Selasa, 24 Mac 2009

Kuching Serawak - Orang Utan

Masih lagi hari kedua....

Setelah hujan reda, kami pun bertolak dari rumah Panjang dan sampai ke Pusat Hidupan Liar Semenggoh untuk melihat Orang Utan. Memang ngam-ngam masa kami sampai tu, pelawat sedang di beri penerangan mengenai Orang Utan ini. Pukul 3 petang merupakan waktu untuk Orang Utan ini keluar makan.

Untuk pengetahuan, Orang Utan di sini bukan dikurung di dalam sangkar tetapi lepas bebas..so..pelawat diingatkan agar tidak membawa apa-apa barang yang boleh manarik perhatian Orang Utan ini seperti botol air mineral.

Ada dua tempat untuk melihat Orang Utan keluar makan, satu di dalam kawasan hutan ada 4 ekor Orang Utan yang turun makan di situ dan satu lagi, di kawasan yang agak lapang di mana seekor Orang Utan yang dominan dan besar dari 4 ekor yang lain keluar dari hutan untuk makan. Umur Orang Utan ini dalam lingkungan 30-an.



Menunggu Orang Utan keluar untuk makan



Sebenarnya ibu dan idzham ni takut-takut nak bergambar...heheh





Masing-masing kepenatan mendaki bukit untuk pergi ke car park....



Menara Tinjau Di Kuching Civic Centre

Dari menara ini kita bleh lihat sehingga 360 darjah pemandangan Bandar Kuching...memang cukup cantik...ada dua buah lift tersedia untuk sampai ke menara ini. Waktu menara ini dibuka ialah sehinggga pukul 5:00 petang.





Tiada ulasan: