Ahad, 30 Ogos 2009

Dad & Balqis

30 August 2009

Ayah dan Balqis......santai-santai sementara menunggu waktu berbuka....



Khamis, 27 Ogos 2009

Duit baru.

Bagi yang kat luar sana....mesti fikir..alaaaa.....orang dah lama dapat duit ni, tak heran dah. Tapi bagi ibu, ini pertama kali ibu pegang dan lihat duit RM50 yang baru. Malam tadi ayah bagi kat ibu .......

Yerlah selama ni..ibu cuma shopping online, bayar segala bil dan ansuran semua secara online. Pergi shopping pun dengan ayah, ayah pulak guna credit card. Kalau beli barang sikit-sikit tu, ayah yang bayar. So mana lah ibu tahu dah ada duit baru...


Idzham demam

Ni sebenarnya minggu lepas punya, waktu ni, idzham demam... tengoklah muka dia...lemah longlai jer .Waktu ini, idzham, balqis dan ibu tunggu dalam kereta sewaktu ayah menunggu giliran idzham untuk jumpa doktor di klinik . Yerlah, maklum sekarangkan musim wabak H1N1, so...tak beranilah nak tunggu lelama dalam klinik tu, dah lah ramai sangat orang.
Ini pulak Balqis, tengah tidur. Sebenarnya, ibu nak jumpa doktor sebab batuk ibu yang masih belum sembuh. Tapi, bila sampai jer, rupanya bukan Doktor Nor Billa, so..tak jadilah ibu nak jumpa doktor, ayah cuma ambilkan ubat untuk ibu jer. Ohhh ya..baju dan seluar yang balqis pakai tu, adalah hadiah dari Aunty Aen....umi pada Cinta.....cantik tak...
Ini gambar terbaru Balqis, dah habis pantang, so..ibu pakaikan balqis baju dan seluar pendek....bimbang anak ibu panas.

Selasa, 25 Ogos 2009

Kad Ramadhan Dari Amida



Inilah Ramadhan e-card dari kawan maya ibu..Amida yang kini menetap di Dubai...thanks yer mida.....

Isnin, 24 Ogos 2009

Kadar Zakat Fitrah

24 August 2009

Zakat Fitrah bermaksud zakat diri yang diwajibkan ke atas setiap individu muslim lelaki dan perempuan dalam bulan Ramadhan mengikut syarat-syarat yang ditetapkan.

Daripada Ibn Abbas berkata : Rasulullah s.a.w memfardhukan zakat fitrah supaya dengannya membersihkan jiwa orang yang berpuasa daripada perkara yang sia-sia dan memberi makan kepada orang-orang miskin. Barangsiapa yang menunaikannya sebelum solat hari raya maka ia adalah zakat yang diterima dan barangsiapa yang menunaikannya selepas solat hari raya maka ia adalah sedekah seperti sedekah-sedekah biasa yang lain.

Sempena bulan Ramadhan yang mulia ini, semua umat Islam wajib membayar zakat fitrah. Untuk memudahkan semua, ini merupakan jadual kadar zakat fitrah yang ditetapkan oleh Jabatan Agama Islam di negeri masing-masing:

RM5.00/RM7.50 - Johor
RM7.00 - Kedah
RM6.90 - Kelantan
RM6.30 - Melaka
RM6.50 - Negeri Sembilan
RM7.00 - Pahang
RM7.00 - Perak
RM6.00 - Perlis
RM7.00 - Pulau Pinang
RM6.60 - Sabah
RM6.00 - Sarawak
RM7.00 - Selangor
RM5.00/RM7.00/RM8.00 - Terengganu
RM7.00 - Wilayah Persekutuan

Diingatkan bawa wang secukupnya ke kaunter zakat, kesian pada Amil jika kita beri duit besar. Kalau bawa secukupnya, ia akan memudahkan semua.

Nilaian zakat dalam matawang adalah berubah dari semasa ke semasa bergantung kepada harga beras (makanan asasi) yang dimakan oleh kebanyakan penduduk Islam di sesebuah negeri, dengan kadar 2.60 kilogram.

Hukum Waktu Zakat Fitrah:
1. Waktu Harus - bermula dari awal bulan Ramadhan sehingga akhir bulan Ramadhan.
2. Waktu Wajib - selepas terbenam matahari pada akhir bulan Ramadhan.
3. Waktu Afdhal - selepas solat Subuh pada hari akhir Ramadhan sehingga sebelum mengerjakan sembahyang sunat Aidil Fitri.
4. Waktu Makruh - selepas sembahyang sunat Aidil Fitri sehingga sebelum terbenam matahari.
5. Waktu Haram - selepas terbenam matahari pada hari raya Aidil Fitri.

Lafaz Zakat Fitrah:
1. Lafaz untuk diri sendiri:
Inilah wang bagi menggantikan beras fitrah yang wajib ke atas diriku pada tahun ini kerana Allah Ta’ala.
2. Lafaz untuk diri sendiri dan tanggungan:
Inilah wang bagi menggantikan beras fitrah yang wajib ke atas diriku dan tanggunganku pada tahun ini kerana Allah Ta’ala.
3. Lafaz bagi pihak:
Inilah wang bagi menggantikan beras fitrah yang wajib ke atas pihak yang aku wakili ...... pada tahun ini kerana Allah Ta’ala.

Award dari Kak Eja




1. Kenapa korang rase korang patut dapat award ni.???

entah ek.....sebab kak eja menghargai eidaice sebagai sahabat barunya .....TQ kak eja......;-)

2. Ucapkan penghargaan korang pada sape setelah terima award ini.

Terima Kasih kepada kak eja kerana nama eidaice tersenarai untuk terima award ni.....sayang kak eja....

3. Korang wajib bagi pd 10 orang penerima award ini plak.

1- Mas-ujin comeyyy
2- Aen - umi cinta...
3- Mezah - mama yang brutal...heehhee
4- Wana - umi pada zara yg comelll
5- Tasya - wanita serba boleh
6- Fizanwanpani - ini pun wanita serba boleh....

yang lima orang lagi....tak kiralah pada sesiapa yang masuk blog ini dan menganggap eidaice sbg sahabat mereka...sila lah ambil yer....

Terima Kasih.......Sayang semua...

Ahad, 23 Ogos 2009

Terawikh di Malam Pertama

21 Ogos 2009
Jumaat




Malam ini merupakan malam pertama umat Islam bertarawikh. Jadi anak-anak ibu dan ayah bersemangat nak pergi terawikh termasuklah Idzham. Yerlah..si comel tu mana tau apa itu terawikh, tengok abang-abangnya bersiap dia pun samalah menyibuknya, dengan berbaju melayu , bersongkok dan siap bersampin lagi. Cuma waktu nak pergi tu, dia minta ibu bukakan sampinnya. Kalau ikutkan ayah tak bagi idzham ikut, takut dia menangis nak ajak balik, tapi kesian pulak dia dah bersiap, kena lah bawa juga.




Ayah dan anak-anak bersembahyang di Masjid Bukit Puchong 2. Lebih kurang pukul 10 malam, ayah dan anak-anak balik. Ibu sangkakan dah siaplah solat terawikh, rupanya-rupanya masih belum habis. Idzham sudah menangis ajak ayah balik. Pukul 10 malam sewaktu ayah dan anak-anak balik, baru masuk 4 rakaat sembahyang terawikh, Lamanya, ibu kata...baru 4 rakaat....kalau tempat lain, 9:30 kadang-kadang sudah habis solat. Ayah kata, selepas Isyak ada tazkirah ..adalah dalam 20 minit, lepas tu, Imam pulak baca surah yang panjang....so..itu yang lambat. Nak tak nak ayah terpaksa lah balik walaupun belum habis solat....sambung kat rumah sahajalah jawabnya.




Khamis, 20 Ogos 2009

Alhamdulillah..Ramadhan Menjelma


SALAM RAMADHAN

Kami Idaman Family mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak kepada semua pengunjung blog kami. Semoga Ramadhan kali ini akan kita penuhi dengan amalan dan menginsafkan diri kita dan seterusnya kita dapat menghayati kelebihan dan hikmah di sebaliknya. Semoga ibadah puasa kita akan mendapat ganjaran terbaik dariNya.

Nabi Muhammad s.a.w. memperincikan kepentingan Ramadhan seperti berikut:

"Hai manusia! Telah datang kepada kamu satu bulan yang mulia, bulan rahmat... dimana bulan ini mewajibkan kamu berpuasa di siang hari dan sukarela bersolat pada malamnya. Barangsiapa yang mendekati Allah dengan melakukan segala amalan sunat di bulan ini akan menerima ganjaran seperti melakukan amalan wajib di lain hari. Ini merupakan bulan kesabaran dan kesabaran itu imbuhannya syurga. Ini juga bulan sedekah dan bulan dimana rezeki orang beriman bertambah..." (Diriwayatkan Ibn Khuzaymah).

Berpuasa menjadi peluang keemasan bagi orang beriman yang benar-benar takutkan Allah dan kesempatan dimanfaatkan untuk mendekatkan diri pada-Nya. Melaksanakan perintahnya dengan bersabar menahan lapar sepanjang hari selepas melewatkan sahur dan sebelum menyegerakan berbuka menjadi bukti menuntut keredhaan Allah. Disebabkan itulah, orang Islam yang istiqomah mencari keredhaan Allah akan meraikan bulan ini dengan penuh kesyukuran dan kegembiraan. Sepanjang bulan ini juga umat Islam akan memastikan setiap langkahnya dipenuhi dengan amalan-amalan yang diturunkan Allah selain menunaikan yang diwajibkan.
(sumber : http://www.harunyahya.com/malaysian/artikel/ramadan.php)

SELAMAT BERPUASA....JANGAN LUPA TUNAIKAN SOLAT TERAWIH DAN BAYAR ZAKAT TAU........

Rabu, 19 Ogos 2009

Senyuman Balqis

19 Ogos 2009

Pagi ni, waktu Balqis bangun tidur, ibu panggil nama Balqis.....ceria nampak anak ibu ni, terus tersenyum. Sudah beberapa hari Balqis dah pandai senyum bila dipanggil, tapi sekejap jer. Kali ni banyak kali pulak Balqis tersenyum, so sempatlah ibu snap gambar Balqis. Waktu ni Balqis belum mandi pagi lagi...heheheh...tapi, tak apa tak mandi pun comel juga.



Khamis, 13 Ogos 2009

H1N1

Sumber ini diperolehi dari Forum WMDC, yang di postkan oleh salah seorang forumer.


Apa itu H1N1?


viral novel influenza type A H1N1. ianya berasal dr virus avian flu (selsema burung H5N1) yang telah menjangkiti babi @ khinzir dan telah bergabung dengan swine flu (yg sepatutnya hanya menjangkit ternakan babi sahaja) dan telah evaluasi (mutasi) untuk penyesuaian diri di dalam 'host' yg lebih tinggi di dlm rantaian makanan @ manusia. dan semasa di dlm badan manusia, sekali lagi ia berevolusi supaya ia menjadi 'air born' dan menjangkit dr manusia kpd manusia.

jangka hayat virus

oleh kerana ia adalah virus yg air born, ia hanya boleh bertahan di udara selama 2 hingga 8 jam sahaja . jika selepas tempoh tersebut ia idak mendapat perumah @ host( badan manusia) ia akan mati. maka bilik yang dibiarkan selama 24 jam dengan air ventilation yg baik....akan 'bersih' dr virus tersebut.

apa yg perlu tahu

asal virus ini

sebenarnya telah terdapat outbrake di US sebelum terjadi outbrake di mexico tp tidak dilaporkan kpd WHO. kemungkinan outbrake ini telah dikesan dan US mahu 'baling batu sembunyi tangan' lalu tercetus la outbrake di mexico .

virologi virus H1N1

incubation period yg singkat pada purata 2 hari dgn julat 1 - 4 hari
ini bermakna ia cepat menyerang badan manusia setelah ia menjangkit pesakit
pesakit akan menunjukkan simptom selepas 1 hari dijangkit paling cepat dan selewat2nya hari ke-4
H1N1 sebenarnya adalah selsema biasa namun kpd pesakit yg berisiko, ia dapat membunuh. jika pesakit adalah seorang yg normal, ia hanya akan memberi kesan seperti demam selsema biasa dan batuk.

cara serangan

virus ini boleh disebarkan melalui batuk, bersin dan percakapan
virus ini akan menyerang sistem pernafasan ( seperti selsema burung dan SARS)
peringkat awal, ia hanya pada 'trakea' jika tidak mendapat rawatan awal, ia akan menyerang paru2 dan boleh menyebabkan kematian akibat 'lung collapse'
ia amat merbahaya kpd golongan yg berisiko tinggi


Siapa yang berisiko:-
1 orang yg ada masaalah 'obesiti' @ gemuk
2 perempuan yg mengandung
3 orang yg ada astmatic
4 orang2 yg bermasalah dgn sistem imunisasi ( menjalani 'operation yg besar', kanak2 yg belum cukup suntikan imunisasi, golongan2 yg rendah tahap imuniti eg. HIV ext.)

* kematian yg telah dilaporkan terdiri drpd golongan2 di atas

Simptom2

day 1 = rasa kurang sihat, tak bermaya
day 2 = selsema, batuk dan demam yg kekal ( demam tidak turun walaupun telah mkn ubat demam)
day 3 = rasa kurang selesa di bahagian dada dan sesak nafas
day 4 = sakit dada yg teruk.........jumpa doktor dngan segera.......
day 5 and above = lung collapse @ koma



Langkah2 kawalan

1. golongan2 yg berisiko, elakkan drpd kesesakan ( kawasan yg padat dgn orang ramai)

2. menjaga kebersihan diri, basuh tangan selalu dan dgn betul, jaga kebersihan rumah dan persekitaran.

3. elakkan diri jika terdapat 'orang batuk, bersin dan kurang sihat'.

4. jika kurang sihat, elakan diri dr beraktiviti (sosial dan berkumpulan).

5. jika kurang sihat dan ada ILI ( influenza light illness @ selsema biasa) jgn hadirkan diri di kawasan orang ramai. jika terpaksa, pakai 'mask' (sekurang2 nya 3 ply mask).

6. utk org yg sihat, elakkan dr kawasan yg padat.


7. jika ada tanda2 simptom diatas, segera ke hospital untuk pemeriksaan dan rawatan.
8. jika sihat, jgn ke hospital atau klinik utk 'checkup' kerana di kawasan tersebut mengandungi bnyk virus.

9. tak perlu ambil anti-viral @ apa2 ubt influenza!!!!!!!!!!. jika sihat dan mengambilnya, akn mengakibatkan resistan kpd vaksin @ ubt2 untuk merawat jika terkena jangkitan. ini adalah kerana berlakunya resistansi virus terhadap persekitaran badan yg telah mengambil ubt2 tersebut terlebih awal.

10. vaksin hanya akan 'wujud' seawal2nya pada oktober dan hanya utk 'frontliner' shj. dan utk awam selewat2nya pada 2010.

11. utk makluman, influenza test hanya dijalankan di 2 makmal shj di malaysia . mengambil masa 6 jam utk run test kpd 1 batch sample. jika klinik menyatakan mereka boleh jlnkan ujian, itu tidak betul. tak perlu ambil suntikan seasonal influenza kerana ia tidak berkaitan.

12. tahap kesedaran dan pengetahuan yg tinggi amat perlu utk kita sama2 menghadapi outbrake ini. sama2lah kita berdoa kpd ALLAH s.w.t agar bala ini cepat berlalu.

Amin.
ini adalah sumber dr taklimat H1N1 oleh pengarah kawalan penyakit berjangkit dr kem. kesihatan m'sia
di pan pasific klia pada 01.08.2009.

Sabtu, 8 Ogos 2009

Ayah melayan anak-anak

7 Ogos 2009
Jumaat

Hari ni ayah balik cepat dari UITM. Sebenarnya ayah ambil cuti dua minggu untuk cuba menumpukan menyiapkan thesis untuk Ph.D ayah. Ayah akan pergi ke UITM dari pagi hingga ke malam. Tetapi hari ini ayah balik ke rumah dalam pukul 6 petang. Apalagi anak-anak ambil kesempatan untuk mendapat perhatian ayah.

Selepas makan malam, Idzham minta ayah bersihkan kuku dia,walhal ibu dah potongkan kukunya, tapi Idzham suka sangat kalau ayah bersihkan dan asah kuku dia. Ayah pun memang rajin melayan kerenah idzham ni. Tengoklah gambar kat bawah ni, asyik jer idzham bila ayah membersih dan mengasah kukunya.





Ini pula Balqis, terlentok dia tidur bila ayah dukung macam tu, Balqis memang suka kalau di dukung macam tu sampai tertidur, tapi...bukan semua orang dia boleh tidur macam tu. Biasanya kalau ayah yang dukung macam tu baru dia lena.



Anak ayah........


Ini pulak, waktu ayah sedang meriba Balqis, ayah dapat panggilan telefon....hahahaha...sampai terliuk lentok anak ibu atas ayah....yerlah pegang sebelah tangan.

Lawak pulak muka anak ibu ni......


Khamis
6 Ogos 2009


Gambar ini diambil sejurus selepas Balqis di cucuk untuk sebulan. Waktu dicucuk tu, menangis lah anak ibu ni. Sampai rumah jer terus dia tidur. Suntikan untuk sebulan ayah dengan ibu bawa Balqis ke Klinik Medi-Nur, di mana Doktor Noor Bila yang menyuntik Balqis.

Selasa, 4 Ogos 2009

Balqis di Usia 1 bulan

5 Ogos 2009

Hari ini genaplah usia Puteri ibu..AMERRA BALQIS menginjak usia 1 bulan. Rambut masih belum bercukur lagi.....bilalah agaknya yer rambut anak ibu ni nak di zasss kan......Balqisssss......tanya ayah....."ayah...bila rambut balqis nak di cukur ni, rimas lah ayah...dah panjang dah ni....." Sekarang style Balqis tidur...dia suka kalau kita dukung dia di bahu....lepas tu mesti lena punya......tapi....waktu tidur Balqis yang selagi tak pukul 11 lebih malam, selagi tulah tak tidur dengan lena...mesti kejap tidur..kejap bangun....kekadang ibu pun tak sedar bila waktunya Balqis terlena.





Satu lagi, abang-abangnya suka sangat mencium Balqis, sampai naik rimas Puteri ibu ni. Tiap kali nak pakai baju selepas mandi, dengarlah suara Balqis menangis menjerit-jerit...gelabah ibu nak cepat siapkan Balqis.