Khamis, 30 April 2009

Buka blog pagi ni....nampak pesanan  untuk selesaikan tugasan tag. Sementara free ni boleh lah menyelesaikannya...


1. anda rasa anda hot?
Hot......badan..memang sentiasa panas jer..nak-nak tengah peknen ni....hot dari segi emosi...biasalah....emosi orang peknen kekadang stabil...kekadang hotttt.....


2. upload gambar kegemaran anda.


Gambar ini diambil di Pantai Puteri,Melaka...sebenarnya suka ambil gambar pemandangan sebegini, tapi memandangkan camera tiada...so..pendamkan dulu hasrat tu.....tunggu tersayang hadiahkan...katanya dah order tapi belum terima...tunggguuuuuu...
3. kenapa anda suka gambar ini?
Suka gambar-gambar yang bercirikan alam semulajadi....

4. bila kali terakhir anda makan piza?
Tak ingat.....3-4 tahun lepas kot...sebab not my favorite food....tak suka...

5. lagu terakhir yang anda dengar.
Lagu dalam radio kereta ketika ambil anak sekolah tadi....

6. apa yang sedang anda buat selain selesaikan tag ini?
Melayan belionline,wmc, check e-mail, baca news online, dan sedang meriba idzham...

7. selain dari nama anda sendiri,anda suka dipanggil dengan nama apa?
Tak kisah....asal sedap didengar dan salah satu dari singkatan nama penuh...

8. Rakan kesayangan tag seterusnya...
1. Mezah
2. Tasya
3. Mas-ujin
4. Nest
5. Wana
6. Minah Tulen - aen

9. siapa no 1 kepada anda?
Sahabat yang dikenali melalui Forum WMC....agak brutal orangnya,,tapi baik hati....sanggup hantar keropok lekor malam-malam dari Shah Alam ke Puchong semata-mata nak memenuhi selera mengidam saya....

10. bagaimana pulak dengan no 4?
Nest...pun rakan DRA juga....seorang yang kelakar....kalau dia posting jer mesti nak tergelak....tapi kat luar pemalu orangnya..

12. bagaimana pulak dengan orang no 3
Mas-ujin....aaaaa.....paling suka dengan dia ni...seorang yang cute...comell dan kelakar..peminat fanatik cerita korea nih....

13. siapakah orang no 2.
Tasya......kagum dengan kegigihan dia....pandai memasak tart, kek dan sekarang dah jadi bisnes utamanya..

14. bagi pesanan anda untuk orang no 6.
Aen.....ooo....dia ni minah shopping..suka shopping handbag, kasut....
pesanan........bila nak menambah cahaya mata..? Dah boleh dah tu....



Ahad, 26 April 2009

Ayah ke Macau lagi

23 April 2009

Ibu memang keberatan sikit kalau Ayah outstation sewaktu Ibu tengah pregnant ni, sebelum ini pun banyak jemputan untuk Ayah ke luar negara tapi Ayah tidak pergi; tapi baru-baru ni Ayah menerima jemputan ke Macau lagi untuk event "CIO engage"; Ayah join ni sebab event tu tak lama dan masa perjalanan agak singkat

Event ini bermula pada 23/04/2009 dan berakhir pada 25/04/2009. Ayah mengambil direct flight pada hari event bermula sebab flight tidak lama cuma 4 jam setengah sahaja; timing bila sampai tu acara baru bermula. Begitu juga dengan penghujung event berkenaan, sejurus habis, ayah terus catch the next available direct flight balik.

di atas pentas

Ayah bergambar dengan orang yang 'mengaksikan' seperti patung, menurut Ayah, kalau ke Venetian memang akan berjumpa dengan maskot ini. Biasanya berwarna putih, tapi untuk event ini maskot ni berwarna gold.



Kumpulan Ayah memenangi game yang diadakan pada hari akhir event; so hadiah yang berupa chips tu dibahagikan, ini yang Ayah dapat.

My Taman Blackout :(

17 April 2009

Tiba-tiba bekalan letrik terputus, kebetulan Ayah ada di rumah, so anak-anak tidak la takut sangat. Ayah cuba call TNB pada no 15454 tapi memanjang engage jer taliannya. Kita orang ingatkan tidak la lama sangat black out, so Ibu pun nyalakan lilin dan letak pada hall depan.

Ni gambar anak-anak main bayang-bayang, tapi sebab flash camera ni, bayang-bayang tidak kelihatan pada dinding rumah; ada jadi raksaksa, ada jadi ultraman, jadi itik dan macam-macam lagi, lucu Ayah dan Ibu tengok telatah anak-anak.





Ni bila ambil gambar tanpa flash...


Ini pula bila turn on flash...
Disebabkan tunggu 45 minit tapi letrik takde, Ayah ajak semua jalan-jalan naik kereta, so kita orang pun ronda-ronda sekitar Puchong. Rupa-rupanya banyak perumahan lain yang juga mengalami keadaan yang sama. Setelah berjalan hampir lebih sejam, kami cuba balik.... nasib kami baik sebab bekalan letrik telah disambung semula :D

Selasa, 21 April 2009

AWARD DARI FIZAN



lama tak update blog ni, tak tahu nak cerita apa, tak ada story yang boleh nak dikongsikan bersama selain hari-hari ngadap kerja rumah yang tak pernah habis, selain dari menunggu dan membilang hari-hari untuk kelahiran cahaya mata ke lima.

Hari ni jenguk blog nampak pesanan dari...salah seorang rakan alam maya yang dikenali melalui WMC, memang bangga dengan hasil usaha dan ketekunan adik fizan yang sorang ni, dari menjual tudung secara online, kemudian menjahit sulaman reben, sulaman benang, menjahit bag, baju, memiliki forumnya dan websitenya sendiri....tabik sungguh dengan kegigihan

Dapat award dari fizan...sungguh membanggakan sebab....dalam kesibukan dan kepopularan dia...masih ingat lagi fizan pada kakak dia yang sorang ni...TQ ..

Rabu, 8 April 2009

HAPPY BIRTHDAY ANGAH

4 APRIL 2009

2 APRIL 2009 adalah hari jadi angah...anak no 2 ibu dan ayah yang ke 8 tahun. Ibu dan ayah plan nak buat majlis kecil-kecil kat rumah dan menjemput rakan-rakan sekelas dan sepermainan angah.

Sabtu, pukul 3pm-5pm, kita adakan majlis kat rumah...walaupun simple tapi meriah. Walau tak ramai kawan-kawan angah yang datang sebab hari hujan...tapi ibu dan ayah tetap puas hati melihat riak wajah kegembiraan angah apabila kawan-kawan dan ibu serta ayah meraikan harijadi angah.
Acara meniup lilin....









Antara juadah yang disediakan..mee hoon, mee goreng, brownies, gula-gula, sante fingers..

Cuppies....ibu tempah dengan kawan ibu...izan...cantik dan kemas cuppiesnya