Isnin, 13 Julai 2009

Penghargaan Buat Ayah

Entry ini ditujukan khas buat Ayah.....
Ibu cukup terharu dengan kesabaran ayah, kesungguhan ayah, dan keprihatinan ayah sepanjang usia perkahwinan kita. Semua ini, amat teserlah terutama ketika ibu mengandung dan melahirkan Amerra Balqis, kemudian sepanjang proses ibu berpantang. Walaupun kita ada pembantu rumah, tetapi ayah tidak meninggalkan bulat-bulat semua kerja kepada maid, sebaliknya ayah akan buat segala kerja yang selalunya ibu yang lakukan. Pagi-pagi ayah dah kejutkan anak-anak bangun tidur untuk ke sekolah, kemudian ayah siapkan dan pastikan baju anak-anak kemas dan pastikan anak-anak siap pada waktunya untuk ke sekolah. Jam 7 pagi, ayah hantar pula anak-anak ke sekolah.

Setelah itu, ayah balik dan mandikan dan siapkan idzham pula. Buatkan susu idzham, bangun tengah malam buatkan susu idzham. Kemudian setiap malam sebelum tidur ayah akan sapukan minyak panas di kaki ibu dan pakaikan ibu stokin. Pastikan semua keperluan untuk rumah, keperluan untuk Balqis dan segalanya lengkap. Sebenarnya banyak lagi yang ayah telah lakukan untuk memastikan semuanya berjalan dengan baik...

Ayah mengambil cuti selama 3 hari, untuk memastikan segalanya berjalan lancar, seperti memastikan pengangkutan anak-anak ke sekolah sewaktu ayah mula bekerja.

Semasa ibu dalam labor room....tak terkata terharunya ibu di atas layanan dan kehadiran ayah yang sentiasa di sisi ibu dari mula hingga lahirnya Amerra. Dengan kehadiran ayah, paling tidak dapat mengurangkan sedikit rasa takut dan rasa sakit ibu. Ayah sentiasa membacakan selawat, membacakan doa-doa dan yang penting tangan ayah sentiasa memegang ibu untuk memastikan ibu sentiasa tahu kehadiran ayah....

Alhamdulillah......syukur ke hadrat Allah....ibu dikurniakan suami semulia dan sebaik ayah, anak-anak ibu dikurniakan seorang ayah yang sebaik, semulia dan penuh tanggungjawab terhadap anak-anak. Terima Kasih ayah....di atas segala yang telah ayah berikan kepada keluarga kita......Percayalah ibu dan anak-anak sentiasa mendoakan kesejahteraan ayah dalam segala apa yang ayah lakukan..dan semoga ayah dikurniakan kesihatan dan umur yang panjang agar terus dapat menjadi suami yang baik kepada ibu dan ayah yang baik untuk anak-anak.....

Kami semua sayang sangat-sangat pada ayah......

4 ulasan:

Mama Edd berkata...

Hehe... best la kak ieda dpt hubby mcm En.Leman... :) pantang kt cni ek? biler la dpt g tgk baby amerra...

zahidah berkata...

Hehehe...ha ah la Edd...syukur alhamdulillah...
ha ah..akak pantang kat sini...
datanglah bila senang....

~sall berkata...

alhamdulillah, ko dpt suami yang baik.teruje aku d buatnya...

ummu Masyitah berkata...

tahniah dapat new baby dan syukur dapat suami yang memahami dan epnyayang.susah tu nak cari...