malam ayah dah sampai rumah. Rupanya ayah dah beli kek kat Secret Recipe.....asalnya ayah nak beli hari ahad hari tu...tapi sebab dah lewat malam ayah tangguhkan ke hari ni.....
Happy expecting Jun 2009..........itu tulisan atas kek tu.....hehehe....sebenarnya saja-saja terasa nak makan kek....so...sesajalah ayah tulis atas tu.....
anak-anak sibuk tanya ibu apa tu expecting....ibu kata....Jun nanti....ekceli hujung Jun atau awal July nanti...you all akan dapat adik......oooooo...dorang kata....baby boy ke girl....?
urmmm....belum tau lah sayang......

ini dia chocolate fudge cake......tapi rasanya cam tak leh lawan indulgence cake...




Menonton movie sebelum tidur....layannn.....

Ekceli dah lama juga ayah beli Home Theater dalam bilik ibu dan ayah...tapi jarang sekali menonton......masuk bilik cuma untuk tidur jer....
so...baru-baru ni ayah ada bawa balik movie...so..dah dua malam sebelum tidur ibu dan ayah layan movie dulu......best juga...dan romantik juga...tengok dalam samar-samar cahaya....hahaha...jarang-jarang dapat suasana romantik macam ni....

So..first tengok movie Harold and Kumar......aduhhhhhh...kelakar sungguh lah cerita ni....sakit perut ibu gelak.....sesiapa yang dah tengok cerita ni mesti tau lawaknya cerita ni....ekceli cerita ni ada la tak bertapis sikit tapi tidaklah teruk sangat....dialog..."Osama Laden" tu yang tak tahan gelak tu......aduhhhhh.....

Movie ini mengisahkan perjalanan dua shabat karib...seorang Korean dan seorang lagi Indian...untuk pergi ke Amsterdam. Disebabkan Kumar mereka cipta alat hisap ganja yang canggih menyerupai dan dianggap bom dalam kapal terbang...maka bermulalah episod cerita mereka....

Cerita ini juga menyindir pegawai atasan kerajaan yang tidak berfikiran logik dan bertindak melulu yang membuatkan Harold dan Kumar dipenjarakan di Guatanamo. Mereka berjaya melepaskan diri dari penjara ini. Bermacam perkara yang terpaksa mereka tempuhi untuk melepaskan diri dari diburu oleh pihak polis. Diakhir cerita kononnya Presiden Amerika Syarikat Bush membebaskan mereka setelah menghisap 'weeds' bersama-sama.



Ini cover movie tu....


Malam tadi pulak tengok cerita Slumdog Millionaire...lakonan Dev Patel kalo tak silap, Anil Kapoor......jalan cerita ni memang best...sedih, kesian, simpati. Filem ni berdasarkan cerita Novel. Perjalanan filem ni memang bagus, hubungkait antara satu scene dengan satu scene dan juga flashback nya bertali arus tidak tergantung macam tu jer....

Kisahnya...seorang pemuda ni masuk program Who Wants To Be A Millionaire...dan dia berjaya sehingga ke akhir rancangan ni. Pemuda ni berjaya bukan disebabkan kepintarannya, bahkan dia memang tidak berpendidikan, berasal dari family yang susah dan bermacam onak dan ranjau yang dia terpaksa tempuhi dalam tempoh dia membesar. Tapi kemenangan dia adalah berdasarkan pengalaman hidup dia...hampir kebanyakkan soalan yang diajukan....dia jawab berdasarkan pengalaman yang di laluinya.

Pengalaman inilah yang menjadi cerita utama dalam filem ini....baru dapat lihat betapa susahnya dia nak melansungkan kehidupan dia setelah kematian ibu bapanya...dia hidup bersama abangnya....dapat lihat bagaimana sindiket yang menjadikan kanak-kanak pengemis...dibutakan mata kanak-kanak itu dengan cecair panas untuk dijadikan pengemis....dan macam-macam lagilah .....

Ini cover untuk movie ni...

Khamis, 12 Februari 2009

Apa-apa sajalah.....

12 February 2009

Dah lama tak update blog ni...nasib baik tak bersawang...ini pun update sebab si Minah Tulen tu dah bising suruh update blog.....hemtam sajalah labuuuuu.....citer apa sajalah..asal terisi blog tu bak kata Minah Tulen......(jangan marah arr....besan).....hehehhe

Apa yer nak citer, lama dah tak balik Pahang, jenguk atuk ngan nenek....hanya bertanya khabar melalui telefon. Ada sebab kenapa tak balik...hanya ibu dan ayah sahaja yang tahu......bila lah agaknya situasi mengizinkan.....Balik Melaka pun dah lama tak balik, pun ayah hanya call mak kat Melaka......

Sibuk..boleh lah nak kata sibuk..ayah lah ibu ni seperti biasalah sibuk dengan kerja-kerja rumah.....Sabtu sebelum Tahipusam hari tu...ayah kena tolong kawan ayah pasal server officenya yang kong......kasihan kawan ayah...macam-macam masalah timbul....

Nak jadikan cerita, hari ahad kalau tak salah...ibu ni dok panggil lah anak-anak suruh basuh kasut sekolah memasing...tapi memasing buat derrrkkkk jer....so..ibu ni malas lah nak bising-bising..tak larat dah nak pot pet pot pet....sudahnya ibu pun kumpullah kasut anak-anak..gi belakang cuci lah kasut tu dengan kaki kejap lunjur ke kanan..kejap lunjur ke kiri...yerlah perut dah makin besar nak duduk pun susah. Tengah leka membasuh...sesambil tu kain baju tengah berpusing dalam mesin basuh kat sebelah ibu ni......time dah nak habis cuci tu....ibu terdengar suara Idzham cari ibu..so..ibu pun cepat-cepat lah nak settlekan kerja membasuh ni....terus jer ibu buangkan air dalam besen tu...serentak itu air dari mesin pun keluar..tanpa...tanpa...tanpa...tu dia 3 kali ulang....tanpa menyedari sepasang tali kasut masih ada kat dalam besen tu.....tiba-tiba ibu teringat....sempat sambar satu tali kasut...cari satu lagi...dah yillekkk....pergi bersama air yang mencurah-curah keluar dari tiub mesin tu ke dalam longkang dan terus menuju ke dalam tanah dan agaknya terus ke longkang besar...ALAMAK..........nak pengsan rasanya....mulalah ibu membebel sorang-sorang...tak boleh nak marahkan sesapalah...salah sendiri..leka sangat....

Kasihan Along....terpaksa lah pakai kasut lama dulu sementara nak membeli tali kasut lain.

Insya Allah....bulan April nanti...kita akan dapat pembantu rumah...alhamdulillah lega sesangat....harap-harapnya semua urusan berjalan lancar lah. So..ibu dapatlah memberi tumpuan kepada ayah dan juga anak-anak sepenuhnya..terutama memantau pembelajaran anak-anak ibu seperti sesebelum ni....insya Allah.....

Isnin, 2 Februari 2009

Souvenier dari Barcelona.....

2 February 2009

Jam 6 petang 31 January ayah sampai kat rumah.....menderu hero-hero yang hampir botak kepala berlari ke pagar menyambut kepulangan ayah. Ibu....alah....sambut kat muka pintu jer lah...kasi can kat anak-anak..hehehehe....

Semua pakat duduk menghadap beg ayah.....kot-kot ada buah tangan. Seperti biasalah...ayah pasti belikan anak-anak sedikit buah tangan.....ada 4 biji bola berlampu....dan baju jersey yang ayah beli dari Barcelona.....ekceli nak cerita pun tak pandai sangat....nanti-nantilah ayah ada masa nanti ayah ceritakan.....

Kita tengoklah gambar-gambar ni dulu....
Gambar pemandangan sekitar airport dan juga Barcelona
Yang ini pemandangan dari cable car....

Barcelona Harbour Cable Car or Transbordador Aeri del Port

Panoramic View







Pembangunan menyeluruh...... hutan batu





Shot di tepi pantai




Masakan tradisi Spanyol - paella


tu dia... satu periuk dia beri


Transit di Amsterdam


Gambar di Pasar....Mercat de la Boqueria di La Rambla de Sant Josep



Souvenier ...jersey untuk ayah, dan 4 hero-hero ibu dan ayah.... beli kat Nou Camp Stadium FC Barcelona Shop

Ini pulak baju panas untuk ibu.....best pakai.....lembut jer....


iPod nano untuk ibu



Ini souvenier dari Spain dan juga Holland ayah belikan untuk kawan-kawan ibu...



Sebenarnya banyak lagi gambar-gambar kat Barcelona...tapi tunggu lah .....tunggu part 2 pulak....