Rabu, 30 September 2009

Apa cerita di sebalik baju raya ibu....


Raya tahun ni..memang ibu betul-betul gerammmm dengan tukang jahit ni. Memanglah ibu kenal dengan dia ni..eh...tak der lah kenal...tapi kiranya dia ni sekampunglah dengan ayah...., dan juga dia ni pun peniaga online di tutttttt.......nak sebut gak ker...


Ceritanya macam ni, tukang jahit tu kata, dia boleh terima tempahan lagi sebab dia baru jer dapat pembantu, ok lah...hari pertama puasa, ibu pun dari Puchong ni bersama ayah dan anak-anak pergilah kedai dia.....dah bincang bagai nak baju cemana, dah ambik ukuran bagai...ok lah....katanya nanti dah siap dia akan sms, atau pm...hahahha..pm..tau jerlah kat mana kan....


Tunggu punya tunggu...minggu kedua terakhir puasa tu ibu sms lah tanya...jawapannya "insya Allah kak, baju akak siap minggu depan"..lega hati ni....sebab ibu tak beli baju raya tau....., then minggu terakhir hari rabu, ibu sms lagi tanya...masa tu petang...dia call kata " kak, tukang jahit saya kata, baju kaler merah tu tak dapat buat baju kurung pahang lah, sebab tak cukup 2 meter bahagian bajunya , kalau buat baju kurung biasa oklah"......ibu pun cakap " tak perlah, baju kurung biasa pun ok la janji siap, yang penting baju kaler hijau tu tau, sebab nak sedondon dengan suami"...dia kata " ok kak"


Pagi esoknya, ibu terima sms " kak, dua-dua baju tu tak cukuplah unntuk buat baju, tak potong lagi"..ibu dah mula pelik...sebab apa tau...kain yang sama paten, beli dari kedai yang sama cuma kaler jer lain....tapi ibu hantar pada tukang jahit lain...boleh pulak dibuat baju..baju kurung pahang lagi...dan dah siap pun.....


Yang buat ibu rasa cam nak naik angin tu ialah....kenapa diberitahu saat akhir, kenapa masa ibu tanya dua minggu sebelum raya tu tak cakap, dan kenapa asalnya kata boleh buat baju kurung biasa tup tup tak boleh langsung...gemuk sangat ke ibu ni rasanya tidak..bukan rasa lagi, ibu ni kategori kurus juga lah....bila ibu sms tanya last-last minute tu baru nak tanya pada tukang jahit , sesebelum tu...???????...kalau ibu tak tanya agaknya...sudahnya didiamkan terus agaknya. Apa yang ibu rasa, ialah..agaknya bukan tak cukup kain, tapi tak sempat siap agaknya atau salah potong kot....tak per tengoklah nanti kalau kain tu sampai ke tangan ibu....


Ayah pun bengang gak lah..yerlah ayah beli baju melayu hijau sebab nak sedondon dengan ibu. Kerana kasihan kan ibu, hari jumaat tu, ayah naik LRT lagi pergi ke Jalan TAR....cari punya cari..yerlah nak match dengan kaler baju ayah..susah lah nak cari dah la tu last minute pulak. Ibu pulak pakai size S, kebanyakkan yang ada size L, size XL. Akhirnya dapat jugalah walau pun tidaklah betul-betul macth, cuma senada dan seirama...bolehlah kiranya tu...


So..ibu cakap dengan peniaga a.k.a tukang jahit tu...tak apalah..ibu nak semula tiga pasang baju ibu tu, tak payah lah jahit, ibu suruh hantar kat rumah mak...pun dia tak dapat hantar...sedangkan ibu bagitau petang khamis tu...dia lak nak balik kampung tenghari jumaat tu, walhal kedai dan rumah mak bukannya jauh pun dengan rumah dia..setaman tauuuuuu......


gitulah kisahnya baju raya ibu tu...memang tak puas hati betul....sampai la ni peniaga tu langsung tak minta maaf ker, atau tak maklumkan sama ada dah hantar ke belum baju tu......macam ni ker peniaga yang jujur dan bertanggungjawab......macam mana melayu nak maju kalau macam inilah sikap dorang..haaaaaaa..mula lah nak membebel ni...sabar jerlah.....

Selasa, 29 September 2009

Hari Raya Aidilfitri

Selasa - Hari raya Ketiga
Ada sedikit jer gambar, ni masa hari raya ketiga di Pahang, rumah kakak ibu atau mak uda pangillan untuk anak-anak ibu.
Rafique bersama sepupunya Fatin Nabila


Rafiq sibuk melihat mak udanya mesin kelapa, al maklum dia mana pernah jumpa benda alah tu
Anak-anak ibu sibuk bermain dengan sepupunya...suka bila tengok mereka ni berkumpul ramai-ramai dan bermain sama, time raya nilah mereka dapat berkumpul



Idzham....time abang-abangnya bermain, dia sibuk termenung kat tepi tingkap...



Ini jerlah gambar raya buat kali ini. Gambar time Hari Raya Pertama, akan menyusul kemudian....

Isnin, 14 September 2009

Balqis....

Balqis...ketika dalam baby carseat...waktu ni dia sedang "berbual" dengan ayah..macam-macam riak muka dia buat...





Ragam anak-anak

Sebenarnya gambar ni kalau tak silap ibu, 2 minggu lepas punya..tapi sebab kemalasan melanda untuk update blog ni maka gambar tu pun bersaranglah dalam handphone ibu. Baru hari ini lah setelah anak-anak ibu sembuh, baru ibu bersemangat untuk update semula.

Idzham bersama mainan yang ayah belikan....



Ini idzham tengah khusyuk menmasang mainan, sampai keluar muncung dia....



Ini anak-anak ibu sibuk mengacau ibu waktu ibu sibuk memasak untuk juadah berbuka puasa...


Anak bujang ibu membantu ibu membasuh pinggan sampai basah-basah baju...

Rabu, 9 September 2009

Sakit Perut


11 September 2009

Agak-agaknya kan...sesiapa yang datang menziarahi blog ni mesti boring jer dengan cerita yang sama ek...tak ada lah bukannya apa....ibu dan 3 orang anak-anak ibu diserang sakit perut selama 5 hari, dengan cirit biritnya dengan sakit perut yang teramat sakitnya.

Bermula dengan Rafique, lepas tu angah, ibu dan seterusnya Firdaus. Mula-mula anak-anak ibu dah sembuh, cuma tinggal ibu jer yang masih kronik berulang kali gi toilet sampai rasa cam dah tak larat nak melangkah. Makan ubat pun still tak ok lagi. Bila ibu dah mulai sembuh angah dan rafiq kembali sakit perut dan buang-buang air. Makan ubat sampai habis ubat pun tak sembuh lagi.

Pagi ini, ayah bawak lagi anak-anak ke klinik dan terus doktor kasi surat untuk refer ke hospital. Memandangkan ayah pulak perlu ke Mersing, ayah minta ibu pantau keadaan anak-anak dan ayah belikan air 100 plus. Sekiranya hari ini anak-anak ibu sembuh,tak perlulah ke hospital esok, kalau tidak terpaksalah juga admit ke hospital.

Tengahari, ibu masakkan bubur dan sup ayam untuk anak-anak. Tak tahulah macam mana keadaan anak-anak. Ibu doakan agar anak-anak ibu sembuh cepat dan kembali ceria, tidak perlu lah ibu dan ayah risau lagi.....nak raya pulak ni.

Harapan ibu agar semua yang membaca blog ini sama-sama mendoakan agar anak-anak ibu kembali pulih sepenuhnya. Terima kasih didahului atas doa kalian semua.