Rabu, 21 Oktober 2009

Happy Brithday Rafique -20 Oktober

21 Oktober 2009

Semalam merupakan birthday anak ibu yang no 3 atau panggilan dalam family Uda. Amerrul Rafique telah genap menginjak ke usia 6 tahun pada hari semalam tanggal 20 Oktober 2009. Dalam lima orang anak ibu, uda lah yang ibu lahirkan melalui ceaser. Rafique telah dilahirkan di Hospital Selayang pada 20 Oktober 2003 yang jatuh pada hari isnin kira-kira seminggu lagi umat islam akan menyambut ketibaan Ramadhan. Waktu itu kita menetap di Sri Damansara (SD11/2F).
Ibu telah menempah kek upin dan ipin seperti permintaan Rafique, dan hantar ke sekolah bersama kira-kira 50 goodies bag. Rafiq menyambut hari lahirnya bersama-sama dengan rakan sekolahnya.

Inilah Amerrul Rafique...seorang budak yang manja, walau nampak dia ni pendiam, tapi dalam diam-diamnya mesti ada jer kerja yang dia buat..so..memang sellau kena lihat apa yang dia buat.

Inilah kek upin dan ipin yang ibu tempah dengan Kak Ram dr WMDC. ambil gambar dari atas,so tak nampak angka 6.

Ibu dan ayah mendoakan agar anak ibu dikurniakan umur yang panjang, diberi kesihatan yang baik, menjadi orang yang berguna dan paling penting ibu dan ayah doakan agar anak ibu menjadi orang yang soleh dan taat kepada Allah dan menjadi seorang yang berjaya di dunia dan akhirat...aminnnn.....

Isnin, 19 Oktober 2009

Seiras...





Agak-agakkan....ada iras tak gambar 1-2 dgn gambar ketiga tu....?
Hmmm...gambar pertama dan kedua milik balqis....dan yang last tu gambar idzham ketika berusia 3 hari kot kalau tak silap...
Ramai yang kata balqis seiras Idzham...yer la kot..ada sikit-sikit ker memang seiras, rambut jer lebat balqis...

Lagi gambar Balqis...

19 Oktober 2009

Ini pula gambar balqis waktu duduk dalam stroller dan bawa dia ke taman ambil angin di waktu petang.
Layan jerlah gambar balqis yer.....

Open house rumah kawan ibu

17 Oktober 2009

Raya kali ini banyak betul dapat undangan Open House, sampai tak tahu nak pergi yang mana satu, terpaksa budget masa untuk memenuhi smeua undangan. Hari ni kita sekeluarga pergi ke rumah kawan ibu Kak seha di Taman Johan Setia Klang.

Balqis bersama Aunty Ujin

Balqis dah start menangis, waktu ni ibu tengah makan, aunty ujin tolong jaga jap

Ni pulak, balqis bersama aunty wana

Ibu meriba Zara, anak aunty wana

Bersama kawan-kawan ibu, yang kiri sekali itulah tuan rumah

Haaaaa...comelkan dua-dua ni, balqis dengan aunty ujin yang memang cute

Ini pulak balqis dengan aunty Flora.....bila nk merasa nasi minyak aunty ni...

Ibu bersama kawan-kawan De Royal Anggerik.

Khamis, 15 Oktober 2009

Decoupage lagi...

14 Oktober 2009

OK...ini hasil decoupage yang telah siap sepenuhnya, budak baru nak melangkah ke alam decoupage ni, ini lah hasilnya...




Yang ini, belum di varnishkan lagi, sebab nak tambah wording kat tengah-tengah tu...

Isnin, 12 Oktober 2009

Hasil Decoupage terdahulu

Ini antara hasil decoupage terdahulu ibu....




Decoupage

12 Oktober 2009

Kalau ikutkan dah lama ibu melibatkan diri dalam seni decoupage ni, lama pun tak der la lama sangat...setahun lebih kot....tapi bila ibu start pregnantkan Balqis..segala minat ibu..untuk decoupage dan sulaman reben terus terkubur macam tu saja.

Jadi, ibu sekarang baru nak mulakan semula minat ibu ni, untuk permulaan ibu mulakan decoupage dahulu, dan selepas itu baru lah sulaman reben.

Bawah ni, antara projek terbaru ibu, belum pun siap sepenuhnya...belum divarnish kan lagi pun...


Ini asalnya bekas kuih raya, ibu dah ketandusan idea nak sudahkannya, nampak macam kosong kan ....ada idea tak nak tambah apa-apa untuk kasi lagi umphh....sebab tu..semua ni tak varnish lagi...bimbang kot nak tambah apa-apa...


Ini antara barang-barang yang masih belum dapat idea lagi nak hias macam mana...puas dok belek tisu yang ada....


Ini antara yang dah siap, cuma belum divarnishkan lagi....

Aksi Terbaru Balqis

12 Oktober 2009


Layan jer lah gambar-gambar balqis ni....sekarang balqis suka main air liur, jelir-jelirkan lidah dia dan cebikkan bibirkan dia.....

Dah 3 bulan lebih dah puteri ibu ni. 10 Oktober lalu, Balqis telah pun bersunat di Klinik Dr Nur Billa dan cucuk untuk 3 bulan sekali. Balqis punya menangis, aduhaiii....sampai tak keluar suara, ayah tak sanggup dengar balqis menangis, ibu pula tak sanggup nak tengok balqis waktu tu, dengan menangis kuat sambil geleng kepala.

Kesian anak ibu yer....manakan tidak, buat sekali harung, cucuk dan bersunat sekali. Balqis menangis asalnya kena cucuk....lepas tu dah reda sikit kena sunat pula. Tapi, masa sunat tu, balqis cam terdiam sekejap dan mata terkebil-kebil jer....tak sampai beberapa minit dah siap pun. Alhamdulillah....semuanya selesai....