Selasa, 24 Mac 2009

Cuti-cuti Malaysia ke Kuching, Serawak

19 March 2009 - DAY 1

Bertolak dari rumah pukul 6:30 pagi...flight pukul 8:20 pagi. Idzham terpaksa dikejutkan dan cuma lap-lap badan dia..sambil mata dia masih terpejam.

Sampai di Airport Kuching dalam pukul 10:05 pagi. Sampai kat airport...kawan ayah Laura dan seorang tour guide telah menunggu untuk membawa kami ke hotel. Kali ni kami tinggal di Summerset Apartment. Service apartment ni alhamdulillah bilik-bilik dia memang puas hati....ayah ambil apartment yang dua bilik, dilengkapi dengan dapur memasak, rice cooker, toaster, washing machine, dryer, peti sejuk, dan peralatan memasak yang lain.

Hari pertama sampai di kuching ni..tak pergi mana-mana. Lepas check in...kami pergi makan di Restoran Singapore Rice Chicken....sedap...nasi ayam nya memang sedap. Lepas tu...balik bilik dan rehat-rehatkan diri...ibu pulak sakit kepala....tahan mengantuk sebenarnya. Anak-anak lepak tengok tv. Jam 4:30 petang, kami makan di restoran yang berhampiran dengan apartment...Chilipepper Restaurant....sambil menunggu kedatangan tour guide kami. Rafiq pulak tiba-tiba demam...so...kami pun pergi ke Klinik Kotaraya.

Gambar-gambar sekitar hari pertama...di dalam flight, di sekitar bandar Kuching iaitu di hadapan Giant sewaktu kami membeli sedikit barang-barang makanan kudapan ketika dalam bilik nanti.
Ketika lunch di Singapore Rice Chicken





Dalam flight, jenuh nak melayan kerenah idzham yang kejap nak kat ibu kejap nak kat ayah.












Setelah membeli kudapan di Giant.





20 March 2009 - DAY 2

Selepas breakfast, kami menunggu kedatangan tour guide kami....namanya Langkasty..peramah orangnya dan suka melayan budak-budak.
Ini gambar-gambar di lobby apartment sementara menunggu....





Pukul 11 pagi kami sampai di Ladang Buaya, Jong's Crocodile Farm & Zoo. Bayaran masuk untuk kanak-kanak RM8 seorang...tak kira asal kanak-kanak tu dah boleh berjalan akan dikenakan bayaran juga. Dewasa pula bayaran masuk RM16 seorang...tapi yg lawak tu..nak beli tiket siap mintak ic lagi...sebab nak tengok sama ada kita ni orang Serawak atau orang Semenanjung.....kalau orang Serawak hanya bayar RM8 sahaja. Huhuhhu....ada ke patut...memang tak patut....

Masa kitaorang sampai tu, memang time buaya di beri makan iaitu pukul 11 pagi. Di sini buaya diberi makan pukul 11 pagi dan 3 petang.
Jom layan.....



Ayah sedang try snap gambar ketika buaya sedang makan....




Buaya sedang mencapai makanan yang digantung di tali...







Masih lagi di Ladang buaya...di sini bukan sahaja ada banyak buaya tetapi pelbagai spesis ikan, dan haiwan-haiwan lain seperti landak, rusa, monyet, burung-burung....



Ayah bersama budak comel......




Kepala Bujang Senang bersama senjata yang dapat membunuhnya
Buaya yang telah diawetkan









Di sebabkan line tenet ni mengong....lembap tahap cipan......stop kat sini dulu lah...nanti sambung lagi.....daaaaaa...


Tiada ulasan: