Khamis, 23 Julai 2009

Happy Birthday Amerrul Firdaus

15 July 2009
Rabu


Hari ni merupakan hari jadi anak ibu dan ayah yang sulung, Amerrul Firdaus. Hari jadinya yang ke 10 tahun. Dah besar anak ibu dan ayah ni, makin handsome....

Disebabkan ibu masih dalam pantang, jadi tak der lah buat majlis sambutan hari lahir , cuma ibu order kek dengan kawan ibu iaitu Izan...dan kebetulan atuk pula ada kat rumah...so..cuma baca doa selamat dan potong kek jer lah. Ekceli ibu order sebiji kek dengan logo Kelab bola sepak Barcelona dan juga 50 biji cupcake. Malangnya cup cake lupa pulak ibu nak snap gambar.
Insya Allah ya...Firdaus...tahun depan kita akan sambut dan bua majlis Hari Lahir..mungkin sekali dengan majlis Hari Lahir Balqis lah...yerlah sama bulan kan.....

Sambutan Hari Lahir dengan Sebiji Kek , Cupcake sahaja...

Inilah rupa kek yang ibu tempah...

Birthday Boy sedang bersungguh memotong kek, siap pakai baju yang sama dengan logo kat kek tu...baju ayah beli dari Barcelona..
Atuk sedang membaca doa selamat

Suapan kek dari ayah untuk anak tersayang....

Jumaat, 17 Julai 2009

Nenek dan Atuk dah balik...

Jumaat 17 July 2009

Hari ini, pukul 3 petang ayah hantar atuk dengan nenek ke tempat yang telah dijanjikan dengan Teksi...kat TESCO Ampang. Asalnya nenek dan atuk nak balik semalam, tapi teksi yang ditunggu dari Maran, Pahang tak kunjung tiba. Hari ni bari dapat datang. Puas lah ibu dan ayah pujuk nenek dan atuk untuk tinggal lebih lama lagi, tapi yerlah..dah tahu atuk memang lorat nak tinggalkan rumah kat kampung tu. Nenek tak der masalah, ikut jer....

Sedihnya lah rasa, bila lah pulak nenek dan atuk nak datang ke rumah kita lagi......
Hari ni ibu dah habis bertungku, berurut, bertangas dan mandi air rebusan daun-daun. Alhamdulillah...segarnya rasa badan ibu. Malam tadi ibu demam dan sakit kepala...agaknya ibu tinggikan suara , maklumlah anak-anak lak puas dah ibu tegur tak juga dengar kata.....apalagi..pukul 8 malam, lepas makan malam, terus ibu masuk bilik...rasa nak demam dan sakit kepala. Atuk dah bising kat ibu...suruh biarkan ajer budak-budak..dah memang itu perangai budak-budak, jangan tinggikan suara sebab ibu masih belum kuat...tapi...itulah ibu tak tahan dengan jerit pekik anak-anak..dah lah hari dah malam....

Bila ayah balik.......ayah ambilkan ibu panadol dan segelas air..suruh ibu makan....alhamdulillah tak lama lepas tu...rasa macam dah lega sikit. Lepas tu, Balqis pulak buat hal, tak mau tidur..macam gelisah.....ayah pun dukung Balqis dan baca selawat serta ayat Kursi dan tiupkan pada Balqis...tak lama..atas dukungan ayah...Balqis tertidur dan bila letak jer...terus tidur....sedar tak sedar pukul 5 pagi baru Balqis bangun menyusu.

Rabu, 15 Julai 2009

Selasa, 14 Julai 2009

Baby Stroller & Car Seater

15 Julai 2009

Benda-benda ni Ayah dan Ibu beli pada 25/06/2009 semasa jualan kilang My Dear, yang terletak berdekatan dengan rumah. Walaupun kami ada stroller dan baby car seater tapi dulu beli yang murah jer, maklum la masa baru kawin, beli barang sekadar termampu.

Untung Balqis dapat baby stroller, tapi jangan jadi macam abang-abang dia dah la, semua tak mahu duduk dalam stroller, nak duduk pun kejap sangat.


Ini bila kedua-dua stroller dan seat dipasang sekali dan ditutup


Ini bila seat dicabut dari stroller

Birthday Gift - Amerra Balqis

13 Julai 2009

Terima kasih kepada semua yang menghantar hadiah, appreciate sangat.... kepada sesiapa yang beri hadiah tapi takde kat gambar ni, sorry ye sebab penat nak snap dah.... thanks.















Isnin, 13 Julai 2009

Penghargaan Buat Ayah

Entry ini ditujukan khas buat Ayah.....
Ibu cukup terharu dengan kesabaran ayah, kesungguhan ayah, dan keprihatinan ayah sepanjang usia perkahwinan kita. Semua ini, amat teserlah terutama ketika ibu mengandung dan melahirkan Amerra Balqis, kemudian sepanjang proses ibu berpantang. Walaupun kita ada pembantu rumah, tetapi ayah tidak meninggalkan bulat-bulat semua kerja kepada maid, sebaliknya ayah akan buat segala kerja yang selalunya ibu yang lakukan. Pagi-pagi ayah dah kejutkan anak-anak bangun tidur untuk ke sekolah, kemudian ayah siapkan dan pastikan baju anak-anak kemas dan pastikan anak-anak siap pada waktunya untuk ke sekolah. Jam 7 pagi, ayah hantar pula anak-anak ke sekolah.

Setelah itu, ayah balik dan mandikan dan siapkan idzham pula. Buatkan susu idzham, bangun tengah malam buatkan susu idzham. Kemudian setiap malam sebelum tidur ayah akan sapukan minyak panas di kaki ibu dan pakaikan ibu stokin. Pastikan semua keperluan untuk rumah, keperluan untuk Balqis dan segalanya lengkap. Sebenarnya banyak lagi yang ayah telah lakukan untuk memastikan semuanya berjalan dengan baik...

Ayah mengambil cuti selama 3 hari, untuk memastikan segalanya berjalan lancar, seperti memastikan pengangkutan anak-anak ke sekolah sewaktu ayah mula bekerja.

Semasa ibu dalam labor room....tak terkata terharunya ibu di atas layanan dan kehadiran ayah yang sentiasa di sisi ibu dari mula hingga lahirnya Amerra. Dengan kehadiran ayah, paling tidak dapat mengurangkan sedikit rasa takut dan rasa sakit ibu. Ayah sentiasa membacakan selawat, membacakan doa-doa dan yang penting tangan ayah sentiasa memegang ibu untuk memastikan ibu sentiasa tahu kehadiran ayah....

Alhamdulillah......syukur ke hadrat Allah....ibu dikurniakan suami semulia dan sebaik ayah, anak-anak ibu dikurniakan seorang ayah yang sebaik, semulia dan penuh tanggungjawab terhadap anak-anak. Terima Kasih ayah....di atas segala yang telah ayah berikan kepada keluarga kita......Percayalah ibu dan anak-anak sentiasa mendoakan kesejahteraan ayah dalam segala apa yang ayah lakukan..dan semoga ayah dikurniakan kesihatan dan umur yang panjang agar terus dapat menjadi suami yang baik kepada ibu dan ayah yang baik untuk anak-anak.....

Kami semua sayang sangat-sangat pada ayah......

Kronologi Kelahiran Amerra Balqis

Isnin-Rabu

Ibu dah mula rasa seolah-olah ada kontraksi yang agak perlahan tapi tidak kerap. Ibu tahu, ini merupakan tanda-tanda awal untuk ibu bersalin. Ayah dah mula risau dan sentiasa berpesan agar ibu segera menelefon ayah sekiranya tanda-tanda itu semakin kerap.

Khamis
Nenek menelefon dari Kampung bertanyakan tentang ibu, tentang kedatangan maid. Nenek dah mula risau bimbang jika sewaktu ibu bersalin tiada siapa yang menjaga cucu-cucunya yang lain. Jadi atuk dan nenek, mengambil keputusan untuk datang ke rumah kita pada hari esok nya Jumaat, tapi ayah kena jemput di tempat yang dijanjikan. Malamnya, ibu semakin rasa sakit dan kontraksi datang dengan agak kuat dan kerap, ibu bagitau ayah...mungkin ibu akan bersalin esok, so..ayah dah siap dan letakkan beg untuk ibu ke hospital. Malam tu, ibu tidur....tengah-tengah malam, hilang pulak kontraksi tu dan ibu dapat tidur lena hingga esok pagi.

Jumaat
Ibu masih lagi dengan rutin menjadi supir anak-anak ke sekolah. Tenghari tu, ibu cam dah tak larat nak turun dari kereta, tapi ibu gagahkan juga. Hasil dari berkat doa kepada Allah..agar dipermudahkan segala urusan, akhirnya pembantu rumah kita akan sampai pada pukul 10 malam nanti..dan tengahari pula atuk dan nenek akan sampai dari kampung. Alhamdulillah...lega sungguh hati ibu dan ayah....masalah di rumah dah dapat diselesaikan........

Sabtu
Tanda untuk ibu bersalin semakin banyak. Pagi ni, ayah bawa ibu dan anak-anak breakfast di luar dahulu sebelum menghantar ibu ke hospital Putrajaya. Dalam pukul 11 pagi, nak daftar masuk wad...ayah dimaklumkan wad bersalin penuh dan diminta datang pukul 12, di mana ketika itu, ramai yang akan discharge. Ayah dan ibu balik kerumah dahulu. Dalam pukul 11:30, ayah terima panggilan dari Hospital memaklumkan ada wad kosong..so ayah dan ibu pun bertolak ke hospital.

Pukul 1.00 tengahari - CTG dilakukan untuk memantau jantung baby. Alangkah risaunya hati ibu, bila nurse memaklumkan graf CTG tidak berapa bagus. Sepatutnya CTG dilakukan 10 minit, tetapi berlanjutan sehingga pukul 3 petang. Dalam pukul 4 petang ayah datang bersama anak-anak, dan ayah berjumpa doktor untuk mendapatkan maklumat berkenaan CTG. Alhamdulillah..Doktor memaklumkan...garf CTG ok...bagus..cuma mungkin pergerakan baby menyebabkan lost contact dengan alat CTG tu, menyebabkan graf menjadi putus-putus.

Malam itu, ibu tidur sensorang di Wad 2B katil 20 dalam keadaan sakit yang datang dengan agak kerap dan kuat. Pukul 2:30 pagi, ibu dikejutkan oleh Doktor untuk diperiksa pembukaan rahim. Rupanya dalam ibu sakit-sakit tu, dah buka 1 cm. Doktor memaklumkan kemungkinan ibu tidak perlu di induce sebab ibu sudah mula ada kontraksi. Kemudian dalam jam 6:30 pagi, sekali lagi ibu diperiksa dan sudah buka 2 cm, so..doktor decide ibu tidak perlu diinduce memandangkan ada progress, so..ibu akan bersalin secara semulajadi....alhamdulillah.

Ahad - 5 Julai 2009

Pukul 11 pagi, doktor memeriksa ibu,dan memaklumkan pembukaan servik dah 3 cm, dan doktor mengambil keputusan untuk pecahkan air ketuban untuk mempercepatkan proses bersalin. Sekali lagi hati ibu dilanda kebimbangan apabila doktor seakan terkejut abapila mendapati air ketuban ibu kuran dan tak banyak yang keluar. Walhal seminggu sebelum itu, Doktor ada memaklumkan bahawa air ketuban semua mencukupi.

12:00 tgh - Ketika ibu berada di atas wheel chair, ayah dan anak-anak sampai. Waktu itu, ibu sedang di ambil darah...hhuuhu...tak usah cakaplah sakitnya apabila di cucuk 2 tempat memandangkan urat untuk di cucuk susah nak dapat. Selepas ibu makan tengahari, ibu pun ditolak ke labor room dan ayah menghantar anak-anak balik ke rumah.

12:30 tgh - ayah masuk dalam labor room.....waktu ini, kontraksi datang dan ibu masih boleh bertahan, sambil berbual dengan ayah...

2:00 ptg - Sakit kontraksi dah tak tertahan, lepas tu grip air yang dimasukkan tidak berfungsi.....so..nurse terpaksa mencari saluran lain untuk masukkan air....aduhhhhh.......sakit lagi..tapi disebabkan kontraksi yang lagi sakit dari itu, tidaklah terasa apabila jarum panjang tu dicucuk kat tangan ibu. Waktu ibu, ayah tanya nurse berapa lama lagi perlu ibu menanggung sakit, Nurse maklumkan pukul 3;30 baru doktor akan masuk..bermakna doktor memmang menjangkakan 3:30 ibu akan melahirkan.....ya Allah tak tertanggung dah sakitnya....lagi 1 jam setengah, ibu perlu menghadapi sakit yang tidak tertanggung dah. Ayah sentiasa memberikan ibu kata-kata semangat di samping sering membacakan ayat yang dibekalkan oleh atuk sambil mengusap perut ibu....

2:30 ptg - ibu dah tertahan dah..sambil menangis ibu cakap pada ayah ibu nak czer sahaja...tak sanggup dah....dah menangis-nangis ibu menahan sakit...ayah sentiasa berada di samping ibu memberikan kata-kata semangat. Di sebabkan ibu dah cuba beberapa kali menyedut gas yag dibekalan untuk menahan sakit, tapi ibu masih tak dapat nak menyedutnya dengan betul...so...ayah meminta agar ibu disuntik dengan ubat penahan sakit. Tak lama lepas tu, nurse menyuntik ubat tahan sakit dan memaklumkan ubat ini akan menyebabkan ibu rasa mengantuk.

Lepas disuntik, ibu sudah mula rasa kesannya....terasa seperti gayang, mengantuk sangat....ayah sentiasa mengajak ibu berbual untuk mengelakkan ibu dari tertidur....sambil memejam mata..sambil ibu melayan pertanyaan ayah.......sedar tak sedar...ibu buka mata dan lihat jam 3:40....doktor dan nurse masuk ramai-ramai dan bersedia untuk menymabut kelahiran baby. Doktor memeriksa ibu dan mengatakan dah 8 cm pembukaan serviks ibu dan tidak lama lepas tu...doktor memaklumkan pembukaan serviks sudah pun mencapai 10cm...dan waktu ini, doktor dan nurse meminta ibu push....tapi...tiba-tiba tak rasa pula nak push.....siap ibu kata..nanti...tak ada rasa nk push....dengar sayup-sayup Doktor suruh push sebab bimbang baby lemas. Dalam bising-bising dengan suara nurse dan doktor..ibu dengar satu suara yang cukup bagi ibu semangat untuk push...suara Ayah...yang tak putus-putus memberi semangat.....dan tepat jam 3;50 petang akhirnya....keluarlah zuriat yang selama 9 bulan berada dalam perut ibu,..waktu ini..ibu dah tak kisah....bayi apa yang ibu lahirkan......apa yang ibu tahu...ibu terbaring longlai dan tiba-tiba dalam samar-samar...ibu ternampak wajah ayah dan suara ayah memaklumkan yang ibu dan ayah dapat anak perempuan.....ibu tersenyum sambil mengucapkan syukur alhamdulillah.....

Alhamdulillah, ibu tidak mengalami lekat uri seperti sewaktu ibu bersalinkan idzham. Proses untuk mengeluarkan uri berjalan lancar dan mudah. Ayah yang memang sejak kelahiran anak sulung hingga anak ke lima ini yang membersih dan menanam uri seperti yang telah diajar oleh bidan dulu. Ayah kata, alhamdulillah uri kali ni, senang untuk dibersihkan kerana tidak pecah dan tidak hancur seperti sewaktu ibu bersalinkan idzham dahulu.

Alhamdulillah.....syukur....segala usaha, doa, solat hajat ibu dan ayah serta atuk yang tidak putus-putus membuat solat hajat untuk ibu, dan doa dari rakan-rakan....proses bersalin kali ini berjalan lancar tanpa sebarang masalah dan segalanya berjalan lancar.

Ahad, 12 Julai 2009

Menyambut Kelahiran Amerra Balqis

12 Julai 2009

Sebelum ini memang tak berkesempatan nak cerita perihal menyambut kelahiran baby baru ni, maklum sahaja la bersalin dan dalam pantang ni bukan mudah.

Nenek dan Atuk datang dari Maran untuk menemankan Ibu, disebabkan khuatir tiada orang nak tengokan Ibu dalam pantang lepas bersalin. Mereka sampai dalam tengahari. Dalam masa yang sama Ayah memang dok cari maid untuk bantu Ibu berpantang, faham sahajala mother-in-law berniaga di Melaka dan my mom tidak sihat. Lebih-lebih lagi keputusan Kerajaan Indonesia untuk tidak benarkan pekerja Indonesia datang ke Malaysia sebagai pembantu rumah sehingga soal perundangan selesai. Pening kepala juga kalau fikirkan; Doktor kata ETA 04/07/2009, berkat doa, Allah permudahkan doa kami untuk dapat maid. Pada 03/07/2009 jam 10:20pm, Ayah mengambil maid dari KLIA.

Jadi dalam menyambut kelahiran baby baru ini, Atuk dan Nenek ada di rumah, begitu juga dengan maid yang kami bahasakan Bibik. Bibik ini berumur 36 tahun dan berasal dari Surabaya Indonesia.

Ibu Upgrade Notebook

12 Julai 2009

Sebelum ini Ayah belikan Ibu HP Mini Note 2133 yang menggunakan operating system Microsoft Windows Vista Home. Disebabkan performance mininote tu tak seperti yang diharapkan. Ayah telah dapatkan Ibu HP Mini Note 2140, dan Ayah telah berjaya install operating system Macintosh Leopard 10.5.7. Memang berbeza menggunakan operating system Mac ni terutama graphicnya,



Ekceli operating system leopard ni tak boleh diinstall secara terus dalam komputer yang sepatutnya running operating system Microsoft, but.... boleh kalau nak buat la. Memang best sebab semua devices boleh berfungsi dengan baik.



Macintosh ni memang tak keluarkan mininote, dan kalau nak beli notebook yang ringan dan portable seperti AirBook, harganya.. pergh! tak berbaloi, so kepada sesiapa yang berkeinginan boleh la mencuba, pasti suka.

Ahad, 5 Julai 2009

Menyambut Kelahiran Anak Ke 5

05 Julai 2009

Ini gambar anak-anak masa bersiap untuk melawat Ibu, Along takde dalam gambar sebab masih bersiap. Waktu melawat ialah pukul 12pm ke 2pm dan 4pm ke 8pm. Ayah belikan anak-anak buah tembikai sebelum bergerak ke Hospital.

Bila sampai hospital, Ibu dah duduk atas kerusi roda untuk dibawa ke labour room, so sempatla anak-anak jumpa Ibu. Lepas tu ayah terus hantar anak ke rumah. Ayah temankan Ibu sepanjang di labour room, dan Ayah berada di sisi Ibu sewaktu Ibu melahirkan baby kami.




Tepat jam 3:50 petang, kami dikurniakan seorang lagi cahaya mata. Doa ibu dan ayah selama ini makbul, Allah mengurniakan anak perempuan 3.43kg. Ibu melahirkan anak secara normal, setelah masuk labour room jam 12:30 tengahari. Kami bercadang untuk menamakan anak kami Amerra Balqis, mengikut sempena nama moyang sebelah Ayah. Nama ini dicadangkan oleh mertua.

Moga keluarga kami dirahmati oleh Allah dan diberi kesihatan dan kebahagiaan hendaknya. Amin.

Atas permintaan kawan-kawan ibu, ini gambar puteri kami yang kami panggil 'Amy'






Baju kaler coklat gara-gara tak confident anak pompuan.... syukur dapat baby girl, thanks kepada semua yang mendoakan saya.





Amacam... mancung tak hidung saya....