Rabu, 27 Mei 2009

What your baby looks like -- 35 weeks



Minggu ini dah 35 minggu usia kandungan ibu, maka semakin hampir lah saat untuk kita sekeluraga menyambut kedatangan ahli baru. Persiapan...adalah ibu dan ayah beli barang-barang dan baju baby sikit-sikit.....

Ibu dan ayah decide untuk beli baju baby kaler putih...krim, hijau..kuning....sebab ibu pun tak sure baby dalam perut ibu ni lelaki ke perempuan.....so..pilih jalan tengah lah..:-)

Dari hari ke hari..perut ibu semakin besar dan semakin tak larat ibu nak buat kerja-kerja rumah....mana yang termampu itu jerlah yang ibu buat....so..ibu minta maaf banyak-banyak pada ayah dan anak-anak ibu....tak dapat ibu nak masak masakan yang sedap-sedap....kekadang satu hari tu kita makan sejenis lauk jer......kasihan ayah dan anak-anak...., ibu pun tak dapat nak pastikan rumah dalamn keadaan kemas...maklum anak-anak ibu sedang membesar dan lasak.....tak terkejar ibu nak mengemas rumah...seminggu kekadang ada lah sekali dua ibu kemas satu rumah...lain-lain tu...kadang-kadang ibu buat yang mana mampu jer...

Pembantu rumah pun kita tak dapat cari lagi. Kasihan ayah....dah puas mencari pembantu rumah melalui ejen yang tawarkan harga reasonable......kalau ikutkan ejen berdaftar macam kat Puchong ni..ada yang jejak sampai RM8k...tu diaaa.....

Bila dapat yang harga ok..ada pulak masalah lain yang timbul...ada yang cuba ambil kesempatan......entah apa-apa jenis manusia entah....
Setiap hari berdoa agar...dipermudahkan semuanya....




Rabu, 20 Mei 2009

Hadiah Ibu Sampai

18 May 2009
Isnin

Sebenarnya ayah telah lama nak menghadiahkan ibu camera. Ayah tahu ibu suka mengambil gambar yang bercirikan alam semulajadi. Ayah order camera ni dah lama tapi baru hari ini sampai. Sebenarnya ibu tak menyangka ayah akan hadiahkan ibu camera yang sebegini mahal dan canggih, ibu cuma ingatkan ayah akan belikan camera biasa.

Ayah kata, walaupun agak terlambat tapi anggaplah ini  hadiah sempena Mother's Day yang baru berlalu..thanks ayah.....tak sangka sebegini mahal dan canggihnya camera yang ayah hadiahkan untuk ibu...hampir menyamai wang hantaran sewaktu kita kahwin dulu...hehehe....
So...lepas ini ibu akan cuba memahami selok belok kegunaan camera yang canggih ni...banyak function nya camera ni, boleh rakam video/movie...dan berbagai lagi yang perlu ibu explore dahulu...

Sayang ayah......mmmuuaahh.....











Balik Kampung.....

17 Mei 2009
Ahad


Ahad.....pagi ni dalam pukul 11 pagi,selepas ibu siapkan kerja-kerja rumah, tiba-tiba ayah ajak balik Melaka tengok mak...dah lama tak balik jumpa mak. Anak-anak bersorak happy bila di ajak balik Melaka.

Sampai di Melaka, lebih kurang pukul 1 tengahari, dan kami memang tak breakfast dan lunch pun, so...ayah bawa pergi ke Restoran Subaidah di MITC Melaka.  Waktu ini memang penuh restoran dengan orang ramai.  Kami ambil kedudukan meja yang agak jauh ke dalam dan agak tersorok sedikit......baru rasa selesa...

Ayah suggest agar ibu try air jus epal + asam boi..sedap kata ayah...jadi ibu pun order lah.  Jus epal 3 gelas, dan 2 gelas jus orange...Idzham seperti biasa kongsi dengan ibu.  Untuk makanan pulak, ibu order nasi goreng ayam, anak-anak pun nasi goreng ayam ..cuma tidak pedas dan ayah pula ambil nasi campur. Makanan belum sampai tapi idzham dah menghabiskan air jus epal ibu.....tapi..memang sedap sangat-sangat.....di tambah pula cuaca kat luar yang panas terik.

Ketika menunggu makanan sampai



Jus epal + asam boi...mula-mula order gelas biasa, tapi tak cukup pulak, so ayah order segelas besar....
Nasi goreng ayam...untuk ibu
Nasi goreng ayam untuk anak-anak
Jus orange untuk Uda dan along
Jus epal + asam boi untuk ibu tapi di zassss oleh Idzham...


Setelah selesai lunch, kami pun pergi ke kedai mak...tak lama di kedai mak..sekadar menjengok mak pun dah cukup...mak pun sibuk melayan orang yang datang membeli....setelah itu, kami pun pergi ke rumah tukang urut yang biasa ibu dapatkan rawatan mengurut.  Bukan apa, sajalah nak mintak bidan tu tengokkan kedudukan bayi.  Alhamdulillah....kedudukan bayi berada di posisi yang betul....dan bidan ni menjangkakan ibu akan melahirkan seorang bayi lelaki....hahahahha tu dia...lima hero lah anak-anak ibu.

Tak apalah....ibu dan ayah tak kisah..lelaki ke perempuan asal sihat, sempurna dan selamat semuanya...tetapi jika lahir nanti girl..itu kira bonus lah....;-)

Setelah selesai mengurut, kami pergi menjenguk rumah kami di Lorong Pandan..kebetulan jiran baik kami tak ada di rumah, nasib baik ayah bawa kunci spare.  Sampai jer...ayah membersihkan pokok-pokok yang dah mula menjalar di pagar-pagar dibantu oleh anak-anak, ibu pergi masuk dalam rumah dan melihat keadaan dalam rumah.  Nampak laman rumah bersih, seolah-olah di sapu...rasanya Makcik Hasnah yang bersihkan laman ni, tak apalah nanti ibu telefon makcik dan ucapkan terima kasih....

Ahad, 3 Mei 2009

Kejam ker......

3 MEI 2009
Ahad

Bermula hari ini, ibu dan ayah terpaksa bertegas dengan anak-anak dalam mengatur jadual untuk anak-anak. No more cartoon,no more tv program, no more computer game until end of this month. Pendek kata kat rumah ni..bermula hari ini, tv langsung tidak bersuara.  Apa nak buat...selama ini ibu dan ayah agak berlembut dalam mengatur jadual study anak-anak tapi....hasilnya memang menyedihkan.  

Banyak menonton cartoon menyebabkan anak-anak ibu hilang fokus terhadap pembelajaran. Buat latihan dan homework tetapi sentiasa teringatkan program tv.  Belajar waktu malam hanya 1 jam setengah..itupun kekadang main-main, dan ibu pulak tak dapat tumpukan sepenuh perhatian kepada anak-anak kerana terpaksa melayan kerenah idzham yang kadang-kadang membuatkan ibu hilang sabar.

Untuk itu, ibu terpaksa menyusun semula jadual study...buat latih tubi soalan-soalan setiap subjek. Jika salah...mesti dibetulkan waktu itu juga...tak ada lagi penagguhan pembetulan.  Ibu pun terpaksa korbankan waktu menonton tv ibu...kalau malam Buletin Utama..terpaksalah ibu abaikan...cuma yang menjadi masalah sekarang ialah idzham.....walaupun telah diberi pen dan kertas, pensil warna tapi dia tetap mahu kan ibu tumpukan perhatian pada dia seorang....selagi ibu tak duduk sebelah dia dan tengok apa yang dia buat..selagi itulah dia akan merengek. Idzham pun suka mengacau buku-buku dan alatan menulis abang-abangnya. Pening ibu dibuatnya.

Ibu dan ayah pun telah berhentikan tuisyen anak-anak ibu memandangkan tiada progress dalam pembelajaran anak-anak.  Malahan anak-anak lebih memahami apa yang ibu dan ayah ajarkan berbanding tuisyen....so..ibu dan ayah mengambil keputusan bermula Mei..ibu dan ayah sendiri yang akan memantau dan mengajar anak-anak di rumah.

Diharapkan anak-anak ibu dan ayah akan menunjukka prestasi yang membanggakan dalam pembelajaran mereka..terutama mid-year exam yang bakal diadakan pada 18 Mei...tinggal beberapa hari sahaja lagi untuk anak-anak mengulangkaji pelajaran.  Semoga keputusan ibu dan ayah tepat dan menunjukkan hasil yang memuaskan..insyaAllah...semoga Allah kurniakan hati yang terang kepada anak-anak ibu....aminnnnn....