Rabu, 25 Mac 2009

Kuching - Day 3

Hari Ketiga Di Kuching -Muzium


Hari ini merupakan hari terakhir kami di Kuching. Setelah breakfast pukul 10:00 am, kami pun check out Apartment dan menunggu kedatangan tour guide kami. Flight kami pukul 7:00 malam..so pagi ini kami berkesempatan lagi untuk berjalan-jalan.

Kami menuju ke Muzium Etnologi Sarawak. Tak banyak gambar di ambil sebab dalam muzium ini tidak dibenarkan mengambil gambar kecuali dengan kebenaran.







SERIKIN



Perjalanan ke Serikin mengambil masa lebih kurang 1 jam setengah. Anak-anak sempat melelapkan mata. Di serikin, ni banyak barang-barang terutama kain baju, blouse, kain sulam, barangan rumah seperti kristal dan barangan kaca, handbag, telekung dan sebagainya. Masa sampai tu..cuaca memang panas terik......tak membeli apa pun...cuma layan anak-anak sibuk nak membeli cermin mata hitam..jenuh memilih yang sesuai dengan anak-anak.






Dalam perjalanan pulang dari Serikin, tour guide kami membawa kami ke Gua Angin dan Tasik Biru, tapi..ibu dah tak kuasa nak turun..penat sangat-sangat..so ayah cuma snap gambar dari dalam kereta.

Tasik Biru - merupakan bekas lombong emas.



Gua Angin




Setelah itu, kami singgah makan di Restoran Serapi Corner. Kali ini dah kali kedua kami singgah makan di sini, makanannya sedap. Semalam ayah makan nasi campur, ibu makan nasi goreng ayam dan anak-anak makan nasi goreng pattaya. Hari ini, ibu dan ayah order nasi goreng padprik dan anak-anak masih lagi nak makan nasi goreng padprik. Ketika makan, hujan turun dengan lebatnya disertai angin kuat.

Setelah selesai makan, kami singgah pula di tempat membuat pasu dan kedainya sekali. Masa kami sampai tu, ada demo mebuat pasu dan pelawat boleh mencubanya.





Ayah pulak tunjuk skill....




angah sedang mencuba - rafiq tak nak cuba sebab takut tak jadi katanya..heheh


Ayah bersama hasil...pasu....dalam ramai-ramai yang buat, hanya ayah yang dapat hasilkan bentuk pasu...heheheh




Tiada ulasan: