Selasa, 30 Jun 2009

Segmen Cuba Teka......


video


Cuba teka...agak-agaknya apalah yang dinyanyikan oleh Idzham. Waktu ni..on the way balik dari ambil abangnya dari sekolah.....Lagu ni..memang menjadi nyanyian kat mulut idzham, nak-nak kalau dia tengah leka buat sesuatu atau dalam kereta......ni semua sebab dia selalu dengar ibu pasangkan lagu ni kat laptop ibu, kadang-kadang angah pun suka pasang lagu ni kat PC sewaktu main game...



video


Apalah pulak agaknya yang dibebel dek Idzham.....ibu pun tak faham...tapi rasanya dia cakap dengan ibu, bateri tak der..agaknya lah. Sebelum tu...angah tengah marahkan Uda...ni semua pasal nak pastikan rafique nak tidur kat bilik siapa.......

Isnin, 15 Jun 2009

Apppoinment dengan Dietician di Hospital Putrajaya

15 June 2009
Isnin

Selepas sahaja menghantar anak-anak ke sekolah, ibu, ayah dan Idzham terus ke Hospital Putrajaya. Hari ini ibu ada appoinment dengan dietician disebabkan paras glukose dalam darah ibu agak tinggi. Kalau ikutkan hati ni, malas nak pergi, malas nak susahkan sesiapa lagi....tapi nanti payah pulak bila doktor tanya itu ini.....

Sampai pukul 7:30, kami ke cafeteria dulu......tak makan apa-apa pun cuma minum jer, tah lah ibu tak ada mood dan tak ada rasa nak makan. Kesian Idzham, terpaksa bangun awal-awal pagi...mengamuk juga dia bila dikejutkan. Kalau ada maid, atau ada orang jaga kat rumah...tak adalah ibu nak bawak dia. Firdaus pun kena tinggal sensorang kat rumah, dia kena pergi mengaji pagi-pagi ni. Sewaktu ibu tinggalkan rumah tadi, Firdaus sedang mandi.

Ayah pergi register dan ambil nombor dahulu, kemudian ayah datang semula ke cafe dan kami terus pergi ke Kaunter E, Klinik perubatan di mana tempat untuk bertemu dengan dietician. Tak lama selepas itu, ibu dipanggil untuk ditimbang berat.....timbang jer..mak aiiiiiii...biar betul.....baru hari Khamis hari tu berat ibu 64.1 kg..takkan dalam masa 3 hari dh naik 66kg......huhhhhhhh.....menakjubkan.....tak apa..ayah kata nanti kat doktor ......kita double check.

Tunggu punya tunggu...idzham dah merengek ajak balik...dia mengantuk agaknya. Ayah pun dah berapa kali bertanya kat nurse, kat kaunter..bila nak dipanggil.....dekat pukul 9 pagi...katanya Doktor belum masuk...haaaaa...ishhhh....kata start pukul 8-12 pm..ni dah dekat pukul 9..masih belum masuk lagi...sabar ajerlah.

Lebih kurang pukul 9:15 macam tu, baru lah ibu dipanggil masuk. So..kat dalam tu, ayah mintak dengan doktor untuk ditimbang sekali lagi berat ibu...haaaaaaa kan dah kata......menakjubkan kalau berat ibu naik 2 kg dlm masa 3 hari.......bila timbang semula...64.2 kg berat ibu...so..ok lah betullah......

Lebih kurang 20 minit...bersoal jawab dan mendengar penerangan dan panduan yang Doktor berikan.....maka berakhirlah sesi appoinment kali ini......

Majlis Perkahwinan Saudara Ayah

14 June 2009
Ahad

Bertempat di Dewan Serbaguna di Puchong Indah, saudara sebelah ayah telah mengadakan majlis resepsi, di mana pada sebelah paginya telah diadakan majlis akad nikah di Masjid As-Salam Puchong Perdana.

Majlis Resepsi bermula pukul 12:00 - 3:30 pm. Kebetulan kita dah keluar dari rumah awal pagi, jadi kami sampai di Majlis itu agak awal kira-kira pukul 12:30pm. Semasa kami sampai, meja belum penuh dan kami mengambil tempat yang agak belakang sikit. Lebih kurang pukul 1:15 pengantin sampai dan jamuan makan pun bermula.

Ketika nak habis makan, mak, mak long, Makcik Haseena, Makcik Mumtaz pun baru sampai dari Melaka. Setelah berbual sekejap, kita pun bergerak pulang ke rumah dan menunggu mak datang ke rumah.

Ayah bergambar bersama ibu saudara ayah, dan juga pengantinnya di sebelah hujung yang memakai sari purple dan berkot hitam
Rafiq dan Firdaus, masing-masing dah hampir jemu menunggu time nak makan..lambat benau
Ibu, muka pun dah sembab, nampak gumuks lak.....
Idzham di atas riba Angah, dia memang manja dengan angahnya.
Idzham di atas riba ayah, ayah rajin melayan kerenah dia.....tu yang dia suka duduk atas ayah.


Lebih kurang pukul 3:00 lebih, mak, Mak Long (kakak ayah), Makcik Haseena, Makcik Mumtaz (dua orang ni adik ayah) datang bersama Makcik Ummul (juga adik ayah) bersama Uncle Wan (suami makcik Ummul) dan anak-anaknya 3 orang.

Tak lama kat rumah..rasanya tak sampai satu jam pun, yerlah mak nak balik Melaka pulak dan nak buka kedai.

Macam-macam cerita

Sabtu

13 June 2009

Tak ada yang menarik hari ni. Cuma seperti biasalah pergi breakfast di luar, dan selepas itu balik ke rumah, nak jalan-jalan pun macam tak der mood jer memandangkan keadaan cuaca yang berjerubu.
Pagi tu, anak-anak rajin mencuci kereta ayah dan ibu. Berkilat jadinya. Ibu cuma tolong mana part yang anak-anak ibu tak sampai nak cuci tu.
Balik rumah setelah breakfast ibu masak untuk makan tengahari...hari ni ibu masak sambal ikan kerisi, dan sup sawi. Lepas tu, apalagi ayah dan ibu layan mata lah....yerlah hari minggu jer untuk ibu dan ayah dapat berehat sepenuhnya.
Sementara itu, jom layan gambar ayah memujuk idzham dan Rafiq makan nasi......ayah menyuap anak-anak makan.....barulah dorang berdua ni nak makan.




Ini pulak gambar idzham sewaktu tengah rajin. Menyapu dan mengumpul sampah...waktu ni dah malam...abang-abangnya dah tidur, ibu dengan ayah tengah makan. Idzham tak sedar ayah snap gambarnya. Lepas jer emnyapu, pandai pulak dia pergi buang dalam tong sampah dan letakkan penyapu di tempatnya. Lepas tu...dia baring depan tv sendiri sambil minum susu....ibu tengok jer dia dah tidur rupanya...baik pulak anak ibu malam ni.

Khamis, 11 Jun 2009

Appoinment Di Hospital Putrajaya

9-11 June 2009

Selama tiga hari berturut-turut ibu dan ayah berulang alik ke hospital. 9 June, datang untuk ambil darah...asalnya ibu ingatkan ambil darah cuma untuk tahu HB darah jer, so ibu tidaklah berpuasa, lagi pun semasa buat temujanji tu, tidak pula dimaklumkan suruh berpuasa. Dalam pukul 8 pagi, nurse tanya ibu..puasa ke tidak...ibu pun katalah tak puasa...minum air kosong segelas tadi....., tak apalah, try buat juga ujian BSP. Pagi ni jer, empat ujian darah ibu kena buat, maksudnya 4 botol lah darah ibu diambil.

Pukul 11 am, ibu kena datang lagi dan kemudian pukul 6:30 petang dan akhir sekali pukul 9:30 malam. Masa ibu datang sebelah malam, kena pergi ke labor room ambil darah kat situ. Masuk labor room nampak ada notis mengatakan wad bersalin dah penuh, sesiapa yang perlu masuk wad akan dihnatar ke H0spital terdekat.

10 June - Ayah cadangkan agar ibu repeat ujian yang pertama iaitu semasa berpuasa, so pukul 8:00 pagi, ibu diambil lagi sekali darah, dan harapnya kali ini readingnya oklah....sebab first reading semalam tak accurate sebab ibu tak puasa.

11 June - Appoinment ibu berjumpa doktor, awal-awal pagi lagi ibu dan ayah sudah sampai ke hospital. Setelah daftar, ibu diminta check urin, timbang berat dan setelah itu baru berjumpa doktor. Doktor Rafidah yang memeriksa ibu, telah mengatur temujanji untuk ibu bertemu dengan Dietician, memandangkan ibu mengalami anemia yang agak teruk. Sebelum ibu mengambil ubat, HB ibu cuma di paras 7.5 dan setelah ibu mengambil iron dan asid folik, barulah HB ibu bertambah menjadi 10.6.

Ibu juga telah menjalani scan, dan doktor mengatakan anggaran berat baby sekitar 2.4kg.....aik....kecik nau baby ibu kali ni.., dan condition baby semua ok...sihat dan perkembangannya bersesuaian dengan umur kandungan ibu, alhamdulillah.

Dah lebam tangan ibu setelah beberapa kali kena cucuk......


Pregnant kali ni ibu dikehendaki mencatat pergerakan baby dalam Carta, satu perkara yang ibu tidak pernah lakukan ketika pregnantkan 4 anak-anak ibu sebelum ini.



Kali ni, ibu diminta menjalani 2 ujian darah lagi, bermakna kena cucuk lah lagi. Dah lebam-lebam pelipat tangan ibu setelah 5 kali diambil darah.

Basikal Oh..Basikal

7 June 2009

Hari ni ayah membaiki sendiri basikal Rafique dan Angah setelah berapa lama tersadai. Maklumlah nak hantar ke kedai repair basikal...bukannya dekat sudah lah tu, ayah pulak sekarang terlalu banyak kerja, dengan kerja kat officenya, kerja part timenya.

Nak tak nak..malam tu dalam pukul 8:30 malam ayah pun mula repair basikal Rafique dulu dengan menukar tiub tayar, tiub ayah beli kat Tesco....nak repair break, ada pulak alatan yang tak cukup.Dah settle basikal Rafique, ayah repair pulak basikal Angah....huhhhh....banyak kemain lagi peluh ayah menitik........




Gambar blurr la pulak...maklum ambik guna sebelah tangan jer...sebelah lagi pegang idzham...mood dia kureeengg....sebab baru bangun tidur...

Settle jer repair basikal...terus time tu juga anak-anak ibu ni berbasikal di laman rumah....suka bukan main, maklum dah lama tak dapat naik basikal....

Thanks ayah......dalam sibuk-sibuk ayah...sempat juga repair basikal anak-anak......

Isnin, 1 Jun 2009

Persediaan Menyambut Ahli Keluarga Baru

31 May 2009

Seperti biasa pagi-pagi, ayah akan membawa kita sekeluarga breakfast di luar.  Kali ini kami hanya menikmati Roti Telur. Ini merupakan menu kegemaran Rafique. Setelah itu, ayah mengajak pergi ke Warehouse Sale di Kepong.  Hytex Garment warehouse sale di Taman Ehsan, Kepong yang bermula 30 Mei - 7 Jun 2009.

Ibu pula tak membawa alamt, so..berpandukan pada GPS handphone ayah, kami mencari lokasi tersebut.  Sampai jer dah pukul 12 tengahari lebih kurang.  Ingatkan penuh lah umat manusia, tapi lengang jer, macam tak ramai orang.  Masuk-masuk jer, alahaiii....tak der pun baju baby....yang banyak baju-baju untuk umur 1 tahun ke atas.  Barang-barang keperluan baby adalah sikit-sikit seperti shampoo, baby bath, bedak, krim, stroller (yang tak semegah tu), set tidur baby, botol susu baby dan sebagainya.  Nak kata harganya murah tu...tidaklah juga.  Berbanding masa kami pergi tahun 2006 kalau tak silap.....ada baju baby seperti romper yang beharga RM1 yang masih cantik lagi.  Waktu itu, kami membeli banyak jugalah baju untuk Idzham.  Tapi kali ni nampaknya tak ada. 

So...kami cuma membeli keperluan baby, itupun botol kecik biasa jer..yerlah alang-alang dah sampaikan..takkan nak pulang dengan tangan kosong...penat jer. Tak sampai RM50 kami berbelanja di sini.

Setelah itu, kami menuju ke One Utama, memang bercadang untuk membeli stroller dan car seat untuk baby.  Memula kami menuju ke Parkson.....lawak betul...tersalah baca info dalam paper...ingatkan stroller dengan car seat sweet cherry seperti yang kami nak beli sebelum ni ada offer iaitu turun hampir RM100 dari harga asal.  Rupa-rupanya, jika membeli barang beharga RM150.00 ke atas, barulah dapat membeli kedua barang ini pada harga yang rendah.  Aduhhhhh......penat berjalan, sudahlah nak cari parking punyalah susah, jauh lak tu parking. 

On the way nak perg ike car park tu, kami singgah di Old Town Kopitiam.....mak aiii...punyalah sesak dengan umat manusia, nasib baik ada meja kosong cukup untuk kami anak-beranak.  Time ni pulak Idzham buat perangai...Ya Allah punyalah geramnya dengan dia....sabar jer lah.....

Setelah habis lunch, kami singgah pulak ke Jaya Jusco....sesaja jalan...tengah sale....geramnya tengok baju-baju baby, tapi dah banyak borong baju baby hari tu kat JJ IOI Puchong, so..sabar jerlah.  Sesaja survey harga stroller dengan car seat baby.  Kami cuma membeli alas getah untuk Idzham tidur malam.  Sekarang idzham siang dan berjalan-jalan dah tak pakai diapers, cuma malam kekadang dia terlepas juga.  


Barang keperluan baby yang beli di warehouse sale Hytex

Yang ini pulak baju-baju baby beli di JJ IOI Puchong


Haaaa....yang ini pilihan ayah.....cantik sungguh kain nya...

Buat masa ini, hanya inilah sahaja persediaan untuk menyambut kelahiran ahli keluarga baru kami.  Tak banyak jugalah beli, maklum dah anak ke lima, banyak lagi barang-barang seperti barut baby, bengkung ibu, kain lampin, baju-baju baby kepunyaan Idzham masih cantik dan boleh digunakan lagi.