Selasa, 17 Mac 2009

Balik Kampung Ibu

Sabtu 7 hb Mac 2009

Setelah selesai segala masalah, ayah ajak balik kampung ibu di Pahang. Dah lama betul tak balik...rindu sangat kat nenek dengan atuk. Sampai di rumah atuk dalam pukul 5 petang....jam teruk masa dekat MRR2...dr rumah kita di puchong nak sampai ke Gombak..makan masa 2 jam...rasa macam nak muntah dah menghadap jam.

Anak-anak ibu...dah tidur dan bangun semula..masih lagi kita di area KL. Bila sampai di R&R Temerloh, atuk call...tanya kat mana....atuk ngan nenek dah risau sebab kita lambat sampai.

Sampai kat rumah atuk..macam-macam ayah ngan ibu borak dengan atuk dan nenek. Maklum dah lama tak bercerita panjang. Ayah ajak atuk tinggal dengan kita....lagipun nak mintak atuk ajar cucu-cucu atuk bahasa Arab. Tapi seperti biasa atuk ngan nenek memang tak mahu tinggalkan Maran. Kemudian atuk keluarkan satu majalah berbahasa Arab...rupa-rupanya hasil penulisan atuk keluar dalam majalah tersebut, dan tak lama lagi mungkin atuk akan jadi penulis tetap ruangan dalam majalah tersebut.




Meh lah ibu cerita sedikkit tentang sejarah hidup atuk. Atuk dah berumur 73 tahun. Merupakan bekas seorang guru bahasa Arab dan juga Ustaz. Kalau kat Maran tu...sebut jer "Ustaz Aziz" pasti semua akan mengenali atuk. Atuk mendapat pendidikan awal di Temerloh, kemudian melanjutkan pelajaran ke Singapura dan seterusnya menjadi guru di salah sebuah sekolah agama di Singapura dan ketika inilah bertemu dengan nenek yang memang seorang warganegara Singapura. Atuk dan nenek berkahwin pada tahu 1966..dan pada tahun 1972, atuk membawa nenek kembali ke Malaysia dan nenek pun berhijrah dari Singapura ke Malaysia.

Dari situlah bermulanya fasa baru kehidupan nenek..dari seorang warga bandar atau lebih tepat lagi gadis bandar bertukar corak kehidupan duduk di kampung. Nama kampung atuk...Kampung Paya Luas, Temerloh. Nenek pun terpaksa meyesuaikan diri dengan membasuh kain, mandi dan sebagainya menggunakan air perigi, menggunakan pelita minyak tanah dan dikelilingi oleh adat dan budaya kampung yang jauh berbeza dari corak kehidupan sebelumnya.

Setelah kembali ke Pahang...atuk sambung mengajar. Sekolah pertama yang atuk mengajar...ibu dah lupa la pulak.....tapi yg ibu ingat..atuk mengajar di Sekolah Menengah Agama Maran selama berpuluh tahun juga, kemudian bertukar ke Sekolah Agama Al-Khairiah, Temerloh dan kemudian bersara di Sekolah Menengah Agama Jerantut.

Setelah bersara...atuk masih lagi sambung mengajar dan berceramah di masjid-masjid dan surau. Kadang-kadang atuk tak cukup masa untuk memenuhi jemputan ceramah dan mengajar. Ada juga atuk menterjemahkan buku-buku dari bahasa Arab ke bahasa Melayu....

Tapi..sekarang atuk tak larat nak mengajar dan memberi ceramah lagi..maklum sekarang atuk dah ada asma..so..tak berupaya untuk bercakap kuat dan banyak. So...untuk menghabiskan masa lapang..sekarang atuk menghantar hasil-hasil tulisannya ke beberapa majalah....dan juga berkebun.

Tiada ulasan: