Selasa, 24 November 2009

Salam Aidil Adha



Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Adha buat rakan-rakan blogger, rakan-rakan De Royal Anggerik, rakan-rakan decoupage dan juga semua pembaca yang mengikuti perkembangan blog Idaman Family ini.Semoga hari ini disambut dengan penuh keinsafan dan dapat menghayati erti pengorbanan yang sebenarnya.

Hari Raya Aidiladha atau Hari Raya Haji, juga dikenali sebagai Hari Raya Korban. Ia merupakan perayaan yang dirayakan oleh umat Islam di seluruh dunia bagi menandakan berakhirnya tempoh mengerjakan ibadat haji di Mekah, yang merupakan rukun Islam kelima bagi mereka yang mampu, sekali gus menandakan bermulanya ibadat korban.

Aidiladha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan kesabaran anaknya, Nabi Ismail dalam memenuhi perintah tersebut.

Selain itu, salah satu keistimewaan Aidiladha dan Hari Tasyrik ini ialah ibadat korban. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijjah.

Selepas bersembahyang, upacara korban akan dimulakan. Lembu, kambing dan biri-biri yang dikorbankan akan disembelih secara beramai-ramai di kawasan masjid sebelum dibahagi-bahagikan kepada orang ramai terutamanya kepada golongan fakir miskin.

Khamis, 19 November 2009

Hari Kecemerlangan Akademik 2009

19 November 2009 - Khamis

Hari ini, anak ibu yang sulung Amerrul Firdaus menerima dua anugerah kecemerlangan akademik di sekolahnya. Majlis berlangsung di Kompleks Rakan Muda Puchong. Anak ibu menerima Anugerah Mata Pelajaran Terbaik - Bahasa Melayu (Penulisan) bagi Tahun 4 dan juga Anugerah Peningkatan Prestasi.

Ayah menyampaikan hadiah Peningkatan Prestasi
(gambar ambik agak jauh sikit sebab idzham melalak tak bagi ibu pergi jauh)

Anugerah Terbaik Dalam Bahasa Melayu

(haa....yang ini ok..sebab pergi depan..itupun idzham melalak)


Sewaktu menunggu giliran untuk menerima hadiah

Sijil, piala dan hadiah yang diperolehi


Idzham yang selalu ajak balik.......

Angah dan Rafiq....hehhe..angah tahun depan study hard...ikut macam abang

Balqis..Sang Puteri comel yang tak banyak kerenah.....suka masukkan jari dalam mulut

Apa pun Tahniah untuk Firdaus, alhamdulillah dapat naik semula ke kelas pertama seperti tahun lepas.....ibu dan ayah harap Firdaus dapat meningkatkam lagi prestasi dan usaha lebih kuat lagi untuk mendapatkan keputusan yang lebih cemerlang. Bangga ibu dan ayah dengan pencapaian Firdaus...akhirnya firdaus menyahut cabaran ibu untuk cuba dapatkan semula kedudukan di kelas Pertama.

Buat Angah....ibu tahu angah boleh buat cuma angah mungkin agak terleka setelah berjaya naik kelas awal tahun ini dan mungkin juga ibu terlalai dalam memberi tumpuan pada angah. Apa pun ibu dan ayah harap angah akan berusaha keras untuk tahun hadapan dan sama-sama dengan abang menerima hadiah nanti..insya Allah.....ibu dan ayah sentiasa menyayangi kalian.

Buat ayah...terima kasih di atas kesanggupan ayah hadir di Majlis Kecemerlangan ini dan menyampaikan sendiri hadiah untuk Firdaus. Walaupun saat akhir baru dimaklumkan ayah sanggup membatalkan dua mesyuarat pada hari ini.....sayang ayah.....

Untuk anak-anak ibu dan ayah....kami sentiasa memberikan sokongan pada kalian dalam apa jua yang kalian lakukan...Semoga anak-anak ibu berjaya dalam kehidupan dunia dan akhirat..amin.

Rabu, 18 November 2009

Majlis Konvokesyen Pra-Sekolah Amerrul Rafique

17 November 2009 - Selasa
Hari ini, Rafiq telah menamatkan persekolahan di Pra-Sekolah di Sekolah Kebangsaan Puchong Utama 2. Ayah dan ibu sama-sama meluangkan masa untuk menghadiri majlis tersebut. Majlis yang bermula pukul 8:30 pagi dan berakhir pukul 12 tengahari berlangsung dalam suasana yang ringkas tapi meriah.
Ayah menyampaikan sijil sambil diperhatikan oleh Guru Besar SKPU2

Ketika membuat persembahan Dikir Puteri


Pentas Majlis


Amerrul Rafique dalam pakaian Jubah Konvo



Bergambar bersama Guru-guru

Bergambar bersama guru dan rakan sekelas

Muka-muka hampir boring menunggu majlis bermula

Waktu dah nak balik, balik awal sebab Balqis dah iyyyaaaakkkk......heheheh

Idzham sempat bergambar dengan Udanya dan kawan-kawannya sewaktu dalam bilik persalinan

Balqis tidur, idzham pulak sibuk suruh betulkan talipinggang dia

Sempat lagi tu membuat aksi apabila menyedari ayah nak snap gambar dia

Selasa, 17 November 2009

GIVEAWAY BEAUTIFUL NAPKIN - FROM RAZNA CREATION

17 November 2009 -
Blog Razna telah menganjurkan giveaway napkin so...apalagi bagi peminat decoupage..jom kita join


First give-away from http://blog.raznacreation.com/
Prize ; 10 pcs paper napkin, any size, any price + mystery gift

Syarat penyertaan;
1. Choose any (10) paten must be ten (10) different code, choose from the shop eg: M001 , M008 ….(this will be your gift) pilihan : M124, M195,M107,M162,M036-s,M057-s,M165-s,M260,M044,C-M143
2. Tulis satu entri berkenaan give away ini berserta link ( photo diatas mesti dimasukkan) senarai kan di entry anda itu sepuluh (10) tisu tersebut. DONE
3. Add Razna Creation blog link your blog DONE
4. Tinggalkan komen disini beserta link ke blog anda. xde blog? create one.. easy maa ..mesti ada link blog ya! so we are connected..DONE
Untuk menukar list hadiah sebelum tarikh tutup giveaway ini. Buat (1) hingga (4) sekali lagi.
Pemenang akan ditentukan dengan cabutan bertuah pada tarikh 14/12/2009.
rugi kalau tak join,, hadiah pilih sendiri lagi haaa
ps: hadiah tertakluk pada stok hari cabutan nanti.
sekiranya salah satu pilihan anda kehabisan stok, anda berhak memilih yang lain.

Decoupage lagi dan lagi....

Selasa - 17 November 2009

Decoupage CD lagi....semua ni dah ada tuannya...anak-anak dah minta dan cop semua ni nak gantung kat bilik memasing...nak tak nak bagi jer lah, walau yang dua tu nampak untuk perempuan tapi memasing tak kisah..tak perlah...
Nanti kalau dapat tisu lain yang gambar kartun ke..bolehlah buat lain pulak untuk memasing....

Ini asalnya pinggan hadiah beli sabun Daia beberapa tahun lepas, terperap dalam kabinet dapur tu..so buat lah decoupage...boleh gak jadi hiasan...

Ini pulak key holder, beli dengan Razna , setelah ibu decoupage kan key holder tu..

Isnin, 16 November 2009

Takziah Mas-Ujin

16 November 2009 - Isnin

Ketika jam menunjukkan hampir pukul 12 tengah malam tadi, ibu menerima sms dari Mas-ujin..rakan DRA ibu. Ketika terpapar nama Mas di screen hp ibu, ibu seperti dapat menjangka apa isi yang tertulis dalam sms itu. Setelah membuka sms itu, seperti yang dijangka..perkhabaran sedih telah Mas sampaikan...pemergian ibunda nya yang tersayang pada jam 9 malam tadi. Ibu dan rakan-rakan DRA ibu memang telah maklum tentang keuzuran ibu Mas sejak dari mula ibunya jatuh sakit. Mas juga saban minggu berulang alik ke Johor Bharu untuk menjaga ibunya....

Tatkala itu, bergenang air mata ibu...ibu tidak dapat membayangkan kalau ibu berada di tempat Mas..pemergian orang yang sangat kita sayangi dan tidak dapat dicari ganti. Ibu sebak seketika...dan perlahan-lahan ibu reply sms menyampaikan ucapan Takziah untuk Mas sekeluarga dan berdoa agar ibunya ditempatkan di kalangan orang-orang yang soleh dan semoga rohnya dicucuri rahmat. Harapan ibu agar Mas tabah dengan dugaan yang Allah berikan ini.

Takziah buat mas...dan marilah sama-sama kita sedekahkan AL-Fatihah buat arwah ibu mas.....

Sabtu, 14 November 2009

Balqis...




Gambar ni tak ingat bila ambil, tengok ada dalam camera terus la upload sekali.

Decoupage CD

14 September 2009 - Sabtu

Hari ini ayah pergi out station ke Cheang Mai, so..untuk hilangkan boring ibu teruskan projek decoupage ibu yang agak lama tersadai.

Di rumah terlalu banyak CD yang telah rosak, itu belum campur rumah kat Melaka lagi, so..ibu pun dapat idea untuk mendecoupagekan CD tu jadi bahan gantungan tak kiralah nak gantung kat mana, dalam kereta ke, kat pintu bilik ker. Kalau untuk dalam kereta ibu buatkan decoupage pada kedua-dua belah CD, tapi kalau untuk gantung di pintu atau wall, ibu cuma buat sebelah sahaja.

Ini baru percubaan pertama ibu. Akan menyusul beberapa lagi masih dalam proses. Hari ini habis tangan ibu kotor bermain dengan gesso dan arcylic paint.

Khamis, 12 November 2009

Mee Kari Kerang .

Khamis - 13 November 2009

Hari ini ibu terajin pulak nak buat mee kari untuk makan petang. Resepinya ibu ambil dari Blog Rindu Alam , adalah beberapa tips yang di kongsi...tapi memang betul-betul sedap....antara tipsnya kuah kari jangan di masak bersama ayamnya tapi ayamnya di goreng lepas tu dicarik-carik sebagai bahan sampingan dan lebihkan kerang. Nak info lanjut layarilah blog tersebut. Apalagi sampai 2 bungkus mee ibu buat, mula celurkan sebungkus, tapi tak cukup pulak. Sekjap jer dah licin.




Balqis belajar meniarap

Rabu - 11 November 2009

Sebenarnya puteri ibu ni agak lambat sikit belajar mengiring dan meniarap berbanding abang-abangnya. Yerlah..abang-abangnya umur 4 bulan dah terror meniarap, tapi Balqis umur 4 bulan baru nak belajar mengiring dan meniarap. Mulanya ibu agak risau juga, kenapalah anak ibu ni tak der langsung gaya nak mengiring .....usahkan meniarap. Tapi, bila tengok badan Balqis yang agak montel mungkin lambat sikit agaknya. Ini beberapa aksi Balqis belajar mengiring dan meniarap, nak tergelak juga...letak atas tilam tu, dia dengan gigih nak mengiring dan cuba untuk meniarap..sampai 360 darjah dia berpusing atas tilam tu..

Iyyyyaaahhhhh........usaha tangga kejayaan
Ok...ok....dah boleh, now nak meniarap pulak..iyyyaahhhh.....
Fuhhhhh........lepas juga meniarap, walau tangan tersepit....ini keesokkan waktunya, baru lepas nak meniarap...heheh..ayah kata kesian anak ayah
Ini tiada kena mengena dengan aksi balqis......hehehe..Adalah petang Rabu tu, ibu sesaja nak buat kuih buah melaka ni, sebab ayah suka makan kuih ni. Rasanya semenjak Balqis lahir, ibu tak buat lagi kuih atau kek....kesian anak-anak ibu.....selalu mintak ibu batkan kuih lah kek lah....
Ini sewaktu merebus kuih buah melaka tu, anak-anak ibu sama sibuk nak tolong...


Kuih Buah Melaka yang dah siap

Breakfast

Ahad - 8 November 2009
Pagi ni ayah, ibu,Rafique, Idzham dan Balqis bersarapan di luar, manakala Firdaus dan Syafiq tak mahu ikut dengan alasan dah kenyang makan nugget kat rumah...bukan apa dorang berdua ni lagi suka tinggal kat rumah dan main game online. Balik dari breakfast ibu ajak ayah singgah kedai peralatan jahitan untuk membeli sedikit renda dan manik untuk projek ibu akan datang...bila lah tu....

Idzham dengan aksi dia yang tak mahu duduk diam
Rafiq pulak dengan muka yang sama ketika bergambar.....
Ayah dan Puteri kesayangannya


Isnin, 2 November 2009

Happy Birthday Ayah....................

2 November 2009



Selamat Menyambut Hari Lahir Untuk Ayah tersayang. Semoga ayah dikurniakan kesihatan yang baik, dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, dilimpahi dengan kebahagiaan,diberkati dan dilimpahi dengan rahmat Allah. Ibu dan anak-anak sentiasa mendoakan ayah berjaya dalam apa jua yang ayah lakukan dan teruskan menjadi ayah yang terbaik untuk anak-anak dan suami yang baik untuk ibu.

Ahad, 1 November 2009

My New Decoupage

1 November 2009

Inilah projek decoupage ibu yang terbaru, pink color. Nak try buat shading, tapi yang botol tu disebabkan terlalu soft pink kaler untuk shading tu, menjadikan shadingnya tak berapa clear. Tak tahulah menjadi ke tidak shading tu.